SEJARAH 9.8 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA ABU BAKAR

9.8 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA ABU BAKAR

1. Rom diketuai oleh seorang raja yang bergelar Kaisar.
2. Raja yang memerintah semasa Abu Bakar bernama Heraklius.
3. Jajahan takluknya ialah Palestin dan Syam hingga ke Mesir.
4. Pusat pemerintahannya terbahagi kepada dua:
   (a) Di sebelah timur ialah Konstantinopal(Istanbul);
   (b) Di sebelah barat ialah Itali.
5. Pada tahun kedua belas Hijrah juga,Abu Bakar telah menghantar tentera ke negeri Syria(wilayah Rom) dengan diketuai oleh Khalid bin Said bin As dengan tujuan membebaskan Syam daripada pemerintahan Rom yang zalim.
6. Antara pesanan Abu Bakar kepada pasukan Khalid bin Said ialah:
   (a) tidak boleh berpindah dari Taimak sebelum menerima arahan beliau;
   (b) jangan menceroboh atau mengganggu orang ramai yang tidak mengganggu tentera Islam.
7. Kerajaan Rom melengkapkan tentera apabila diketahui akan kedatangan tentera Islam itu.
8. Khalid bin Said meminta bantuan Abu Bakar dan tentera bantuan dihantar:
   (a) Pasukan Amru bin Al-As menuju Palestin;
   (b) Pasukan Syarhabil bin Hasanah menuju Urdun(Jordan);
   (c) Yazid bin Abu Sufian menuju Balqak(Damsyik);
   (d) Pasukan Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarrah menuju Hims.
9. Antara pesanan Abu Bakar kepada pasukan-pasukan itu ialah:
   (a) bertakwa kepada Allah;
   (b) nasihat-nasihat yang ringkas; 
   (c) menunjukkan budi pekerti yang baik;
   (d) menunaikan solat dengan sempurna;
   (e) muliakan utusan musuh tetapi jangan biarkan mereka lama bersama dengan kamu.
10. Tentera Islam berjumlah kira-kira 40 000 orang.
11. Pada masa itu Heraklius di Baitul-Maqdis dan tentera Rom meminta bantuannya.
12. Heraklius ingin berdamai tetapi pembesar-pembesarnya tidak bersetuju.Mereka melengkapkan tentera dengan kira-kira 240 000 orang.

Peperangan Yarmuk
_________________
1. Panglima-panglima Islam bermesyuarat dan membuat cadangan supaya mereka berkumpul di suatu tempat sahaja untuk menghadapi tentera Rom yang banyak.
2. Keputusan mesyuarat diberitahu kepada Abu Bakar dan mereka berkumpul di Yarmuk.
3. Abu Bakar memerintahkan Khalid bin Al-Walid pergi ke Yarmuk untuk membantu tentera Islam yang berkumpul di sana bagi menentang Rom.
4. Khalid bin Al-Walid menyerahkan pimpinan tentera di Iraq kepada Al-Musana bin Harisah Asy-Syaibani.Kemudian ia menuju ke Yarmuk bersama dengan tentera sebanyak 10 000 orang.
5. Setiba di Yarmuk,pertempuran hampir berlaku dan tentera Islam berpecah kepada beberapa pasukan dengan tiap-tiap pasukan mempunyai ketua masing-masing.
6. Khalid bin Al-Walid mencadangkan dijadikan satu pasukan sahaja dengan seorang ketua.Jawatan ketua hendaklah bergilir-gilir.
7. Cadangan daripada Khalid bin Al-Walid mendapat persetujuan dan mereka melantik Khalid bin Al-Walid sebagai ketua di dalam peperangan sehingga selesai.
8. Tentera Rom dirantai kaki mereka supaya tidak lari.Pertempuran yang hebat berlaku dan kemudian dimenangi oleh pihak Islam.
9. Peperangan ini dinamakan Peperangan Yarmuk dan berlaku pada tahun 13 Hijrah.
10.3000 orang tentera Islam yang terkorban,termasuk Ikrimah bin Abu Jahal yang mendapat 70 liang luka di badannya.
11.Dengan kekalahan ini maka jatuhlah sebahagian daripada wilayah Rom ke tangan Islam dan Heraklius lari ke Konstantinopal.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH