Posts

Showing posts from October 14, 2018

SEJARAH 8.24 HUKUMAN KEPADA ORANG-ORANG QURAISY

8.24 HUKUMAN KEPADA ORANG-ORANG QURAISY 1. Hanya beberapa orang sahaja dihukum oleh Rasulullah(s.a.w.) dan yang lainnya dibebaskan begitu sahaja. 2. Mereka yang menerima hukuman ialah: (a) seorang penyanyi perempuan yang sentiasa memburuk-burukkan Rasulullah(s.a.w.) di dalam nyanyiannya; (b) Huwairis kerana cuba untuk menceroboh Zainab,puteri Rasulullah(s.a.w.),ketika di dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah; (c) dua orang yang memeluk Islam kemudian melakukan pembunuhan di Madinah dan melarikan diri ke Mekah. 3. Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan supaya dibersihkan Kaabah daripada berhala dan kekotoran yang ada. 4. Dengan hukuman yang dijalankan oleh Rasulllah(s.a.w.) ke atas orang-orang Quraisy ini,mereka tertarik kepada agama Islam dan memeluk Islam secara sukarela. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.23 PENAWANAN KOTA MEKAH

8.23 PENAWANAN KOTA MEKAH 1. Pada tahun kelapan Hijrah,bani Khuzaah yang berikat setia dengan Islam bersengketa dengan bani Bakar yang berikat setia dengan Quraisy. 2. Di dalam persengketaan ini pihak Quraisy membantu bani Bakar menentang bani Khuzaah dan ini bermakna Quraisy sudah melanggar perjanjian Hudaibiah yang dibuat dengan pihak Islam dahulu. 3. Bani Khuzaah telah mengadu kepada Rasulullah(s.a.w.). 4. Apabila mendapat pengaduan daripada Khuzaah,maka Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera berjumlah 10000 orang menuju ke Mekah untuk membalas perbuatan orang-orang Quraisy itu. 5. Ketika sampai di Juhfah,maka datanglah Al-Abbas dan keluarganya lalu memeluk Islam. 6. Melalui Al-Abbas,Abu Sufian,ketua orang Quraisy pula memeluk Islam. 7. Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan Abu Sufian memberitahu orang Quraisy jika mahu selamat daripada serangan Islam mestilah: (a) menumpang di rumah Abu Sufian; (b) masuk ke dalam masjid; (c) masuk ke rumah sendiri. 8. Pada 20 Ramadhan tahu

SEJARAH 8.22 PEPERANGAN MUKTAH

8.22 PEPERANGAN MUKTAH 1. Pada tahun kelapan Hijrah,Rasulullah(s.a.w.) menghantar mubaligh(pengembang) Islam yang bernama Haris bin Amir Al-Azdi ke Ghassan tetapi mubaligh ini telah dibunuh oleh penduduk Ghassan. 2. Rasulullah(s.a.w.) menghantar tentera berjumlah 3000 orang diketuai oleh Zaid bin Harisah untuk membalas tindakan penduduk Ghassan itu. 3. Sampai di Muktah,tentera Islam telah terserempak dengan tentera Rom yang berjumlah 200 000 orang yang diketuai oleh adik Maharaja Heraklius yang bernama Tiodur. 4. Peperangan berlaku dan Khalid bin Al-Walid yang mengambil alih pimpinan tentera daripada Zaid bin Harisah yang telah terbunuh mengundurkan tentera sedikit demi sedikit ke Madinah. 5. Peperangan ini dinamakan Peperangan Muktah. 6. Antara tentera Islam yang gugur syahid ialah: (a) Zaid bin Harisah; (b) Abdullah bin Abi Rawahah; (c) Jaafar bin Abu Talib. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.21 MENUNAIKAN UMRAH DI MEKAH

8.21 MENUNAIKAN UMRAH DI MEKAH 1. Pada tahun ketujuh Hijrah juga,Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan 2000 orang Islam menuju ke Mekah untuk menunaikan Umratul Qada(Umrah Ganti). 2. Semasa Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Islam masuk ke kota Mekah,orang Quraisy berundur keluar dari kota Mekah untuk sementara waktu. 3. Setelah tiga hari tinggal di Mekah,mereka pun pulang ke Madinah. 4. Selepas peristiwa ini,Khalid bin Al-Walid,Amru bin Al-As,Usman bin Talhah dan banyak lagi orang Quraisy yang lain memeluk Islam. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.20 KEGIATAN SELEPAS PERJANJIAN HUDAIBIAH

8.20 KEGIATAN SELEPAS PERJANJIAN HUDAIBIAH 1. Setelah Perjanjian Hudaibiah dibuat,maka kedudukan Islam semakin bertambah kuat dan aman daripada gangguan pihak Quraisy. 2. Rasulullah(s.a.w.) mula mengirim surat menyampaikan seruan Islam kepada: (a) Heraklius,Maharaja Rom; (b) Kisra,Maharaja Farsi; (c) Najasyi,Maharaja Habsyah; (d) Al-Muqauqis,Gabenor Mesir; (e) Raja Ghassan; (f) Raja Yamamah; (g) Raja Oman. 3. Ada pemerintah yang menerima dengan baik dan ada pula yang menerima dengan kekerasan seperti Maharaja Farsi yang dengan marah mengoyak surat itu. 4. Khaibar terletak di sebelah utara Madinah. 5. Pada tahun ketujuh Hijrah pula,telah berlaku peperangan di antara orang-orang Islam dengan gabungan Yahudi Padak,Wadil Qura,Tamak dan Khaibar di Khaibar yang terletak di utara Madinah. 6. Peperangan ini berlaku kerana gabungan ini mahu menyerang Madinah. 7. Tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah(s.a.w.) dengan 1600 orang telah dapat mengalahkan golongan Yahudi ini

SEJARAH 8.19 PERJANJIAN HUDAIBIAH DITANDATANGANI

8.19 PERJANJIAN HUDAIBIAH DITANDATANGANI 1. Tidak lama kemudian datang wakil pihak Quraisy diketuai oleh Suhail bin Amr ke Hudaibiah untuk berunding dengan pihak Islam. 2. Setelah diadakan perbincangan yang hangat,maka mereka bersetuju mengadakan perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian Hudaibiah. 3. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. 4. Perjanjian ini ditulis oleh Sayidina Ali bin Abu Talib. 5. Antara syarat-syarat adalah seperti berikut: (a) Genjatan senjata antara kedua-dua pihak berjalan selama sepuluh tahun; (b) Orang Quraisy yang pergi ke pihak Islam tanpa izin walinya mesti dihantar pulang ke Mekah; (c) Orang Islam yang pergi ke Mekah tertahan di sana,tidak mesti dipulangkan ke Madinah; (d) Nabi Muhammad(s.a.w.) dan orang-orang Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun ini(6 Hijrah) dan boleh ke Mekah pada tahun tujuh Hijrah; (e) Kabilah Arab boleh berikat setia sama ada dengan pihak Islam atau pihak Quraisy. 6. Sema

SEJARAH 8.18 PERJANJIAN RIDWAN

8.18 PERJANJIAN RIDWAN 1. Kedua-dua pihak menghantar utusan untuk berunding,tetapi utusan Islam dimaki dan dihina oleh pihak Quraisy sehinggakan orang Islam menjadi marah tetapi disabarkan oleh Rasulullah(s.a.w.). 2. Tiap-tiap malam pula khemah-khemah orang Islam dibaling dengan anak-anak batu oleh pemuda-pemuda Quraisy.Orang Islam menangkap mereka itu tetapi dimaafkan oleh Rasulullah(s.a.w.) sebagai bukti tujuan kedatangan Islam adalah baik. 3. Kemudian Sayidina Usman bin Affan mengetuai utusan Islam masuk ke kota Mekah menemui Abu Sufian bin Harb bagi membincangkan masalah kedatangan mereka. 4. Usman dan rombongannya lambat sedikit pulang ke Hudaibiah sehinggakan timbul rasa bimbang di hati orang-orang Islam tentang keselamatan rombongan Usman. 5. Orang-orang Islam berikrar atau berjanji setia akan menuntut bela jika terjadi perkara yang buruk ke atas rombongan Usman. 6. Selepas perjanjian itu dibuat,maka tiba-tiba Usman pulang dan mereka membatalkan perjanjian ini. 7. Perjanjian i