Posts

Showing posts from September 23, 2018

SEJARAH 8.3 MENDIRIKAN MASJID DAN MENTENTERAMKAN MADINAH

8.3 MENDIRIKAN MASJID DAN MENTENTERAMKAN MADINAH 1. Tahun perpindahan Rasulullah(s.a.w.) dari Mekah ke Madinah dikenali sebagai tahun Hijrah. 2. Setelah berhijrah ke Madinah,Rasulullah(s.a.w.) mendirikan masjid dan berhampiran dengannya didirikan tempat tinggal Rasulullah(s.a.w.). 3. Ketika sampai di Madinah,Rasulullah(s.a.w.) awalnya menumpang di rumah Ayub Al-Ansari. 4. Rasulullah(s.a.w.) menyatukan suku Aus dan suku Khazraj dengan nama Al-Ansar. 5. Orang Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dinamakan Muhajirin. 6. Untuk mengikat persaudaraan antara orang Ansar dengan orang Muhajirin,orang Muhajirin dimestikan tinggal bersama-sama dengan orang Ansar(keluarga angkat). 7. Rasulullah juga mengikat perjanjian dengan orang-orang Yahudi.Syarat-syarat perjanjian yang dibuat: (a) Mengakui hak kebebasan beragama iaitu orang Islam dan orang Yahudi bebas melakukan urusan agama masing-masing tanpa gangguan daripada mana-mana pihak; (b) Tidak boleh bermusuhan di antara Islam dengan Y

SEJARAH 8.2 KEADAAN KOTA MADINAH SEBELUM HIJRAH

8.2 KEADAAN KOTA MADINAH SEBELUM HIJRAH 1. Sebelum Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah,keadaan kota ini huru-hara kerana kaum Aus dan Khazraj sentiasa berperang akibat hasutan orang-orang Yahudi. 2. Peperangan berlaku di antara mereka selama seratus dua puluh tahun lamanya. 3. Tahun kesepuluh daripada Rasulullah(s.a.w.) menjadi rasul,telah berlaku peperangan besar yang mana Khazraj yang menerima bantuan Yahudi An-Nadhir dan Qainuqak mencapai kemenangan. 4. Suku Aus meminta bantuan orang Mekah tetapi gagal kerana orang-orang Quraisy sedang menghadapi kesulitan menghadapi Rasulullah(s.a.w) yang sedang mengembangkan Islam.Utusan mereka bernama Anas bin Rafik dan Ilias bin Muaz. 5. Walau bagaimanapun berlaku juga peperangan yang terakhir di antara mereka,di mana Aus mencapai kemenangan. 6. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Bu'as" ". ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH

8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH 1. Madinah sebelum Hijrah dikenali dengan nama Yasrib. 2. Madinah terletak di sebelah utara Mekah. 3. Terdapat dua suku Arab yang besar tinggal di Madinah. (a) Suku Aus; (b) Suku Khazraj. 4. Kaum-kaum Yahudi tinggal di sebelah tenggara Madinah: (a) Banu Qainuqak; (b) Banu Quraizah; (c) Banu An-Nadhir. 5. Setelah Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah maka terdapat lima golongan manusia: (a) Muhajirin; (b) Al-Ansar; (c) Yahudi; (d) Munafikin; (e) Musyrikin. 6. Golongan Muhajirin ialah orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah bersama dengan Rasulullah(s.a.w.). 7. Golongan Al-Ansar ialah orang Islam Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj yang memberikan pertolongan kepada Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Muhajirin semasa mula sampai di Madinah. 8. Golongan Yahudi terdiri daripada beberapa kabilah,antaranya Quraizah,Qainuqak,An-Nadhir,Khaibar,Taimak,Padak,Wadil Qura dan lain-lain.Setelah gagal memu

SEJARAH 7.26 HIJRAH KE MADINAH

7.26 HIJRAH KE MADINAH 1. Orang-orang Quraisy mendapat tahu bahawa Islam telah berkembang di luar kota Mekah dan hal Perjanjian Aqabah. 2. Mereka mengadakan mesyuarat untuk mencegah perkara ini supaya tidak berkembang lebih jauh.Keputusan yang dicapai ialah Rasulullah(s.a.w.) mesti dibunuh dahulu. 3. Apabila Rasulullah(s.a.w.) mendapat tahu akan niat orang-orang Quraisy melalui wahyu daripada Allah,maka Rasulullah(s.a.w.) pun membuat rancangan untuk berpindah ke Madinah. 4. Semasa rumah Rasulullah(s.a.w.) dikepung oleh orang-orang Quraisy,maka Rasulullah(s.a.w) telah meninggalkan rumahnya menuju ke Gua Sur bersama Abu Bakar lalu bersembunyi di sana tanpa disedari oleh orang-orang Quraisy. 5. Orang-orang Quraisy menjadi gempar akan kehilangan Rasulullah(s.a.w) dan mereka menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah(s.a.w.) samaada hidup atau mati. 6. Tiga hari Rasulullah(s.a.w.) bersembunyi di Gua Sur sebelum pergi ke Madinah.Rasulullah(s.a.w.) disambu

SEJARAH 7.25 ISLAM BERKEMBANG KE MADINAH

7.25 ISLAM BERKEMBANG KE MADINAH 1. Selama sepuluh tahun Rasulullah(s.a.w.) mengembangkan Islam di Mekah,baginda banyak mendapat tentangan daripada orang-orang Quraisy. 2. Rasulullah(s.a.w.) mula menyampaikan ajaran Islam kepada orang yang datang ke Mekah bagi mengerjakan ibadat haji. 3. Sebanyak enam orang dari suku Khajraj dari Madinah memeluk Islam ketika mereka datang ke Mekah untuk mengerjakan haji pada tahun kesebelas selepas baginda menjadi rasul. 4. Mereka kembali ke Madinah untuk menyampaikan ajaran Islam dan banyak pula yang masuk Islam. 5. Rasulullah(s.a.w.) menghantar Musaab bin Umair ke Madinah sebagai guru agama di sana. 6. Pada tahun seterusnya,sebanyak tujuh puluh tiga orang dari Madinah telah menemui Rasulullah(s.a.w.) di Aqabah bagi mengajak Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah.Mereka membuat perjanjian akan menjaga Rasulullah(s.a.w.) serta bersama-sama mengembangkan Islam.Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.24 ISRAK DAN MIKRAJ

7.24 ISRAK DAN MIKRAJ 1. Dalam keadaan Rasulullah menghadapi seksaan daripada orang Quraisy,maka Nabi(s.a.w.) telah diisrakkan oleh Allah ke Baitulmaqdis dan dimikrajkan ke langit untuk menghiburkan hati dan menguatkan imannya. 2. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 daripada baginda menjadi Rasul Allah. 3. Di dalam peristiwa ini juga Rasulullah(s.a.w.) telah menerima perintah daripada Allah iaitu solat fardhu lima kali sehari semalam. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.23 HIJRAH KALI YANG KEDUA KE HABSYAH DAN TAHUN DUKACITA

7.23 HIJRAH KALI YANG KEDUA KE HABSYAH DAN TAHUN DUKACITA 1. Sekali lagi orang-orang Islam berhijrah ke Habsyah.Kali ini disertai oleh sebanyak lapan puluh tiga orang lelaki dan lapan belas orang perempuan. 2. Tetapi apabila diketahui bahawa Sayidina Umar iaitu orang yang kuat menentang Islam telah masuk Islam,maka ada di antara mereka yang pulang ke Mekah.Ada yang berhijrah ke Madinah pula apabila Rasulullah berhijrah ke sana tidak lama kemudian,termasuk Jaafar bin Abu Talib. 3. Tahun 620 Masihi atau tahun kesepuluh Rasulullah menyiarkan agama Islam disebut Tahun Dukacita kerana Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia. 4. Orang-orang Quraisy semakin hebat menyeksa Rasulullah(s.a.w.) setelah kematian Khadijah dan Abu Talib kerana selama ini mereka segan kepada kedua-dua orang itu. 5. Rasulullah(s.a.w.) dan Zaid bin Harisah telah pergi ke Taif untuk menemui suku Saqif untuk mendapat perlindungan tetapi telah diejek,dimaki dan dihina serta dilontar dengan batu sehingga kaki bagind