Posts

Showing posts from June 17, 2018

FIKAH 1.2 HUKUM AIR

Image
1.2 HUKUM AIR 1. Air ada lima bahagian: (a) Air Mutlak; (b) Air Mutanajjis; (c) Air Mustakmal; (d) Air Mutaghayyir; (e) Air Makruh; Air Mutlak ___________ 1. Air mutlak ialah air biasa yang tidak dikaitkan dengan sesuatu nama tertentu. 2. Jenis-jenis air mutlak ialah: (a) Air laut; (b) Air sungai; (c) Air hujan; (d) Air salji; (e) Air telaga; (f) Air mata air; (g) Air embun; 3.Hukum air mutlak ialah suci dan boleh menyucikan benda lain. Air Mutanajjis ______________ 1.Air mutanajjis ialah air yang kena najis yang tidak sampai sukatan dua kolah. 2.Hukum air mutanajjis: (a) Tidak suci dan tidak boleh menyucikan walaupun air ini tidak berubah bau,warna atau rasanya; (b) Air yang kena najis melebihi sukatan dua kolah dan berubah salah satu sifatnya(bau,warna dan rasa)maka juga tidak boleh menyucikan sesuatu; (c) Air yang kena najis melebihi sukatan dua kolah dan tidak berubah salah satu sifatnya tidak dikira sebagai air mutanajjis. Air Mustakmal _____________ 1. Air mustakmal ialah air

ILMU FIKAH 1.1 BERSUCI

1.1 BERSUCI Erti bersuci ialah membersihkan tubuh badan daripada kekotoran,sama ada kekotoran yang dapat dilihat mahupun kekotoran yang tidak dapat dilihat. Contoh kekotoran yang dapat dilihat ialah nanah dan darah. Contoh kekotoran yang tidak dapat dilihat ialah hadas besar dan hadas kecil. Hukum bersuci wajib apabila seseorang Islam hendak mengerjakan ibadat seperti sembahyang,haji dan sebagainya. Alat-alat untuk bersuci: (a)Air; (b)Tanah,apabila tiada air atau air tidak boleh digunakan; (c)Benda-benda kesat seperti batu,kayu dan lain-lain; (d)Samak-untuk menyuci kulit selain kulit anjing atau babi. Hikmat bersuci: (a)Allah mengasihi orang yang bersih; (b)Menghilangkan perasaan jijik; (c)Kebersihan sebahagian daripada iman; (d)Menjauhkan sifat-sifat binatang; (e)Menjaga kesihatan dan kebersihan; (f)Merupakan keistimewaan kerana agama Islam mementingkan kebersihan. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl