FEKAH - HAJI DAN UMRAH - N MIQAT HAJI DAN UMRAH

MIQAT HAJI DAN UMRAH

PENGERTIAN MIQAT
Merupakan sempadan masa/tempat untuk memulakan niat haji atau umrah,contohnya di Zulhulaifah/Bir Ali bagi yang datang dari Madinah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MIQAT
Miqat Makani
Ertinya:Sempadan tempat yang ditentukan oleh Allah untuk memulakan niat haji atau umrah,contohnya di Zulhulaifah/Bir Ali.

Miqat Mikani bagi haji:
1.Zulhulaifah/Bir Ali iaitu bagi penduduk Madinah atau yang datang melaluinya.
2.Yalamlam iaitu bagi penduduk Yaman,dari benua India dan penduduk Asia termasuk Malaysia yang datang dengan kapal laut.
3.Juhfah iaitu bagi yang datang dari arah Syam,Mesir dan Maghribi.
4.Qarnul Manazil iaitu bagi yang datang dari Kuwait,Najd dan Yaman.
5.Zatu-Iraq iaitu yang datang dari Iraq.
6.Bagi yang tinggal di Mekah(bagi Haji Tamattuk) niatnya di kediaman masing-masing termasuk penduduk tanah haram.
7.Bagi yang tidak ada Miqat,maka mereka mestilah berniat di Miqat yang dilaluinya.

CATATAN TAMBAHAN
1.Bagi ibadat umrah,Miqat untuk penduduk di luar Tanah Haram adalah sama seperti Miqat bagi haji.Manakala,bagi yang sudah tinggal di tanah haram maka Miqatnya di tempat yang lebih hampir iaitu di Tana'im atau Ja'ranah.


Sempadan Miqat Makani
Peta Yang MenunjukkanSempadan-   sempadan Tanah Haram Mekah

Mikat Zamani:
Ertinya:Sempadan masa bagi memulakan niat haji atau umrah.

Miqat Zamani bagi haji dan umrah:
Pada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah.Miqat Zamani bagi umrah ialah pada bila-bila masa asalkan berada di Mekah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH