FIKAH 2.1 HADAS

2.1 HADAS
1. Hadas ialah keadaan anggota yang kotor yang menghalang seseorang daripada sah menunaikan ibadat sembahyang.
2. Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas besar dan hadas kecil.
3. Hadas besar ialah keadaan anggota yang kotor yang tidak dapat dilihat dan mewajibkan mandi apabila hendak menunaikan solat dan sebagainya.
4. Hadas kecil ialah keadaan anggota yang kotor yang tidak dapat dilihat dan mewajibkan mengambil wuduk apabila hendak menunaikan solat dan sebagainya.
5. Hadas dapat disucikan dengan:
   (a) mandi wajib;
   (b) mengambil wuduk;
   (c) Tayamum jika tiada air atau uzur menggunakan air.
6. Antara perkara-perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas kecil:
   (a) Solat;
   (b) Menyentuh dan membawa Al-Quran melainkan terpaksa kerana hendak menyelamatkannya;
   (c) Tawaf di Baitullah(Kaabah);
   (d) Membaca khutbah Jumaat;
   (e) Sujud tilawah dan sujud syukur.
7. Terdapat beberapa perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas besar.
   (a) Hadas besar kerana berjunub:
       (i) Solat
      (ii) Sujud tilawah dan sujud syukur
     (iii) Tawaf
      (iv) Berhenti di dalam masjid(jika lalu tidak haram)
       (v) Membaca khutbah Jumaat;
      (vi) Menyentuh,membawa dan membaca Al-Quran kecuali terpaksa sebab hendak menyelamatkannya.
   (b) Hadas besar kerana haid dan nifas:
       (i) Solat
      (ii) Tawaf
     (iii) Sujud tilawah dan sujud syukur  
      (iv) Puasa
       (v) Berhenti atau lalu di dalam masjid
      (vi) Menyentuh,membawa dan membaca Al-Quran kecuali terpaksa sebab hendak menyelamatkannya
     (vii) Membiarkan suami berlazat-lazat dan bersuka-suka di antara pusat dan lutut
    (viii) Bersetubuh
      (ix) Talak

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH