Posts

Showing posts from October 21, 2018

SEJARAH 9.4 TINDAKAN ABU BAKAR - MENGHAPUSKAN ORANG MURTAD

9.4 TINDAKAN ABU BAKAR - MENGHAPUSKAN ORANG MURTAD 1. Apabila berita kewafatan Rasulullah(s.a.w.) tersebar luas,ada orang yang menjadi murtad. 2. Penduduk Madinah,Mekah dan Taif sahaja yang masih berpegang teguh kepada Islam. 3. Terdapat beberapa golongan orang murtad: (a) Golongan terus keluar dari agama Islam: (i) Musailamatul Al-Khazzab; (ii) Tulaihatul Al-Asadi; (iii) Al-Aswad bin Al-Anasi. (b) Golongan yang tidak mahu membayar zakat: (i) Malik bin Nuwairah. 4. Antara sebab mereka menjadi murtad: (a) Kepercayaan kepada Islam tidak kuat; (b) Kuat berpegang kepada akhlak buruk; (c) Tidak dapat mengawal hawa nafsu yang ditegah menurut hukum Islam. 5. Abu Bakar terpaksa memerangi orang murtad kerana: (a) sebelum memerangi mereka Abu Bakar telah mengirimkan surat terlebih dahulu; (b) nabi palsu membohongi orang ramai; (c) mereka mengancam kedudukan Islam dan merupakan pengkhianatan yang mesti dihapuskan; (d) mereka bersikap keras

SEJARAH 9.3 PERLANTIKAN ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH

9.3 PERLANTIKAN ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH 1. Rasulullah(s.a.w.) wafat pada hari Isnin 13hb Rabiulawal 11 Hijrah. 2. Kaum Ansar berhimpun di Balai Bani Saidah kerana ingin melantik ketua kerajaan Islam bagi menggantikan Rasulullah(s.a.w.) yang telah wafat.Mereka memilih Saad bin Ubadah. 3. Peristiwa ini diketahui oleh orang Muhajirin.Abu Bakar,Abu Ubaidah Al-Jarrah dan diikuti oleh orang Muhajirin yang lain terus menuju ke Balai Bani Saidah. 4. Kemudian berlaku perbincangan hangat di antara kedua-dua pihak dengan masing-masing ingin akan jawatan khalifah dari golongan masing-masing. 5. Melihat keadan yang tegang ini,maka Umar cuba bangun untuk berucap tetapi dihalang oleh Abu Bakar. 6. Abu Bakar sendiri menenangkan keadaan dengan memberikan penjelasan sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati lalu ia mencalonkan Umar atau Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai khalifah.Apabila Umar mendengarkan ia dicalon,ia lantas bangun dan terus mencalonkan Abu Bakar menjadi khalifah yang kemudiannya dipe

SEJARAH 9.2 SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ - KHALIFAH PERTAMA

9.2 SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ - KHALIFAH PERTAMA 1. Nama sebenar Abu Bakar As-Siddiq ialah Abdullah bin Abi Qahafah Usman bin Amis bin Amru bin Kaab bin Saad bin Tamin bin Murrah. 2. Bondanya bernama Salmah binti Sakhar atau lebih dikenali dengan Ummul Khair. 3. Beliau bersaudara dengan Rasulullah(s.a.w.) selain daripada menjadi sahabat yang rapat,beliau juga adalah bapa mertua kepada Rasulullah(s.a.w.)(dengan anak Abu Bakar yang bernama Aishah). 4. Beliau dilahirkan pada tahun 573 Masihi dan dari keturunan orang baik-baik dan terhormat. 5. Abu Bakar dididik dengan sifat-sifat mulia iaitu kasihan belas,lemah lembut dan berbudi bahasa yang baik. 6. Di dalam bidang perniagaan,beliau merupakan saudagar yang jujur dan amanah.Ini menjadikan beliau hartawan yang terkenal. 7. Di dalam pengembangan Islam pula,beliaulah orang lelaki yang pertama beriman dengan Rasulullah(s.a.w.). 8. Abu Bakar banyak berjuang dan berkorban demi kepentingan Islam. 9. Pada tahun kesembilan Hijrah,beliau menget

SEJARAH 9.1 KHULAFA AR-RASYIDIN

9.1 KHULAFA AR-RASYIDIN 1. Pengganti pemerintah selepas Nabi(s.a.w.) disebut khalifah. 2. Khalifah ertinya pengganti. 3. Maksud khalifah sebenarnya ialah orang yang menggantikan Rasulullah(s.a.w.) menjadi pemimpin negara Islam setelah baginda wafat. 4. Erti Khulafa Ar-Rasyidin pula ialah khalifah-khalifah yang adil lagi bijaksana. 5. Mereka dipanggil Khulafa Ar-Rasyidin kerana mereka patuh kepada Nabi(s.a.w.) dan kuat memegang syariat agama Islam. 6. Pemilihan Khulafa Ar-Rasyidin secara demokrasi mendapat persetujuan ramai. 7. Khulafa Ar-Rasyidin terdiri daripada Abu Bakar,Umar,Usman dan Ali. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.27 MENGHANTAR TENTERA KE GHASSAN DAN KEWAFATAN RASULULLAH(S.A.W.)

8.27 MENGHANTAR TENTERA KE GHASSAN DAN KEWAFATAN RASULULLAH(S.A.W.) 1. Rasulullah(s.a.w.) melengkapkan tentera pimpinan Usamah bin Zaid yang masih muda bagi memerangi orang Ghassan yang telah membunuh mubaligh Islam dahulu. 2. Semasa angkatan Usamah tidak berapa jauh dari Madinah,iaitu di Jurf,maka sampai berita yang menyatakan Rasulullah(s.a.w.) telah uzur di Madinah. 3. Usamah membatalkan perjalanan dan terus pulang ke Madinah. 4. Semasa Rasulullah(s.a.w.) uzur pula,maka Abu Bakar menjadi imam solat. 5. Apabila diketahui oleh Rasulullah(s.a.w.) bahawa orang ramai bimbang akan keuzurannya,maka Rasulullah(s.a.w.) memaksakan dirinya pergi ke masjid dengan dipimpin oleh Ali dan Al-Fadl serta diiringi oleh Al-Abbas. 6. Sambil duduk di atas tangga mimbar bawah sekali,baginda berucap dengan menyuruh orang ramai agar jangan bimbang jika beliau wafat kerana rasul-rasul yang terdahulu pun wafat juga.Baginda menasihati orang Ansar serta orang Muhajirin supaya hidup berbaik-baik. 7. Pada hari I

SEJARAH 8.26 HAJI PERPISAHAN

8.26 HAJI PERPISAHAN 1. Pada akhir bulan Zulkaedah tahun kesembilan Hijrah,Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan Abu Bakar menjadi ketua menunaikan haji. 2. Tidak lama kemudian Rasulullah(s.a.w) memerintahkan Sayidina Ali mengisytiharkan beberapa perkara di Mina. 3. Perkara-perkara itu ialah: (a) membatalkan perjanjian dengan orang-orang Musyrikin yang tidak setia dan mereka diberikan tempoh empat bulan; (b) bagi orang yang masih setia,persetiaan tetap berjalan sehingga selesai tempohnya; (c) mulai tahun kesepuluh Hijrah,orang-orang kafir tidak dibenarkan mengerjakan haji lagi. 4. Pada 25 Zulkaedah 10 Hijrah pula,Rasulullah(s.a.w.) mengetuai orang ramai kira-kira 90000 orang untuk mengerjakan haji. 5. Semasa di Arafah,Rasulullah(s.a.w.) telah berucap kepada orang ramai.Antaranya baginda menyatakan mungkin itu perjumpaan terakhir dengannya.Baginda menyatakan tentang persamaan hak manusia,hak kaum perempuan di dalam beberapa bahagian,melarang pertumpahan darah dan melarang makan r

SEJARAH 8.25 PERISTIWA SELEPAS PENAKLUKAN MEKAH

8.25 PERISTIWA SELEPAS PENAKLUKAN MEKAH Peperangan Hunain _________________ 1. Hunain letaknya di selatan kota Mekah. 2. Setelah lima belas hari Mekah ditawan oleh Islam,maka sampailah berita kepada Rasulullah(s.a.w.) bahawa puak Hawazin dan Saqif yang diketuai oleh Malik bin Auf telah berkumpul di Hunain untuk menyerang Islam di Mekah. 3. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera Islam berjumlah 12000 menuju ke Hunain. 4. Di awal peperangan,pihak Islam hampir-hampir kalah disebabkan: (a) tentera Islam diserang hendap waktu pagi yang gelap-gelita dengan keadaan mereka tidak mengetahui keadaan tempat itu; (b) sikap orang Islam yang berbangga dengan tentera yang banyak dan kemenangan-kemenangan yang telah lalu; (c) orang yang baru masuk Islam belum sebati dengan agama Islam dan belum mesra di antara mereka. 5. Rasulullah(s.a.w.) memberikan perangsang,kata-kata semangat dan nasihat supaya orang-orang Islam berperang bermati-matian.Akhirnya peperangan dimenangi juga oleh pihak Is