Posts

Showing posts from November 4, 2018

SEJARAH 9.18 ALI BIN ABI TALIB - KHALIFAH KEEMPAT

9.18 ALI BIN ABI TALIB - KHALIFAH KEEMPAT 1. Nama sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. 2. Sayidina Ali adalah sepupu Rasulullah(s.a.w.) dan memeluk Islam semasa masih kecil lagi. 3. Beliau adalah kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. 4. Sayidina Ali terkenal dengan gagah berani,handal bermain pedang dan petah berpidato. 5. Beliau menyertai Rasulullah(s.a.w.) di dalam semua peperangan kecuali Peperangan Tabuk kerana dilantik oleh Rasulullah(s.a.w.) menjadi pemangkunya mengetuai kerajaan Islam. 6. Sayidina Ali memerintah kerajaan Islam dari tahun 35H-40H(65M-661M). 7. Pada awalnya telah timbul perselisihan faham bagi pemilihan khalifah setelah kewafatan Sayidina Usman. 8. Kaum pemberontak terbahagi kepada beberapa golongan. 9. Mengikut pendapat terbanyak daripada pemberontak,Alilah orang yang paling layak menjadi khalifah. 10.Mereka meminta Sayidina Ali menjadi khalifah tetapi ditolak oleh Sayidina Ali pada awalnya. 11.Setelah didesak begitu

SEJARAH 9.17 KEWAFATAN KHALIFAH USMAN

9.17 KEWAFATAN KHALIFAH USMAN 1. Pada akhir pemerintahan Sayidina Usman telah timbul perselisihan faham,hasut-menghasut,fitnah-memfitnah dan merebut pengaruh sesama sendiri. 2. Ini berlaku kerana beberapa faktor: (a) Sifat pemalu dan lemah lembut Sayidina Usman yang selalu memberikan kemaafan kepada yang bersalah. (b) Perlantikan pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada kaum keluarga bani Umaiyah(yang kebetulan berkelayakan) dengan memberhentikan sebahagian pegawai semasa Umar; (c) Semasa zaman Sayidina Umar,orang-orang Quraisy tidak boleh berpindah sesuka hati dan mesti mendapat kebenaran baginda terlebih dahulu.Tetapi berlainan pada masa Sayidina Usman,mereka bebas berpindah untuk mencari kekayaan.Ini menimbulkan semangat mementingkan diri sendiri. (d) Abdullah bin Sabak,yang berbangsa yahudi,berpura-pura Islam telah menghasut orang ramai supaya membenci Sayidina Usman dengan alasan Sayidina Usman tidak berhak menjadi khalifah dan orang yang berhak adalah Ali bin

SEJARAH 9.16 PERJUANGAN PADA MASA SAYIDINA USMAN

9.16 PERJUANGAN PADA MASA SAYIDINA USMAN 1. Negeri-negeri yang ditawan semasa Sayidina Umar belum tetap di dalam pemerintahan Islam dan apabila Sayidina Usman menjadi khalifah mulalah mereka cuba untuk memberontak tetapi dapat dipatahkan oleh Sayidina Usman. 2. Pada akhir pemerintahan Umar,sebahagian Syam di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian. 3. Setelah Sayidina Usman menjadi menjadi khalifah,seluruh negeri Syam diserahkan kepada Muawiyah. 4. Muawiyah bin Abu Sufian mengadakan serangan darat dan laut hingga ke Umuriah dan Pulau Cyprus.Kemudian ia menghantar panglima Habib bin Muslimah menawan Arminiandan Tiflis. 5. Sayidina Usman memerintahkan Muawiyah menyediakan kapal perang dan melantik Abdullah bin Qais Al-Harisi menjadi laksamananya. 6. Amru bin Al-As pula menjadi gabenor di Mesir. 7. Pada tahun 25 Hijrah,penduduk Iskandariah telah memberontak kecuali Al-Muqauqis. 8. Amru bin Al-As berkejar ke sana dan setelah berlaku pertempuran yang hebat,pemberontak itu dapat dihapuskan.

SEJARAH 9.15 USMAN BIN AFFAN - KHALIFAH KETIGA

9.15 USMAN BIN AFFAN - KHALIFAH KETIGA 1. Namanya ialah Usman bin Affan bin Abi As bin Umaiyah. 2. Beliau lebih muda 5 tahun daripada Rasulullah. 3. Sayidina Usman sentiasa bersama dengan Rasulullah(s.a.w.) semasa peperangan kecuali di dalam Peperangan Badar kerana isterinya sakit. 4. Sayidina Usman juga menjadi penulis wahyu bagi Rasulullah(s.a.w.). 5. Beliau berkahwin dengan puteri Rasulullah(s.a.w.),Rokiah,kemudian Ummi Kalsom,maka kerana itu ia digelar Zu-Nurain(yang mempunyai dua cahaya). 6. Sayidina Usman menjadi khalifah dari tahun 23H-35H bersamaan dengan 644M-656M. 7. Setelah tiga hari pemakaman Sayidina Umar,para sahabat yang ditetapkan oleh Umar untuk menggantikannya mengadakan mesyuarat dengan dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf. 8. Empat orang calon telah menarik diri maka tinggallah Sayidina Usman dan Sayidina Ali sahaja sebagai calon khalifah. 9. Abdul Rahman bin Auf diserahkan untuk memilih salah seorang daripada dua calon itu. 10.Abdul Rahman bin Auf berjumpa den

SEJARAH 9.14 KEWAFATAN KHALIFAH UMAR

9.14 KEWAFATAN KHALIFAH UMAR 1. Pada tahun 23 Hijrah,Sayidina Umar mengerjakan haji. 2. Setelah kembali dari Mekah,semasa menjadi imam solat Subuh,Sayidina Umar ditikam oleh Abu Lukluah. 3. Setelah menikam Sayidina Umar,Abu Lukluah menikam ahli jemaah sebanyak dua belas orang,kemudian lalu menikam dirinya sendiri. 4. Abdul Rahman bin Auf kemudian menggantikan baginda menjadi imam solat. 5. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,Sayidina Umar mencalonkan sahabat-sahabat yang layak untuk menjadi khalifah bagi menggantikannya.Mereka ialah: (a) Ali bin Abi Talib; (b) Usman bin Affan; (c) Abdul Rahman bin Auf; (d) Al-Zubair bin Al-Awwam; (e) Saad bin Abi Waqas; (f) Talhah bin Ubaidah. 6. Anaknya Abdullah diperintahkan menjadi saksi perundingan itu dengan syarat ia tidak dicalonkan. 7. Pada malam Rabu,akhir bulan Zulhijjah 23 Hijrah,Sayidina Umar wafat. 8. Ketika itu Sayidina Umar berumur 63 tahun.Baginda dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah(s.a.w.) dan Abu Ba

SEJARAH 9.13 PENAKLUKAN MESIR DAN TRIPOLI

9.13 PENAKLUKAN MESIR DAN TRIPOLI 1. Amru bin Al-As meminta kebenaran Sayidina Umar (semasa baginda datang ke Syam bagi kali kedua) untuk menawan Mesir. 2. Pada mulanya Sayidina Umar tidak membenarkannya tetapi setelah dipujuk oleh Amru maka diberikan juga kebenaran oleh Sayidina Umar. 3. Amru berangkat dengan tentera sebanyak 4000 orang.Di dalam perjalanan ia dapat menawan Al-Arisy,Al-Farms,Bilbis dan Ummu Daini. 4. Setiba di Mesir,Amru menyeru penduduk di sana memeluk Islam atau membayar ufti. 5. Seruan yang dibuat oleh Amru ini ditolak oleh gabenor Mesir,Al-Muqauqis,dengan hasutan Artabun,iaitu panglima Rom yang lari dari Palestin apabila Palestin ditawan oleh Islam. 6. Tentera bantuan seramai 12000 orang diketuai oleh Zubair bin Al-Awwam kemudian tiba. 7. Tentera Islam mengepung Babilion selama tujuh bulan dan akhirnya Mesir menyerah kalah serta sanggup membayar ufti. 8. Al-Muqauqis dikekalkan menjadi gabenor.Maka jatuhlah sebahagian Mesir kepada kerajaan Islam. 9. Amru kemudian m

SEJARAH 9.12 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA UMAR

9.12 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA UMAR 1. Tentera Rom yang kalah di Yarmuk melarikan diri ke Damsyik,Fuhl dan Palestin. 2. Dengan perintah Sayidina Umar,maka tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah menuju ke Damsyik dan tentera pimpinan Amru bin Al-As menuju ke Palestin. 3. Damsyik merupakan ibu negeri Syam yang penting dan kubu tentera yang kuat dan kukuh. 4. Tentera Islam mengepung Damsyik selama 70 hari. 5. Pada suatu malam Paderi Besar mengadakan jamuan bagi menyambut kelahiran anaknya. 6. Penduduk-penduduk Damsyik bersuka-ria di dalam majlis itu dan mereka berseronok seolah-olah tiada musuh di luar kota. 7. Kesempatan ini diambil oleh Khalid bin Al-Walid dengan cara memasang tali yang berupa tangga kemudian masuk ke dalam kota dan membuka pintu kota. 8. Tentera Islam menyerbu ke dalam kota dan dan menjadikan tentera Rom yang mabuk terpaksa mengaku kalah. 9. Dengan ini maka jatuhlah kota Damsyik kepada kerajaan Islam. 10.Setelah itu Abu Ubaidah Al-Jarrah menyerahka