SEJARAH 9.2 SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ - KHALIFAH PERTAMA

9.2 SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ - KHALIFAH PERTAMA

1. Nama sebenar Abu Bakar As-Siddiq ialah Abdullah bin Abi Qahafah Usman bin Amis bin Amru bin Kaab bin Saad bin Tamin bin Murrah.
2. Bondanya bernama Salmah binti Sakhar atau lebih dikenali dengan Ummul Khair.
3. Beliau bersaudara dengan Rasulullah(s.a.w.) selain daripada menjadi sahabat yang rapat,beliau juga adalah bapa mertua kepada Rasulullah(s.a.w.)(dengan anak Abu Bakar yang bernama Aishah).
4. Beliau dilahirkan pada tahun 573 Masihi dan dari keturunan orang baik-baik dan terhormat.
5. Abu Bakar dididik dengan sifat-sifat mulia iaitu kasihan belas,lemah lembut dan berbudi bahasa yang baik.
6. Di dalam bidang perniagaan,beliau merupakan saudagar yang jujur dan amanah.Ini menjadikan beliau hartawan yang terkenal.
7. Di dalam pengembangan Islam pula,beliaulah orang lelaki yang pertama beriman dengan Rasulullah(s.a.w.).
8. Abu Bakar banyak berjuang dan berkorban demi kepentingan Islam.
9. Pada tahun kesembilan Hijrah,beliau mengetuai orang ramai mengerjakan haji.
10.Abu Bakar juga menjadi imam solat semasa Rasululah(s.a.w.) uzur.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl 

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH