Posts

Showing posts from September 2, 2018

SEJARAH 7.8 MEKAH SEMASA PEMERINTAHAN HASYIM DAN AL-MUTALIB

7.8 MEKAH SEMASA PEMERINTAHAN HASYIM DAN AL-MUTALIB 1. Di antara anak-anak Abdul Manaf,Hasyimlah yang lebih dihormati dan kaya. 2. Beliau memegang jawatan Siqayah dan Rifadah serta berusaha untuk memajukan Mekah. 3. Beliau mengadakan angkatan perniagaan dua musim iaitu:- (a) Musim sejuk ke negeri Yaman; (b) Musim panas ke negeri Syam. 4. Buku yang menunjukkan mereka berniaga dua musim adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Quraisy ayat 1-2: لِإِيلَٰفِ قُرَيْشٍ.إِۦلَٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ Ertinya:Kerana kebiasaan kaum Quraisy,kebiasaan mereka di dalam pelayaran dua musim iaitu musim sejuk dan musim panas. 5. Mekah pada masa pemerintahan Hasyim sangat maju.Ini kerana (a) Mengikat perjanjian setia dengan Rom dan Raja Ghassan; (b) Abdu Syam mengikat perjanjian perniagaan dengan Najasyi,Raja Habsyah. (c) Al-Muttalib mengikat perjanjian setia dengan Farsi dan Suku Himyar di Yaman. 6. Mekah menjadi pusat perniagaan yang terkenal pada masa itu.

SEJARAH 7.7 MEKAH SEMASA ANAK-ANAK QUSAIY

7.7 MEKAH SEMASA ANAK-ANAK QUSAIY 1. Qusaiy mempunyai tiga orang anak iaitu: (a) Abdul Dhar; (b) Abdul Manaf; (c) Abdul Uzza. 2. Setelah Qusaiy tua,maka beliau menyerahkan jabatan Hijabah,Siqayah,Rifadah dan Liwa kepada Abdul Dar dan anak-anaknya. 3. Abdul Manaf juga mempunyai anak-anak yang bernama: (a) Abdu Syam; (b) Naufal; (c) Hasyim; (d) Al-Muttalib. 4. Keturunan Abdul Manaf lebih mulia dan dihormati. 5. Anak-anak Abdul Manaf tidak berpuas hati dengan penyerahan pemerintahan Mekah dan hampir-hampir berlaku pergaduhan tetapi dapat diselesaikan. 6. Penyelesaian yang dapat dicapai ialah: (a) Jabatan Siqayah dan Rifadah dipegang oleh anak-anak Abdul Manaf; (b) Jabatan Liwa,Hijabah dan Nadwah dipegang oleh anak-anak Abdul Dar. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.6 JABATAN PEMERINTAHAN MEKAH

7.6 JABATAN PEMERINTAHAN MEKAH 1. Qusaiy mengadakan jabatan kerajaan,antaranya ialah: (a) As-Siqayah bagi menguruskan air untuk orang yang mengerjakan haji; (b) Ar-Rifadah bagi menguruskan makanan untuk orang yang mengerjakan haji; (c) Al-Hijabah bagi menguruskan kunci dan keselamatan Kaabah; (d) An-Nadwah bagi mentadbirkan pemerintahan dan undang-undang Mekah; (e) Al-Qiyadah bagi menguruskan ketenteraan dan keamanan Mekah; (f) Al-Liwa bagi menguruskan bendera negara. 2. Langkah yang dilakukan oleh Qusaiy ini menambahkan darjat kaum Quraisy pada pandangan orang Arab yang lain. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.5 PEMERINTAHAN QUSAIY

7.5 PEMERINTAHAN QUSAIY 1. Pada kurun kelima Masihi,Qusaiy bin Kilab dari keturunan Nabi Ismail telah berkahwin dengan ketua Mekah pada masa itu yang bernama Hubbai binti Hulail. 2. Dengan perkahwinan itu,urusan pemerintahan Mekah telah kembali kepada keturunan Nabi Ismail. 3. Qusaiy yang menjadi ketua Mekah berusaha untuk memajukan Mekah. 4. Qusaiy adalah moyang yang keempat bagi Nabi Muhammad(s.a.w.). 5. Qusaiy mendirikan Dewan Mesyuarat yang disebut "Darun Nadwah" untuk membincangkan kemajuan dan pemerintahan Mekah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.4 SUKU QURAISY

7.4 SUKU QURAISY 1. Keturunan Ismail tidak memerintah Mekah lagi setelah Mekah jatuh ke tangan suku Khuzaah. 2. Ada juga sebahagian daripada keturunan Ismail yang tinggal di Mekah di bawah pemerintahan Khuzaah iaitu keturunan Adnan yang bernama Malik bin Fihr. 3. Dari keturunan Malik inilah lahirnya Nabi Muhammad(s.a.w.).Mereka dipanggil suku Quraisy. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.3 JURHUM DAN KHUZAAH

7.3 JURHUM DAN KHUZAAH 1. Selepas kewafatan Nabi Ismail,maka urusan pemerintahan Mekah dan Kaabah dijaga oleh suku Jurhum. 2. Mekah begitu maju pada masa pemerintahan Jurhum.Ini menjadikan mereka lupa daratan dengan mengotori Kaabah seperti tidak menghormatinya,mencuri barang-barang yang ada di dalamnya.Telaga Zam Zam juga mulai terbiar. 3. Kesombongan suku Jurhum memberikan peluang kepada Suku Khuzaah dari Yaman untuk menyerang dan menawan Mekah. 4. Ketua orang Jurhum yang bernama Muzaz bin Amr dan sebahagian pengikutnya lari meninggalkan kota Mekah. 5. Dengan ini jatuhlah Mekah ke tangan suku Khuzaah dari Yaman. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.2 MEMBINA KAABAH

7.2 MEMBINA KAABAH 1. Ketika Nabi Ibrahim datang ke Mekah pada kali yang ketiga,Allah telah memerintahkannya supaya membina Kaabah. 2. Bukti Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 127: وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِۦمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ Ertinya:Dan ingatlah ketika Ibrahim mempertinggikan asas rumah ibadat itu bersama-sama dengan Ismail sambil kedua-duanya berdoa:"Wahai Tuhanku terimalah amalan kami,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". 3. Bukti Kaabah sebagai rumah suci yang mula-mula dibina sebagai tempat manusia beribadat adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Imran ayat 96: إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَٰلَمِين Ertinya:Sesungguhnya julung-julung rumah ibadat yang dibina untuk manusia ialah yang terletak di Mekah,mempunyai berkat dan petunjuk bagi s