Posts

Showing posts from October 7, 2018

SEJARAH 8.17 RINDU UNTUK PULANG KE MEKAH

8.17 RINDU UNTUK PULANG KE MEKAH 1. Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Muhajirin mula terasa rindu untuk pulang ke Mekah. 2. Setelah mengadakan mesyuarat,mereka mengambil keputusan akan pulang sebentar ke Mekah sambil mengerjakan umrah. 3. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan 1500 orang menuju ke Mekah dengan membawa 70 ekor unta untuk dikorbankan. 4. Orang-orang Quraisy mula gempar dan bersiap sedia apabila mendapat tahu akan kedatangan orang-orang Islam itu.Mereka tidak mengetahui tujuan sebenar kedatangan pihak Islam itu. 5. Apabila sampai di Usfan,Rasulullah(s.a.w.) mendapat tahu bahawa orang-orang Quraisy sedang bersiap sedia dengan kelengkapan tentera yang kuat. 6. Rasulullah(s.a.w.) mengikut jalan yang jarang-jarang dilalui orang ramai untuk mengelakkan bertemu dengan pihak Quraisy dan berhenti di Hudaibiah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.16 PEPERANGAN BANI MUSTALIQ

8.16 PEPERANGAN BANI MUSTALIQ 1. Pada bulan Syaaban tahun Hijrah yang keenam,bani Mustaliq bersiap sedia untuk memerangi orang-orang Islam. 2. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera Islam menyerang bani Mustaliq di Al-Muarisi dan akhirnya mereka dapat ditewaskan. 3. Pihak musuh yang terbunuh ialah 10 orang dan yang dapat ditawan 2000 orang. 4. Semasa pulang ke Madinah,Abdullah bin Ubai telah menghasut golongannya supaya memberontak tetapi tidak berjaya. 5. Semasa perjalanan pulang itu juga,Aishah telah difitnah kononnya melakukan perbuatan curang oleh segolongan orang Munafikin. 6. Kemudian turut ayat Al-Quran yang menyatakan tentang kesucian Aishah dan hilanglah desas-desus yang tidak berasas itu. 7. Rasulullah(s.a.w.) kemudian berkahwin dengan Juariah binti Al-Haris iaitu ketua bani Mustaliq. 8. Dengan pernikahan ini maka banyak para sahabat membebaskan orang tawanan masing-masing dan bani Mustaliq memeluk Islam bersama dengan anak buah mereka. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.15 HUKUMAN KE ATAS BANI QURAIZAH SERTA KESAN PEPERANGAN

8.15 HUKUMAN KE ATAS BANI QURAIZAH SERTA KESAN PEPERANGAN 1. Rasulullah(s.a.w.) menghantar tentera yang diketuai oleh Sayidina Ali bin Abi Talib bagi mengepung dan menyerang perkampungan bani Quraizah yang mengkhianati perjanjian yang dibuat dengan Rasulullah(s.a.w.) dahulu. 2. Mereka dikepung selama 25 hari dan akhirnya menyerah kalah. 3. Mereka memilih Saad biin Muaz untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka kerana mereka memikirkan Saad adalah kawan baik mereka,dan sudah tentu Saad tidak sampai hati menjatuhkan hukuman yang berat. 4. Hukuman yang dijatuhkan oleh Saad ialah: (a) lelaki dihukum bunuh; (b) perempuan dan kanak-kanak ditawan; (c) harta dirampas. 5. Peperangan ini juga meninggalkan beberapa kesan: (a) Musyrikin mulai takut kepada Islam; (b) Semangat orang Islam bertambah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.14 BERLAKUNYA PEPERANGAN KHANDAK

8.14 BERLAKUNYA PEPERANGAN KHANDAK 1. Pada kali ini orang Islam bertahan di kota Madinah dengan parit digali di sekelilingnya. 2. Salman Al-Farisi yang mencadangkan supaya digali parit sekeliling Madinah. 3. Setelah siap parit itu digali,maka tentera Islam yang berjumlah 3000 orang mengawal di sekelilingnya. 4. Sebanyak 10000 orang tentera Musyrikin diketuai oleh Abu Sufian bin Harb tiba di Madinah.Mereka terperanjat kerana sekeliling Madinah sudah berparit. 5. Selama 15 hari mereka mengepung Madinah tanpa berlaku pertempuran. 6. Pada masa itu musim sejuk.Oleh kerana mereka tidak tahan menunggu lama,maka mereka membuat keputusan untuk pulang ke Mekah. 7. Ketu orang Yahudi yang bernama Huyaiy bin Akhtab pula telah menghasut Yahudi Bani Quraizah supaya menolong Musyrikin Mekah memerangi orang Islam,tetapi diketahui oleh pihak Islam. 8. Apabila diketahui oleh Musyrikin bahawa orang Yahudi ingin membantu mereka,mereka bersemangat semula dan membatalkan rancangan untuk pulang ke Mekah. 9.

SEJARAH 8.13 PEPERANGAN KHANDAK

8.13 PEPERANGAN KHANDAK 1. Peperangan ini berlaku pada tahun kelima Hijrah. 2. Peperangan Khandak ini dikenali juga dengan Peperangan Ahzab. 3. Khandak membawa erti parit. 4. Peperangan ini disebut peperangan Khandak(parit) kerana di sekeliling kota Madinah telah digali parit untuk mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. 5. Ahzab pula beerti puak-puak. 6. Peperangan ini juga disebut peperangan Ahzab kerana puak-puak Yahudi dan puak-puak Arab(Quraisy,Murrah,Banu Asyjak,Salim,Ghatafan dan lain-lain) bersatu padu untuk menyerang Islam di Madinah. 7. Peperangan ini berlaku kerana Yahudi An-Nadhir telah membuat rancangan untuk membunuh Rasulullah(s.a.w.).Mereka kemudian dihalau keluar dari Madinah dan mereka telah menghasut orang-orang Musyrikin Mekah supaya menyerang Islam. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.12 KESAN-KESAN PEPERANGAN UHUD

8.12 KESAN-KESAN PEPERANGAN UHUD 1. Peperangan ini memberikan pengajaran kepada tentera Islam supaya mematuhi arahan ketua. 2. Musyrikin lupa bahawa kemenangan mereka kali ini menjadikan tentera Islam lebih berhati-hati di dalam peperangan akan datang. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.11 PERTEMPURAN UHUD MELETUS

8.11 PERTEMPURAN UHUD MELETUS 1. Awalnya pertempuran yang hebat di antara kedua-dua pihak dimenangi oleh tentera Islam. 2. Sayidina Hamzah dibunuh oleh Wahsyi,seorang hamba yang berbangsa Habsyi yang diupah oleh Hindun binti Utbah,secara tikam curi. 3. Hindun mengupah Wahsyi untuk membunuh Sayidina Hamzah kerana Hindun berasa marah kepada Sayidina Hamzah telah membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar yang lalu. 4. Kemenangan ini adalah disebabkan oleh kebijaksanaan Rasulullah(s.a.w.) menyusun barisan tentera,iman yang kuat,tabah hati,berani dan tahan menderita bagi menghadapi musuh. 5. Setelah tentera Musyrikin berundur,maka tentera Islam mengutip harta rampasan.Tentera pemanah pun turun kerana tamak akan harta dengan melanggar pesanan yang diberikan oleh Rasulullah(s.a.w.). 6. Di dalam keadaan tentera Islam mengutip harta rampasan,maka tiba-tiba tentera Musyrikin menyerang semula yang menjadikan tentera Islam kelam kabut lalu kalah. 7. Rasulullah(s.a.w.) sendiri cedera di dalam pep