SEJARAH 8.14 BERLAKUNYA PEPERANGAN KHANDAK

8.14 BERLAKUNYA PEPERANGAN KHANDAK

1. Pada kali ini orang Islam bertahan di kota Madinah dengan parit digali di sekelilingnya.
2. Salman Al-Farisi yang mencadangkan supaya digali parit sekeliling Madinah.
3. Setelah siap parit itu digali,maka tentera Islam yang berjumlah 3000 orang mengawal di sekelilingnya.
4. Sebanyak 10000 orang tentera Musyrikin diketuai oleh Abu Sufian bin Harb tiba di Madinah.Mereka terperanjat kerana sekeliling Madinah sudah berparit.
5. Selama 15 hari mereka mengepung Madinah tanpa berlaku pertempuran.
6. Pada masa itu musim sejuk.Oleh kerana mereka tidak tahan menunggu lama,maka mereka membuat keputusan untuk pulang ke Mekah.
7. Ketu orang Yahudi yang bernama Huyaiy bin Akhtab pula telah menghasut Yahudi Bani Quraizah supaya menolong Musyrikin Mekah memerangi orang Islam,tetapi diketahui oleh pihak Islam.
8. Apabila diketahui oleh Musyrikin bahawa orang Yahudi ingin membantu mereka,mereka bersemangat semula dan membatalkan rancangan untuk pulang ke Mekah.
9. Oleh kerana terlalu bersemangat,beberapa orang pahlawan Musyrikin seperti Amr bin Abdul Al-Amiri dan Ikrimah bin Abu Jahal telah merempuh parit yang agak sempit,tetapi Amr telah terbunuh dan Ikrimah sempat lari menyeberangi parit.
10.Bani Quraizah pula mulalah menakut-nakutkan orang-orang Islam.
11.Naim bin Mas'ud dari suku Ghatafan yang baru memeluk Islam tetapi belum diketahui oleh orang ramai,menemui Rasulullah(s.a.w.).Naim mula menghasut puak-puak yang menentang Islam supaya retak perpaduan.  
12.Akhirnya,pada suatu malam telah turun ribut yang kencang dan hujan lebat.Khemah Musyrikin tercabut,makanan bercampur pasir dan mereka terdengar-dengar Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Islam menyerang mereka.
13.Di dalam ketakutan dan kesejukan,mereka pun pulang ke Mekah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH