Posts

Showing posts from October 28, 2018

SEJARAH 9.11 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA UMAR

9.11 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA UMAR 1. Al-Musana bin Harisah Asy-Syaibani menjadi panglima setelah Khalid bin Al-Walid pergi menentang Rom di Syam. 2. Beliau meneruskan perjuangan menentang Farsi dan kebetulan pada masa itu raja Farsi,Kisra,meninggal dunia. 3. Kisra meninggalkan seorang puteri lalu dilantik menjadi raja Farsi dengan bantuan panglima yang handal pada masa itu yang bernama Rustum. 4. Rustum melengkapkan tentera untuk menentang Islam dan memerintahkan kaum tani turut sama berperang. 5. Semasa Al-Musana meminta bantuan,Abu Bakar sedang sakit.Setelah Umar menjadi khalifah,maka beliau terus mengirimkan tentera diketuai oleh Abu Ubaidah Masud As-Saqafi. 6. Abu Ubaidah Saqafi bersama dengan tenteranya menuju ke Iraq dan mengalahkan tentera Farsi di bawah pimpinan Jaban. 7. Rustum mengirimkan tentera diketuai oleh Bahman setelah diketahui tentang kekalahan tentera Jaban. 8. Tentera Islam berhadapan dengan tentera Farsi dengan diselangi oleh Sungai Furat. 9. Pada mulany

SEJARAH 9.10 UMAR AL-KHATTAB - KHALIFAH KEDUA

9.10 UMAR AL-KHATTAB - KHALIFAH KEDUA 1. Nama sebenarnya Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza. 2. Umar Al-Khattab menjadi khalifah dari tahun 13H-23H/634M-644M. 3. Umar Al-Khattab berketurunan dengan Rasulullah(s.a.w.) pada datuknya yang ketujuh yang bernama Kaab bin Luwaiy. 4. Nama timang-timangannya ialah Abu Hafsin. 5. Nama gelarannya Al-Faruk(orang yang membezakan kebenaran dengan kepalsuan). 6. Umar Al-Khattab tiga belas tahun lebih muda daripada Rasulullah(s.a.w.). 7. Umar Al-Khattab dididik dengan sifat-sifat kemuliaan,keberanian dan tidak pernah berdusta. 8. Pada mulanya beliau kuat menentang Islam tetapi akhirnya memeluk Islam semasa berusia 33 tahun lalu menjadi pahlawan dan khalifah Islam yang kedua. 9. Semasa Abu Bakar sedang sakit tenat beliau sempat mengadakan mesyuarat untuk memilih penggantinya. 10.Beliau mencadangkan Sayidina Umar dan mendapat sokongan sebulat suara daripada para sahabat. 11.Sayidina Usman bin Affan ditugaskan menulis surat perlantikan rasmi

SEJARAH 9.9 KEWAFATAN ABU BAKAR

9.9 KEWAFATAN ABU BAKAR 1. Ketika peperangan Yarmuk sedang hebat berlaku,maka datang Muhammad bin Zanim membawa berita tentang: (a) kewafatan Abu Bakar; (b) perlantikan Umar menjadi khalifah; (c) pemecatan Khalid bin Al-Walid sebagai panglima agung; (d) perlantikan Abu Ubaidah Al-Jarrah menjadi panglima agung. 2. Khalid bin Al-Walid menyimpan berita ini demi kepentingan dan semangat tentera Islam. 3. Setelah keputusan peperangan dimenangi,maka barulah Khalid bin Al-Walid menyampaikan berita itu kepada tentera-tentera Islam. 4. Abu Bakar sebelum wafat telah demam selama lima belas hari. 5. Baginda wafat pada malam Selasa 23 Jamadilakhir 13 Hijrah ketika berumur 63 tahun. 6. Abu Bakar dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah(s.a.w.). 7. Abu Bakar menjadi khalifah selama 2 tahun 3 bulan 10 hari. 8. Antara jasa-jasa Abu Bakar ialah: (a) mengumpulkan Al-Quran; (b) menghapuskan nabi palsu; (c) menghapuskan orang murtad; (d) membebaskan orang-orang yang tertinda

SEJARAH 9.8 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA ABU BAKAR

9.8 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA ABU BAKAR 1. Rom diketuai oleh seorang raja yang bergelar Kaisar. 2. Raja yang memerintah semasa Abu Bakar bernama Heraklius. 3. Jajahan takluknya ialah Palestin dan Syam hingga ke Mesir. 4. Pusat pemerintahannya terbahagi kepada dua: (a) Di sebelah timur ialah Konstantinopal(Istanbul); (b) Di sebelah barat ialah Itali. 5. Pada tahun kedua belas Hijrah juga,Abu Bakar telah menghantar tentera ke negeri Syria(wilayah Rom) dengan diketuai oleh Khalid bin Said bin As dengan tujuan membebaskan Syam daripada pemerintahan Rom yang zalim. 6. Antara pesanan Abu Bakar kepada pasukan Khalid bin Said ialah: (a) tidak boleh berpindah dari Taimak sebelum menerima arahan beliau; (b) jangan menceroboh atau mengganggu orang ramai yang tidak mengganggu tentera Islam. 7. Kerajaan Rom melengkapkan tentera apabila diketahui akan kedatangan tentera Islam itu. 8. Khalid bin Said meminta bantuan Abu Bakar dan tentera bantuan dihantar: (a) Pasukan Amru bin Al-

SEJARAH 9.7 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA ABU BAKAR

9.7 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA ABU BAKAR 1. Apabila nabi palsu dapat dihapuskan,mulalah Abu Bakar berusaha untuk menghapuskan kezaliman kerajaan Farsi di timur dan kerajaan Rom di barat. 2. Farsi diketuai oleh seorang raja yang bergelar Kisra. 3. Madain ialah ibu negeri Farsi yang terletak berhampiran dengan Sungai Dajilah. 4. Jajahan takluknya ialah Iraq,negeri-negeri Arab yang berhampiran dengannya dan wilayah-wilayah kecil di Farsi. 5. Pasukan Iyaz bin Ghanam menuju ke Iraq dan Khalid bin Al-Walid ke Farsi dengan tujuan menyerang kerajaan Farsi dari dua hala. 6. Khalid bin Al-Walid menuju ke Farsi pada tahun kedua belas Hijrah. 7. Sebelum bergerak ke wilayah Farsi yang lain,Khalid bin Al-Walid diperintah supaya menyeberang dan menawan Ubullah kerana Ubullah merupakan pintu masuk ke Farsi. 8. Pembesar Farsi di Ubullah bernama Hurmuz. 9. Sampai di Ubullah maka Khalid bin Al-Walid telah mengirimkan surat kepada Hurmuz supaya memeluk Islam secara sukarela atau membayar ufti dan j

SEJARAH 9.6 MENGUMPULKAN AL-QURAN

9.6 MENGUMPULKAN AL-QURAN 1. Pada masa Rasulullah(s.a.w.),Al-Quran hanya dihafaz oleh sahabat-sahabat dan ditulis di pelepah-pelepah tamar,belulang serta batu dan tidak terkumpul seperti sekarang ini. 2. Sebanyak 70 orang penghafaz Al-Quran gugur syahid semasa menentang orang-orang murtad. 3. Untuk mengelakkan Al-Quran daripada hilang begitu sahaja,maka Sayidina Umar mencadangkan kepada Abu Bakar supaya Al-Quran dikumpulkan. 4. Zaid bin Sabit menjadi ketua pengumpul dan penulis Al-Quran. 5. Ayat-ayat Al-Quran yang ditulis di pelepah tamar,batu,belulang dan dari penghafaz-penghafaz dijadikan satu naskhah kemudian diserahkan kepada Abu Bakar. 6. Susunan Al-Quran yang kita dapati pada masa ini dibuat pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 9.5 MENGGERAKKAN TENTERA USAMAH

9.5 MENGGERAKKAN TENTERA USAMAH 1. Orang Ghassan telah membunuh mubaligh Islam sejak sebelum Rasulullah(s.a.w.) wafat lagi. 2. Rasulullah(s.a.w.) telah melengkapkan tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid tetapi Usamah telah membatalkan perjalanan ke Ghassan apabila diketahui tentang Rasulullah(s.a.w.) uzur. 3. Abu Bakar menghantar Usamah sekali lagi untuk menuntut bela di atas pembunuhan tersebut. 4. Pasukan Usamah kembali ke Madinah dengan kejayaan yang cemerlang. ~Ilmu ini dikongi oleh ksu asbkl