Posts

Showing posts from September 16, 2018

SEJARAH 7.22 MEMULAUKAN PERKAMPUNGAN BANI HASYIM

7.22 MEMULAUKAN PERKAMPUNGAN BANI HASYIM 1. Orang-orang Quraisy mengadakan mesyuarat untuk memulaukan Nabi(s.a.w) dan pengikutnya dengan tujuan untuk melemahkan semangat orang-orang Islam. 2. Antara keputusan yang dicapai ialah: (a) menyekat perniagaan dengan orang Islam; (b) melarang sesiapa sahaja memberikan sebarang pertolongan kepada orang Islam; (c) menghukum orang yang melanggar keputusan ini. 3. Keputusan ini ditandatangani oleh pembesar-pembesar Quraisy dan digantung di Kaabah untuk perhatian orang ramai. 4. Mulalah orang-orang Islam mengalami kesusahan untuk mendapatkan makanan.Nabi(s.a.w.) sendiri terpaksa makan daun-daun kayu. 5. Selama tiga tahun orang-orang Islam dipulau dan setelah keputusan yang digantung itu jatuh dimakan oleh anai-anai,maka mereka membatalkan pemulauan itu. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA 1. Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan orang-orang Islam supaya berpindah ke Habsyah untuk mengelakkan daripada seksaan orang-orang Quraisy. 2. Rasulullah(s.a.w.) memilih negeri Habsyah kerana rajanya yang bernama Najasyi sangat adil dan baik kepada semua manusia. 3. Pada kali pertama pergilah sebanyak sembilan orang lelaki dan empat orang perempuan dengan diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. 4. Orang-orang Quraisy mendapat tahu akan hal ini lalu menghantar utusan yang diketuai oleh Amir bin Al-As dan Abdullah bin Rabiah bagi memujuk Raja Najasyi supaya membenarkan mereka membawa orang Islam kembali ke Mekah.Tetapi mereka tidak berjaya. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.20 PENENTANGAN TERHADAP ORANG ISLAM

7.20 PENENTANGAN TERHADAP ORANG ISLAM 1. Rasulullah dan orang-orang Islam mula menerima ugutan dan ejekan oleh orang-orang Quraisy tetapi tidak dihiraukan bahkan semakin kuat pula iman mereka. 2. Orang-orang Quraisy pernah menemui Abu Talib supaya Abu Talib menasihatkan Nabi(s.a.w.) agar menghentikan ajaran Islam kepada orang ramai tetapi usaha mereka gagal. 3. Orang-orang Islam mula diseksa. 4. Antaranya ialah: (a) Bilal bin Rabah: (i) Ia berbangsa Habsyi dan hamba kepada Umaiyah bin Khalaf; (ii) Ia diseksa oleh tuannya dengan cara dipukul dan dijemur atas pasir yang panas lalu dadanya ditindih dengan batu,tetapi semakin kuat imannya; (iii) Sayidina Abu Bakar kemudian membelinya daripada Umaiyah bin Khalaf dan memerdekakannya; (iv) Ia kemudian menjadi tukang azan Rasulullah(s.a.w.). (b) Keluarga Yasir: (i) Isterinya bernama Sumiah dan anaknya bernama Ammar; (ii) Mereka dijemur di atas pasir yang panas,dibelasah dan dipukul oleh orang Quraisy

SEJARAH 7.19 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA TERUS TERANG

7.19 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA TERUS TERANG 1. Nabi(s.a.w.) menerima wahyu yang menyuruhnya menyeru secara terus terang sebagaimana firman Allah di dalam surah as-Syuara ayat 214: وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ Ertinya:Dan hendaklah engkau beri amaran kepada keluargamu yang terdekat. 2. Nabi(s.a.w.) mengadakan jamuan untuk menyampaikan seruannya.Maka ada yang menerima dan ada yang menentangnya. 3. Rasulullah(s.a.w.) menerima wahyu lagi iaitu surah al-Hijr ayat 94-95: فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْمُشْرِكِينَ إِنَّا كَفَيْنَٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ Ertinya:Maka siarkan apa-apa yang diperintahkan dan jangan pedulikan orang-orang musyrikin itu.Sesungguhnya Kamilah yang memelihara engkau daripada orang-orang yang memeperolok-olokkan itu. 4. Setelah itu Rasulullah(s.a.w.) mengadakan perhimpunan di Bukit Safa untuk menyampaikan seruannya. 5. Semasa menyampaikan seruan Islam baginda dimaki oleh bapa saudaranya Abu Lahab dan turunlah ayat dari surah a

SEJARAH 7.18 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA RAHSIA

7.18 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA RAHSIA 1. Setelah menerima wahyu yang yang kedua,mulalah Nabi(s.a.w.) menyampaikan ajaran Islam secara rahsia(sulit) di kalangan kaum keluarganya. 2. Tiga tahun lamanya Nabi(s.a.w.) menyampaikan ajaran Islam secara rahsia. 3. Antara seruan atau dakwah yang disampaikan oleh Nabi(s.a.w.) ialah: (a) beriman kepada Allah Yang Esa; (b) melarang penyembahan patung dan berhala; (c) menyeru kaumnya meninggalkan kejahatan atau perkara maksiat; (d) menyeru kaumnya melakukan perkara-perkara yang baik; (e) menyeru kaumnya hidup di dalam masyarakat yang sempurna melalui agama Islam. 4. Antara mereka yang mula-mula mengikut seruan Nabi(s.a.w.) ialah: (a) Khadijah binti Khuwailid-isteri Nabi(s.a.w.); (b) Abu Bakar As-Siddiq-sahabat Nabi(s.a.w.); (c) Ali bin Abi Talib-sepupu Nabi(s.a.w.); (d) Zaid bin Harisah-hamba kepada Khadijah 5. Antara mereka yang memeluk Islam melalui dakwah Abu Bakar ialah: (a) Usman bin Affan; (b) Zubair b

SEJARAH 7.17 PERLANTIKAN NABI(S.A.W.) MENJADI RASUL

7.17 PERLANTIKAN NABI(S.A.W.) MENJADI RASUL 1. Wahyu terhenti selama empat puluh hari.Ini agar: (a) memberikan peluang kepada Nabi(s.a.w.) untuk berehat; (b) timbul keinginan yang mendalam di hati Nabi(s.a.w.) untuk menerima wahyu seterusnya. 2. Wahyu seterusnya turun semasa Nabi(s.a.w.) di dalam keadaan berselimut setelah kembali dari Gua Hirak yang mana Nabi(s.a.w.) melihat Malaikat Jibrail.Maka timbullah perasaan cemas dan takut apabila teringat akan pelukan Jibrail semasa di Gua Hirak dahulu. 3. Wahyu itu ialah dari Surah al-Mudassir ayat 1-7: يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنذِرْ وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ Ertinya:Wahai orang yang sedang berselimut.Bangunlah dan berilah amaran.Dan hendaklah engkau sucikan pakaianmu.Jauhilah perbuatan dosa.Dan janganlah engkau membangkit-bangkitkan pemberian kerana hendakkan balasan yang berganda.Dan hendaklah bersabar kepada Tuhanmu. 4

SEJARAH 7.16 NABI MUHAMMAD(S.A.W.) MENERIMA WAHYU

7.16 NABI MUHAMMAD(S.A.W.) MENERIMA WAHYU 1. Tatkala umur Nabi(s.a.w.) empat puluh tahun,ia mula mengasingkan diri daripada orang ramai di Gua Hirak yang terletak di Jabal Nur untuk: (a) beribadat; (b) berfikir tentang pencipta alam ini; (c) berfikir tentang keadaan masyarakatnya. 2. Semasa Nabi(s.a.w.) di Gua Hirak,maka pada 17 Ramadhan(bersamaan 6 Ogos 610 Masihi) tatkala umur Nabi(s.a.w.) 40 tahun 6 bulan,telah turun ayat Al-Quran(wahyu) yang pertama dari surah al-Alaq ayat 1-5: ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَق ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَم Ertinya:Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan.Yang menjadikan manusia daripada segumpal darah.Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajar manusia dengan pena.Ia mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahuinya. 3. Siti Khadijah kemudian membawa Nabi(s.a.w.) berjumpa dengan sepupunya yang alim yang bera