Posts

Showing posts from July 22, 2018

TAUHID - I AS-SAMIYAT

AS-SAMIYAT Perkara-perkara yang ghaib yang dijadikan oleh Allah yang hanya diketahui melalui Al-Quran dan Hadis yang tidak dapat difikirkan oleh pemikiran manusia. ANTARA PERKARA-PERKARA SAMIYAT 1.Percaya akan malaikat. 2.Percaya adanya syurga dan neraka. 3.Percaya adanya jin dan iblis. 4.Percaya adanya Padang Mahsyar. 5.Percaya tentang hari kebangkitan. 6.Percaya adanya timbangan keadilan. CATATAN TAMBAHAN 1.Orang-orang Islam wajib mempercayai dengan sepenuh hati segala perkara yang berkaitan dengan kiamat dan hari kebangkitan.Ini termasuk dalam salah satu rukun iman. Rukun iman ada enam perkara: (1)Percaya kepada Allah (2)Percaya kepada Malakat (3)Percaya kepada kitab (4)Percaya kepada rasul (5)Percaya kepada hari kiamat/akhirat (6)Percaya kepada qada dan qadar(yang baik dan yang buruk) 2.Sesiapa yang tidak mempercayai satu daripadanya,boleh menjadi murtad. 3.Percaya akan Allah,rasulNya dan percaya akan kiamat adalah dengan cara yang berikut: (i) Membenarkan dalam hati. (ii) Men

TAUHID - H SYURGA DAN NERAKA

SYURGA DAN NERAKA Syurga ialah tempat balasan nikmat yang disediakan oleh Allah di akhirat untuk orang yang beramal soleh.Di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan. Neraka ialah tempat balasan azab yang disediakan oleh Allah di akhirat untuk orang yang ingkar akan perintahNya.Di dalamnya terdapat pelbagai keazaban yang amat dahsyat. DALIL TENTANG ADANYA SYURGA DAN NERAKA Firman Allah Taala: إِنَّا الْاَبْرَا رَلَفِى نَعِيْمٍ وَإِنَّ الْفُجَّا رَلَفِى الْجَحِيْمٍ Ertinya:Sesungguhnya yang baik dimasukkan ke Syurga Naim dan yang jahat dimasukkan ke Neraka Jahim. NAMA-NAMA SYURGA 1.Al-Firdaus 2.Al-Makwa 3.Al-Adnin 4.Al-Naim 5.Darul Khuldi 6.Darus Salam 7.Darul Jalal NAMA-NAMA NERAKA 1.Al-Hawiah 2.Al-Wail 3.As-Sair 4.Al-Jahannam 5.Al-Saqar 6.Al-Hutomah 7.Al-Jahim GAMBARAN KEADAAN DI SYURGA 1.Di dalamnya terdapat sebuah taman yang penuh dengan aneka keseronokan. 2.Pohon buah-buahan yang beraneka jenis dan pelbagai rasa. 3.Makanan dan minuman yang pelbagai rasa. 4.Disediakan bidadari. 5

TAUHID - G PAHALA DAN DOSA

PAHALA DAN DOSA ERTI PAHALA Balasan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang melakukan segala perintah Allah seperti berpuasa pada bulan Ramadhan,solat lima waktu dan sebagainya. ERTI DOSA Balasan buruk yang diberikan oleh Allah kepada orang yang melakukan perkara yang dilarangNya seperti mencuri,meninggalkan solat lima waktu dan sebagainya. DALIL TENTANG DOSA DAN PAHALA Firman Allah Taala: فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥوَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ Ertinya:Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan dilihatNya dan sesiapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah juga akan dilihatNya. HIKMAT DIBERI PAHALA DAN DOSA 1.Supaya manusia mematuhi segala perintah Allah iaitu dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya. 2.Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Adil.Sesiapa yang melanggar perintahNya diberi balasan dosa dan sesiapa yang menurut perintahNya diberi balasan pahala. 3.Untuk mewujudkan ma

TAUHID - F SIRATUL MUSTAKIM-TITIAN

SIRATUL MUSTAKIM/TITIAN ======================= Jambatan yang dijadikan oleh Allah pada hari akhirat kelak yang merentangi di atas neraka sebagai jaaln ke syurga. KEADAAN SIRATUL MUSTAQIM 1.Merentang di atas neraka. 2.Lebih tajam daripada mata pedang. 3.Lebih halus daripada urat rambut. KEADAAN MANUSIA KETIKA MELALUINYA 1.Orang yang beriman akan melaluinya dengan pantas dan mudah. 2.Orang yang tidak beriman dan banyak dosa,sangat susah untuk melaluinya dan terjatuh ke dalam neraka. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

TAUHID - E PERBICARAAN-KIRAAN AMALAN-HISAB-PENGADILAN

PERBICARAAN/KIRAAN AMALAN/HISAB/PENGADILAN ========================================== Kiraan amal di hadapan Allah ketika di akhirat kelak terhadap segala perbuatan yang dilakukan semasa di dunia dahulu untuk mendapat pembalasan yang sewajarnya. CARA PERBICARAAN DILAKSANAKAN 1.Manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar mengikut keadaan masing-masing. 2.Buku rekod kebaikan dan kejahatan dibentangkan. 3.Segala amalan dihisab dan diadili daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. 4.Segala anggota badan menjadi saksi terhadap kesalahan masing-masing. 5.Kemudian segala amalan ditimbang di atas Mizan(Neraca Keadilan). 6.Mereka akan melalui Siratul Mustakim yang terentang di atas neraka untuk ke syurga. KEADAAN MANUSIA SEMASA DIJALANKAN KIRAAN AMALAN 1.Orang yang beriman berada dalam keadaan yang tenang dan selesa. 2.Orang yang tidak beriman berada dalam keadaan yang tersiksa dengan pelbagai azab. DALIL TENTANG HISAB Firman Allah Taala: فَسَوْفَ يُحَا سَبُ حِسَا بًا

TAUHID - D SYAFAAT

SYAFAAT ======= Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Rasul dan orang-orang yang tertentu seperti aulia dan orang-orang yang soleh untuk menolong manusia di akhirat kelak. GOLONGAN YANG DAPAT MEMBERI SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK 1.Para rasul. 2.Para nabi. 3.Para malaikat. 4.Para sahabat rasul. 5.Para syuhada. 6.Para aulia. 7.Para ulama. 8.Kanak-kanak yang mati sebelum baligh. GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA SYAFAAT 1.Orang-orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. 2.Mukmin yang beramal makruf dan meninggalkan kejahatan. 3.Orang yang banyak berzikir dan berselawat kepada junjungan nabi. 4.Orang yang selalu berdamping dengan ulama berhak menerima syafaat. 5.Mereka yang menziarahi makam Rasulullah semasa hayatnya. HIKMAH ALLAH MEMBERI SYAFAAT 1.Untuk menunjukkan keagungan,kemuliaan dan kebesaran Allah dengan rahmatNya. 2.Menunjukkan bahawa manusia tidak sunyi daripada sebarang kesalahan dan memerlukan pertolongan. 3.Menunjukkan kemuliaan Allah kepada orang yang bertakwa seperti aulia,

TAUHID - C PADANG MAHSYAR

PADANG MAHSYAR ============== Tempat perhimpunan raya pada hari akhirat kelak selepas dibangkitkan manusia untuk dibicarakan segala amalan mereka serta diberi pembalasan terhadap perkara yang telah dilakukan semasa di dunia. DALIL TENTANG MAHSYAR Firman Allah Taala: وَيَوْمَ يُحْشَرُ اَعْدَاءُ اللّٰهِ إِلَى النَّارِ Ertinya:Dan pada hari akhirat dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka. KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR 1.Golongan yang beriman akan berada dalam keadaan yang selesa dan mendapat rahmat Allah. 2.Golongan yang ingkar akan perintah Allah akan berada dalam keadaan yang menyeksakan,ada yang merasakan matahari sejengkal di atas kepala. JANGKA MASA DI PADANG MAHSYAR 1.Golongan yang beriman akan berasa sekejap sahaja. 2.Golongan yang tidak beriman akan berasa terlalu lama kerana mereka disiksa dengan pelbagai siksaan. CARA PENGADILAN DIJALANKAN DI PADANG MAHSYAR 1.Semua manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar setelah dibangkitkan. 2.Setelah sekian lama diberi pul