TAUHID 4.3 MENOLAK KEPERCAYAAN BERTUHAN KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH

4.3 MENOLAK KEPERCAYAAN BERTUHAN KEPADA YANG LAIN DARIPADA ALLAH

1. Manusia di dunia ini menganut bermacam-macam agama dan kepercayaan.Ada yang menyembah matahari,berhala,patung-patung yang diperbuat daripada kayu,emas,perak,tembaga dan sebagainya.
2. Ada pula golongan yang menganggap bahawa Nabi Isa anak Allah dan menjadikan Nabi Isa sebagai Tuhan.Golongan ini terdiri daripada orang-orang Kristian.
3. Ada golongan menganggap berhala itu sebagai perantaraan dalam memohon sesuatu kepada Allah.
4. Bagi akal fikiran yang waras,menghukum bahawa menyembah patung,berhala,matahari dan lain-lain adalah perbuatan yang bodoh kerana benda-benda itu hasil buatan mereka sendiri dan matahari adalah ciptaan Allah.Benda-benda itu tidak sepatutnya disembah kerana bukan Allah dan tidak boleh menjadi perantaraan.
5. Berhala itu tidak berkuasa sedikit pun dan tidak dapat mendatangkan kebaikan atau keburukan untuk dirinya atau orang lain.Jika sesuatu bencana menimpa,berhala atau patung itu tidak akan dapat mempertahankan diri masing-masing.Dengan ini jelas kepada kita bahawa menyembah berhala dan patung adalah bodoh dan perbuatan ini adalah menjadi satu kesalahan kerana benda itu tidak berhak disembah dan dipuja,yang berhak disembah dan dipuja hanyalah Allah semata-mata.
6. Berhala dan patung adalah benda mati yang tidak boleh bergerak,tidak boleh mendengar,tidak boleh menerima pengaduan atau permintaan yang ditujukan kepadanya.Alangkah bodoh orang menyembah dan meminta sesuatu daripadanya.Hanya orang yang buta mata hati sahaja yang sanggup menyembahnya.
7. Mempercayai Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan,tidak boleh diterima oleh akal kerana Isa itu manusia seperti kita iaitu anak kepada Maryam.Ia tidak berkuasa menjadikan alam,menghidupkan orang mati atau menghidupkan burung daripada tanah tanpa izin Allah.Ia hanya diberi mukjizat oleh Allah dengan keizinan-Nya.Tentulah Nabi Isa bukan anak Tuhan atau Tuhan,maka salahlah kepercayaan orang-orang Kristian itu.
8. Menurut ajaran asal agama Kristian,tidak terdapat kepercayaan bahawa Isa itu anak Tuhan atau Tuhan tetapi setelah paderi-paderi Kristian mengadakan mesyuarat pada tahun 325 Masihi,keputusannya mengatakan Nabi Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan.Jelas kepada kita bahawa ketuhanan Isa itu hanya rekaan atau ciptaan paderi Kristian sahaja.
9. Beberapa kesimpulan dapat diambil daripada penjelasan ini:
   (a) Mempercayai benda-benda lain selain Allah berkuasa menjadi satu kesalahan dan menjadikan sesuatu benda sebagai Tuhan adalah sesat dan menyimpang(menyeleweng) daripada kepercayaan yang sebenarnya;
   (b) Kepercayaan yang sebenarnya ialah percaya kepada Allah Yang Esa,tidak ada Tuhan melainkan Allah,Dialah yang berhak disembah dan dipuja dan tidak ada sekutu bagiNya.Allah yang mencipta dan mentadbir alam ini.
   (c) Kita tidak boleh memohon sesuatu kepada yang lain daripada Allah seperti memohon pada kubur keramat,pohon kayu,hantu syaitan dan lain-lain.Kita tidak boleh menyembah selain Allah dan tidak boleh mensyirikkan Allah.Oleh kerana itu maka Allah sahaja yang mesti disembah atau dipohon sesuatu permohonan dengan tidak melalui perantaraan benda lain.

Dalil Disuruh Memohon Terus Kepada Allah
________________________________________
1. Dalil daripada Al-Quran sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Mukminayat 60:
   وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ 
   Ertinya:Serulah Aku,nescaya Aku perkenankan seruanmu.
2.Dalil daripada hadis sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.):
  وَاِذَااسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِا للّٰهِ
  Ertinya:Dan jika engkau hendak memohonkan pertolongan mohonkanlah kepada Allah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl


Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH