Posts

Showing posts from July 8, 2018

TAUHID 6.1 PERCAYA KEPADA RASUL-RASUL ALLAH

6.1 PERCAYA KEPADA RASUL-RASUL ALLAH 1. Rasul adalah orang lelaki yang diberikan wahyu oleh Allah untuk dirinya sendiri dan wajib pula ia menyampaikan wahyu itu kepada orang lain. 2. Nabi pula orang lelaki yang diberikan wahyu oleh Allah untuk dirinya sendiri,tidak wajib disampaikan wahyu itu kepada orang lain tetapi ia harus menjadi contoh kepada orang ramai. 3. Na bi dan rasul tidak daripada kaum perempuan kerana tugas-tugas rasul sangat berat.Orang perempuan yang bersifat lemah tidak akan terpikul dengan tugas-tugas yang berat itu dan kerana itu Allah tidak memilih mereka menjadi rasul. 4. Kita wajib percaya dan yakin betul-betul sepenuh hati bahawa Allah mengutuskan beberapa orang rasul di dunia ini bagi memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah agar manusia hidup bahagia di dunia dan di akhirat. 5. Bilangan nabi dan rasul tidak diketahui dengan tepatnya. 6. Hanya 25 orang sahaja yang diketahui dengan tepatnya. 7. Di dalam Al-Quran Allah menegaskan ada rasul-rasul di

TAUHID 5.4 AL-QURAN ITU MUKJIZAT RASULULLAH(S.A.W)

5.4 AL-QURAN ITU MUKJIZAT RASULULLAH(S.A.W) 1. Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah(s.a.w.). 2. Hujah-hujah bahawa Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah(s.a.w.) (a) Al-Quran tetap terpelihara; (b) Keindahan dan kehalusan bahasa Al-Quran diakui oleh pakar-pakar bahasa dan pendeta-pendeta bahasa Arab; (c) Kandungan Al-Quran meliputi segenap segi; (d) Al-Quran tidak jemu dibaca dan didengar; (e) Al-Quran menjadi penawar pelbagai penyakit terutama penyakit iman; (f) Al-Quran juga diakui akan ketinggian bahasa dan isi kandungan oleh golongan jin. 3. Alasan lengkap bahawa Al-Quran mukjizat Rasulullah(s.a.w.): (a) Al-Quran tidak jemu dibaca dan didengar.Semakin diulang kali membaca dan mendengarnya,semakin bertambah mesra dan dapat meresap di jiwa tiap-tiap orang yang membaca atau mendengarnya; (b) Al-Quran tetap terpelihara.Isinya tetap terpelihara dan tidak terpinda atau terubah selama-lamanya sehingga ke hari kiamat kerana telah diberikan j

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

5.3 MUKJIZAT 1. Mukjizat adalah perkataan Arab. 2. Erti mukjizat pada bahasa ialah "yang melemahkan". 3. Erti mukjizat pada istilah ialah sesuatu yang dapat melemahkan dan mengalahkan musuh yang dibawa oleh rasul-rasul dengan keizinan Allah. 4. Ada dua jenis mukjizat iaitu mukjizat hissi dan mukjizat maknawi. 5. Mukjizat hissi adalah mukjizat yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat dialami dengan pancaindera yang lima. 6. Antara contoh-contoh mukjizat hissi ialah: (a) Tongkat nabi Musa menjadi ular; (b) Memancar air dari celah jari nabi Muhammad(s.a.w.); (c) Kemerduan suara nabi Daud; (d) Kecantikan paras rupa nabi Yusuf. 7. Mukjizat hissi diberikan oleh Allah kepada rasul-rasul untuk; (a) memudahkan orang-orang yang kurang tajam akal fikirannya dan kurang terang mata hatinya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah; (b) membuktikan kebenarannya sebagai Rasul Allah yang diutuskan bagi memimpin umat manusia pada masanya. 8. Mukjizat

TAUHID 5.2 AL-QURAN DAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

5.2 AL-QURAN DAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.) 1. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hri. 2. Ayat Al-Quran mula-mula sekali diturunkan pada 17 Ramadhan,di Gua Hirak,ketika nabi berusia 40 tahun 6 bulan. 3. Al-Quran mengandungi 6,666 ayat dengan 114 surah. 4. Ayat yang mula-mula diturunkan ialah dari surah Al-Alaq ayat 1-5: ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ.خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَق.ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ.ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ.عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ Ertinya:Bacalah dengan nama Tuhanmu,yang telah menjadikan manusia daripada segumpal darah,Bacalah,Tuhanmu Yang Maha Mulia,yang mengajar manusia dengan pena,mengajar manusia apa yang tidak diketahui. 5. Ayat yang terakhir pula diturunkan di Padang Arafah pada tahun ke-10 Hijrah. 6. Ayatnya dari surah al-Maidah ayat 3: ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًا ۚ Ertinya:Hari ini Aku sempurnakan bagi k

TAUHID 5.1 PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

5.1 PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH 1. Percaya kepada kitab Allah bermakna mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah ada menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia. 2. Kitab-kitab suci diturunkan untuk dijadikan pedoman atau panduan hidup umat yang dipimpin oleh para rasul. 3. Kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul itu terbahagi kepada dua iaitu suhuf dan kitab. 4. Erti suhuf merupakan dasar-dasar pokok dan nasihat secara umum sahaja,tidak lengkap dan tidak meliputi semua soal masyarakat. 5. Erti kitab pula merupakan undang-undang yang lengkap mengandungi soal-soal yang berhubung dengan masyarakat,ibadat dan akhirat. 6. Sebanyak 100 suhuf telah diturunkan oleh Allah: (a) 50 suhuf kepada Nabi Syis; (b) 30 suhuf kepada Nabi Idris; (c) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim; (d) 10 suhuf kepada Nabi Musa. Nabi Musa menerima suhuf sebelum menerima kitab Taurat. 7. Kitab yang diturunkan kepada para rasul ada 4: (a) Ta

TAUHID 4.4 PERCAYA KEPADA MALAIKAT

4.4 PERCAYA KEPADA MALAIKAT 1. Malaikat adalah makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada nur(cahaya). 2. Malaikat dapat menjelma dengan berbagai-bagai rupa menurut kehendaknya dan dengan keizinan Allah. 3. Malaikat dapat menjalankan pekerjaan-pekerjaan yang berat yang tidak dapat dijalankan oleh manusia. 4. Malaikat bukan lelaki,bukan perempuan dan bukan pondan. 5. Malaikat tidak makan,tidak minum dan tidak pernah membuat sebarang kesalahan ataupun dosa kepada Allah,serta sangat taat dan patuh kepada perintah Allah. 6. Malaikat dapat menempuh perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat. 7. Ada 10 malaikat yang wajib kita tahu namanya: (a) Jibrail; (b) Mikail; (c) Israfil; (d) Izrail; (e) Raqib; (f) Atid; (g) Munkar; (h) Nakir; (i) Ridwan; (j) Malik. 8. Setiap malaikat ini ada tugasnya: (a) Tugas malaikat Jibrail ialah: (i) sebagai ketua kepada semua malaikat; (ii) menyampaikan wahyu Allah kepada Rasul-rasul dan malaikat yang lain.

TAUHID 4.3 MENOLAK KEPERCAYAAN BERTUHAN KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH

4.3 MENOLAK KEPERCAYAAN BERTUHAN KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH 1. Manusia di dunia ini menganut bermacam-macam agama dan kepercayaan.Ada yang menyembah matahari,berhala,patung-patung yang diperbuat daripada kayu,emas,perak,tembaga dan sebagainya. 2. Ada pula golongan yang menganggap bahawa Nabi Isa anak Allah dan menjadikan Nabi Isa sebagai Tuhan.Golongan ini terdiri daripada orang-orang Kristian. 3. Ada golongan menganggap berhala itu sebagai perantaraan dalam memohon sesuatu kepada Allah. 4. Bagi akal fikiran yang waras,menghukum bahawa menyembah patung,berhala,matahari dan lain-lain adalah perbuatan yang bodoh kerana benda-benda itu hasil buatan mereka sendiri dan matahari adalah ciptaan Allah.Benda-benda itu tidak sepatutnya disembah kerana bukan Allah dan tidak boleh menjadi perantaraan. 5. Berhala itu tidak berkuasa sedikit pun dan tidak dapat mendatangkan kebaikan atau keburukan untuk dirinya atau orang lain.Jika sesuatu bencana menimpa,berhala atau patung itu tidak akan dapa