SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH

8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM  DAN SESUDAH HIJRAH

1. Madinah sebelum Hijrah dikenali dengan nama Yasrib.
2. Madinah terletak di sebelah utara Mekah.
3. Terdapat dua suku Arab yang besar tinggal di Madinah.
   (a) Suku Aus;
   (b) Suku Khazraj.
4. Kaum-kaum Yahudi tinggal di sebelah tenggara Madinah:
   (a) Banu Qainuqak;
   (b) Banu Quraizah;
   (c) Banu An-Nadhir.
5. Setelah Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah maka terdapat lima golongan manusia:
   (a) Muhajirin;
   (b) Al-Ansar;
   (c) Yahudi;
   (d) Munafikin;
   (e) Musyrikin.
6. Golongan Muhajirin ialah orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah bersama dengan Rasulullah(s.a.w.).
7. Golongan Al-Ansar ialah orang Islam Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj yang memberikan pertolongan kepada Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Muhajirin semasa mula sampai di Madinah.
8. Golongan Yahudi terdiri daripada beberapa kabilah,antaranya Quraizah,Qainuqak,An-Nadhir,Khaibar,Taimak,Padak,Wadil Qura dan lain-lain.Setelah gagal memujuk Rasulullah(s.a.w.) ke pihak mereka dan ketua Banu Qainuqak memeluk Islam,mulalah mereka memusuhi Rasullullah(s.a.w.) dan orang-orang Islam.
9. Golongan munafikin ialah orang Madinah yang berpura-pura Islam tetapi hati mereka membenci agama Islam.Golongan ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul.
10.Golongan Musyrikin ialah orang Madinah yang masih dengan agama jahiliah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA