Posts

Showing posts from August 5, 2018

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - A PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH

HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Dari segi bahasa:Mengunjungi tempat yang mulia Dari segi istilah:Mengunjungi Baitullah dalam bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah yang tertentu mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. DALIL KEFARDHUAN HAJI Firman Allah Taala: وَاذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ Ertinya:Serulah manusia untuk pergi mengerjakan haji. IBADAT HAJI MULA DIFARDHUKAN Ibadah haji difardhukan kepada umat Islam sejak tahun 6 Hijrah tetapi telah diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. HUKUM MENGERJAKAN HAJI 1.Wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam sekali seumur hidup apabila mencukupi syarat-syaratnya. 2.Sunat dilakukan berulang kali. 3.Wajib dikerjakan sekali lagi jika bernazar atau ibadah hajinyayang dahulu batal. HIKMAH ALLAH MEWAJIBKAN HAJI Dari segi perpaduan: 1.Semasa mengerjakan ibadah haji,manusia sempat berkenal-kenalan dengan jemaah haji dari serata dunia dan ini dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam. 2.Ibadah haji dapat melatih seseorang membentuk sifat saba

FEKAH - ZAKAT - M PERBEZAAN ZAKAT DENGAN CUKAI PENDAPATAN

PERBEZAAN ZAKAT DENGAN CUKAI PENDAPATAN Zakat 1.Hanya dipungut daripada orang Islam. 2.Pengagihannya hanya kepada golongan tertentu yang telah ditentukan oleh syarak. 3.Kutipan zakat adalah daripada beberapa sumber iaitu tanaman asasi,ternakan,emas dan perak,wang,perniagaan serta harta rikaz. Cukai Pendapatan 1.Dipungut daripada semua penduduk samaada Islam atau bukan Islam. 2.Pengagihannya kepada semua golongan tanpa had. 3.Hanya daripada sumber pendapatan. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - ZAKAT - L ZAKAT HARTA RIKAZ

ZAKAT HARTA RIKAZ Iaitu emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam tanah yang dipercayai tidak dimiliki oleh sesiapa. DALIL WAJIB ZAKAT INI Daripada Hadis Rasulullah: عَنْ أَبِى هُرَيْرَه أَنَّ النَّبِى قَالَ: وَفِى الرِّكَازِالْخُمْسُ Ertinya:Daripada Abu Hurairah telah bersabda Nabi:Pada harta rikaz ialah 1/5 zakatnya. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA RIKAZ 1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan kafir. 2.Merdeka bukan hamba abdi. 3.Milik yang sempurna iaitu harta bukan milik orang lain.Harta itu dimiliki oleh orang yang menjumpainya. KADAR ZAKAT HARTA RIKAZ Ialah 1/5 atau 20%. Contoh:800 gram emas(harta rikaz).Zakatnya 800 x 1/5 =160 gram. CATATAN TAMBAHAN 1.Zakat harta rikaz tidak perlu menunggu cukup haul(genap setahun) dan tidak ada permulaan nisabnya. 2.Cara mengeluarkan zakat ini ialah apabila dijumpai harta rikaz ini dan ditentukan oleh syarak hendaklah dikeluarkan zakat. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - ZAKAT - K ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT PERNIAGAAN JENIS BARANG-BARANG PERNIAGAAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT 1.Iaitu segala jenis barang yang dicadangkan untuk dijual. 2.Barang tersebut halal dan boleh diperniagakan seperti kedai runcit,eksport,pengeluaran kilang,kedai makanan dan sebagainya. DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN Firman Allah Taala: اَنْفِقُوْ ا مِنْ طَيِّبَا تِ مَا كَسَبْتُمْ Ertinya:Keluarkanlah daripada hasil yang baik daripada apa yang kamu usahakan(perniagakan). SEBAB-SEBAB ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT PERNIAGAAN 1.Dapat memberikan keuntungan yang banyak bagi yang mengusahakannya. 2.Perniagaan merupakan sumber kekayaan manusia. 3.Berniaga adalah bidang yang amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN Syarat-syarat umum: 1.Islam iaitu bukan orang kafir. 2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi yang di bawah perintah tuannya. 3.Cukup haul iaitu genap setahun perniagaan itu. 4.Sampai nisab iaitu sampai kadar zakat yang telah ditetapkan oleh syarak. 5.Sempurna milik iaitu perniagaan tersebu

FEKAH - ZAKAT - J ZAKAT MATA WANG

ZAKAT MATA WANG SEBAB-SEBAB MATA WANG DIKENAKAN ZAKAT 1.Mata wang merupakan sumber kekayaan manusia. 2.Merupakan alat yang penting dalam kehidupan manusia,wang diperlukan sebagai barang perantaraan pertukaran barangan. 3.Mata wang menjadi rebutan manusia kerana amat diperlukan. JENIS MATA WANG YANG DIWAJIBKAN ZAKAT Iaitu mata wang yang sah diperakui dalam sesebuah negara sama ada merupakan jenis logam atau wang kertas.Contohnya:ringgit(RM),dollar,yen,rial,rupiah dan sebagainya. SYARAT WAJIB ZAKAT MATA WANG Syarat-syaratnya: 1.Islam iaitu bukan orang kafir. 2.Merdeka iaitu bukan hamba sahaya. 3.Cukup haul iaitu genap setahun. 4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. 5.Sempurna milik iaitu wang tersebut milik sendiri. 6.Tertentu pemilik iaitu wang tersebut mempunyai pemilik yang sah. PERMULAAN NISAB ZAKAT MATA WANG Mengikut kadar harga 85gram emas dalam pasaran antarabangsa.Kadar ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.Mengikut kadar dalam tahun 14

FEKAH - ZAKAT - I ZAKAT HARTA GALIAN IAITU EMAS DAN PERAK

ZAKAT HARTA GALIAN IAITU EMAS DAN PERAK Jenis-jenis yang diwajibkan zakat ialah: (a) Jenis biji. (b) Jenis ketul/logam. (C) Jenis barang perhiasan. (d) Jenis barang kemas yang tidak dipakai oleh wanita. DALIL ZAKAT EMAS DAN PERAK Firman Allah Taala: وَالَّذِيْنَ يَكْنِزُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُوْ نَهَا فِى سَبِيْلِ اللّٰهِ فَبَشَّرْ هُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍ Ertinya:Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan yang diredhai oleh Allah,ingatkanlah mereka dengan azab Allah yang pedih. SEBAB-SEBAB EMAS DAN PERAK SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT 1.Harta ini merupakan sumber kekayaan manusia. 2.Harta ini menjadi tumpuan dan rebutan manusia. 3.Harta ini mempunyai nilai harga yang tinggi. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK Syarat-syarat umum: 1.Orang Islam iaitu bukan kafir. 2.Merdeka iaitu bukan hamba sahaya. 3.Cukup haul iaitu genap setahun dimiliki. 4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. 5.Sempurna milik iaitu h

FEKAH - ZAKAT - H ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN

ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN Jenis tanam-tanaman yang diwajibkan zakat 1.Tanaman yang menjadi makanan asasi bagi sesebuah negara seperti padi,gandum,jagung,sekoi dan barli. 2.Buah-buahan yang dikenakan zakat adalah yang tahan lama setelah dikeringkan iaitu tamar dan anggur. DALIL ZAKAT TANAMAN Firman Allah Taala: وَآتُوْا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ Ertinya:Berikan haknya apabila sudah dituai. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TANAMAN Syarat-syarat umum: 1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan kafir. 2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi. 3.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. 4.Sempurna milik iaitu milik sendiri dan dia berkuasa penuh terhadap tanaman tersebut. 5.Tertentu pemilik iaitu tanaman itu mempunyai pemilik yang sah dan bukan yang telah diwakafkan. Syarat-syarat khusus: 1.Tanaman itu diusahakan oleh manusia dan bukan tumbuh sendiri. 2.Tahan disimpan lama sekurang-kurangnya satu tahun setelah dikeringkan. 3.Tanaman itu merupakan makanan asasi manus