Posts

Showing posts from August 12, 2018

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - H KETERANGAN TENTANG CARA DAN PERATURAN MENGERJAKAN HAJI

Image
KETERANGAN TENTANG CARA DAN PERATURAN MENGERJAKAN HAJI 1.Niat ihram haji: Syarat-syaratnya: (a)Niat selepas memakai ihram. (b)Niat dalam masanya(dalam Miqat Zamani). 2.Wukuf di Padang Arafah: Pengertian wukuf: (a)Dari segi bahasa:Berhenti (b)Dari segi istilah:Berada di Padang Arafah antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq 10 Zulhijjah walaupun sekejap sahaja. Syarat-syarat wukuf: (a)Berada di Padang Arafah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq pada 10 Zulhijjah walaupun sekejap. (b)Berkeadaan dalam ihram haji sama ada jaga atau tidur. 3.Tawaf: Pengertian tawaf:Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan mengikut peraturannya. Jenis-jenis tawaf: (a)Tawaf Qudum:Tawaf selamat datang ke Mekah,hukumnya sunat. (b)Tawaf Ifadah(rukun):Tawaf yang wajib dilakukan.Merupakan satu daripada rukun haji. (c)Tawaf Widak:Tawaf selamat tinggal Mekah,hukumnya wajib ditunaikan. (d)Tawaf Ziarah(sunat):Tawaf yang sunat dilakukan apabila berada di kota Mekah,huk

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - G PERBEZAAN ANTARA RUKUN,WAJIB DAN SUNAT DALAM IBADAH HAJI

PERBEZAAN ANTARA RUKUN,WAJIB DAN SUNAT DALAM IBADAH HAJI 1.Rukun haji ialah ibadah yang wajib dilakukan.Jika ditinggalkan,haji menjadi tidak sah dan wajib qada. 2.Wajib haji ialah ibadah yang mesti dilakukan.Jika ditinggalkan hajinya sah tetapi hendaklah dibayar dam. 3.Sunat haji ialah ibadah-ibadah yang sunat.Jika dilakukan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. CATATAN TAMBAHAN 1.Meninggalkan rukun haji hukumnya batal haji kecuali wukuf.Ibadat haji yang lain wajib diselesaikan dan wajib pula diqada pada tahun yang lain. 2.Orang yang meninggalkan perkara yang wajib haji,hajinya sah tetapi hendaklah dibayar dam. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - F PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN DALAM IBADAH HAJI

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN DALAM IBADAH HAJI Perkara sunat ketika hendak berniat: 1.Mandi sunat sebelum memakai ihram. 2.Sembahyang sunat 2 rakaat selepas memakai ihram. Perkara sunat ketika wukuf di Padang Arafah: 1.Mandi sunat sebelum wukuf. 2.Sucikan diri daripada hadas. 3.Membanyakkan istighfar,zikir dan membaca quran. 4.Bertalbiah dan berdoa dan meninggalkan Arafah selepas waktu Isyak. Perkara sunat ketika tawaf: 1.Sembahyang sunat 2 rakaat selepas tawaf. 2.Beristilam iaitu menjabat Hajarul Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya. 3.Melakukan berturut-turut tujuh pusingan. Perkara sunat ketika saei: 1.Mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah. 2.Berlari-lari anak apabila sampai di tanda lampu hijau. 3.Keluar dari tempat saei melalui pintu Bukit Safa. Perkara-perkara sunat ketika bercukur: 1.Bercukur dengan membotakkan kepala bagi lelaki. 2.Membaca doa ketika bercukur/bergunting. Perkara-perkara sunat yang lain: 1.Membanyakkan bacaan Talbiah. 2.Mengerjakan haji cara Ifr

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - E PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM HAJI@UMRAH

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM HAJI/UMRAH 1.Memakai pakaian yang bersarung bagi lelaki seperti stokin,baju,kain sarung berjahit,seluar dan sebagainya. 2.Menutup kepala sama ada sebahagian atau semuanya bagi lelaki seperti memakai songkok,berserban dan sebagainya tetapi dibolehkan berpayung dan melapik kepala dengan bantal. 3.Menutup bahagian muka dengan kain dan sebagainya khususnya bagi perempuan. 4.Memakai sarung tangan. 5.Memakai bau-bauan sama ada pada badan atau pakaian. 6.Memakai minyak pada rambut,janggut,misai dan sebagainya. 7.Memotong kuku kaki atau tangan. 8.Membunuh binatang buruan sama ada di daratan atau udara. 9.Menanggalkan segala bulu di badan. 10.Bergurau senda dengan suami isteri sehingga menaikkan nafsu syahwat. 11.Melakukan persetubuhan. 12.Mengakad nikah atau menikahkan orang atau menjadi wali nikah.(Sekiranya larangan di atas dilakukan maka dikenakan dam). ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - D PERKARA-PERKARA WAJIB(FARDHU) DALAM IBADAH HAJI YANG DIKERJAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN RUKUN HAJI@UMRAH

PERKARA-PERKARA WAJIB(FARDHU) DALAM IBADAH HAJI YANG DIKERJAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN RUKUN HAJI/UMRAH 1.Niat ihram haji/umrah di Miqat Makani iaitu di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak untuk berihram dan berniat. 2.Bermalam di Muzdalifah.Singgah di Muzdalifah selepas wukuf di Arafah iaitu selepas tengah malam bertujuan untuk mengutip anak batu. 3.Melontar di Jamratul Aqabah selepas separuh malam 10 Zulhijjah dengan tujuh biji anak batu. 4.Bermalam di Mina pada malam 11,12 dan 13 Zulhijjah. 5.Melontar di Jamrah Ula,Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah(hari-hari Tasyriq) mulai gelincir matahari hinggalah naik fajar sidiq kecuali pada hari ke-13 Zulhijjah hingga terbenam matahari. 6.Hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ibadah haji/umrah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - C RUKUN-RUKUN HAJI DAN UMRAH

RUKUN-RUKUN HAJI DAN UMRAH 1.Niat mengerjakan haji/umrah serta berihram dengannya,niatnya ialah:"Sahaja aku mengerjakan haji/umrah dan berihram dengannya kerana Allah." 2.Wukuf di padang Arafah(untuk haji sahaja),mulai gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq pada 10 Zulhijjah walaupun sekejap. 3.Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah tujuh keliling mengikut peraturannya. 4.Saei iaitu berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali mengikut syarat-syaratnya. 5.Bercukur/menggunting rambut,sekurang-kurangnya tiga helai. 6.Tertib iaitu mengerjakannya mengikut tertib yang sah pada syarak. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - B PERBEZAAN ANTARA IBADAT HAJI DAN UMRAH

Image
PERBEZAAN ANTARA IBADAT HAJI DAN UMRAH ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl