Posts

Showing posts from August 19, 2018

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - O TAHALLUL

TAHALLUL Ertinya:Keluar daripada ihram haji atau umrah dan boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam ihram setelah melakukan ibadat yang tertentu. BAHAGIAN-BAHAGIAN TAHALLUL 1.Tahallul Awal iaitu keluar daripada ihram haji/umrah setelah selesai melakukan 2 daripada 3 ibadat yang berikut: (a)Melontar di Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. (b)Bercukur(dilakukan selepas Jamrah). (c)Tawaf rukun. 2.Tahallul Thani iaitu setelah selesai mengerjakan 3 ibadat yang di atas. LARANGAN-LARANGAN KETIKA TAHALLUL 1.Selepas Tahallul Awal:Boleh melakukan semua perkara yang dilarang ketika dalam ihram kecuali 3 perkara iaitu: (a) Bersetubuh (b) Bergurau senda sehingga menaikkan keinginan syahwat. (c) Berakad nikah/berkahwin. 2.Selepas Tahallul Thani,semua perkara yang dilarang ketika ihram boleh dilakukan. HIKMAH DIADAKAN TAHALLUL 1.Memberi kesenangan kepada jemaah haji kerana masa mengerjakan ibadah haji yang agak panjang boleh membebankan mereka. 2.Memberi kerehatan kepada jemaah haji yang

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - N MIQAT HAJI DAN UMRAH

Image
MIQAT HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN MIQAT Merupakan sempadan masa/tempat untuk memulakan niat haji atau umrah,contohnya di Zulhulaifah/Bir Ali bagi yang datang dari Madinah. BAHAGIAN-BAHAGIAN MIQAT Miqat Makani Ertinya:Sempadan tempat yang ditentukan oleh Allah untuk memulakan niat haji atau umrah,contohnya di Zulhulaifah/Bir Ali. Miqat Mikani bagi haji: 1.Zulhulaifah/Bir Ali iaitu bagi penduduk Madinah atau yang datang melaluinya. 2.Yalamlam iaitu bagi penduduk Yaman,dari benua India dan penduduk Asia termasuk Malaysia yang datang dengan kapal laut. 3.Juhfah iaitu bagi yang datang dari arah Syam,Mesir dan Maghribi. 4.Qarnul Manazil iaitu bagi yang datang dari Kuwait,Najd dan Yaman. 5.Zatu-Iraq iaitu yang datang dari Iraq. 6.Bagi yang tinggal di Mekah(bagi Haji Tamattuk) niatnya di kediaman masing-masing termasuk penduduk tanah haram. 7.Bagi yang tidak ada Miqat,maka mereka mestilah berniat di Miqat yang dilaluinya. CATATAN TAMBAHAN 1.Bagi ibadat umrah,Miqat untuk penduduk di luar Tana

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - M CARA MENGERJAKAN UMRAH

CARA MENGERJAKAN UMRAH 1.Dikerjakan sebelum atau selepas mengerjakan haji.Ini berdasarkan jenis haji yang dilakukan sama ada Haji Tamattuk atau Haji Ifrad. 2.Berniat umrah dan ihram di Miqat Makani. 3.Mengerjakan tawaf umrah. 4.Kemudian mengerjakan saei. 5.Kemudian bercukur. 6.Umrah adalah sunat dan boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan berada di kota Mekah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - L CARA MENGERJAKAN HAJI YANG LENGKAP

Image
CARA MENGERJAKAN HAJI YANG LENGKAP ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - K PERBEZAAN ANTARA WAJIB HAJI DAN WAJIB UMRAH

Image
~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - J PERBEZAAN ANTARA RUKUN HAJI DAN RUKUN UMRAH

PERBEZAAN ANTARA RUKUN HAJI DAN RUKUN UMRAH RUKUN HAJI 1.Niat haji. 2.Wukuf di Arafah. 3.Tawaf. 4.Saei. 5.Bercukur. 6.Tertib. RUKUN UMRAH 1.Niat umrah. 2.Tawaf. 3.Saei. 4.Bercukur. 5.Tertib. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - I JENIS-JENIS HAJI DAN PERBEZAANNYA

Image
~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl