TAUHID - E PERBICARAAN-KIRAAN AMALAN-HISAB-PENGADILAN

PERBICARAAN/KIRAAN AMALAN/HISAB/PENGADILAN
==========================================
Kiraan amal di hadapan Allah ketika di akhirat kelak terhadap segala perbuatan yang dilakukan semasa di dunia dahulu untuk mendapat pembalasan yang sewajarnya.

CARA PERBICARAAN DILAKSANAKAN
1.Manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar mengikut keadaan masing-masing.
2.Buku rekod kebaikan dan kejahatan dibentangkan.
3.Segala amalan dihisab dan diadili daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara.
4.Segala anggota badan menjadi saksi terhadap kesalahan masing-masing.
5.Kemudian segala amalan ditimbang di atas Mizan(Neraca Keadilan).
6.Mereka akan melalui Siratul Mustakim yang terentang di atas neraka untuk ke syurga.

KEADAAN MANUSIA SEMASA DIJALANKAN KIRAAN AMALAN
1.Orang yang beriman berada dalam keadaan yang tenang dan selesa.
2.Orang yang tidak beriman berada dalam keadaan yang tersiksa dengan pelbagai azab.

DALIL TENTANG HISAB
Firman Allah Taala:
فَسَوْفَ يُحَا سَبُ حِسَا بًا يَسِيْرًا
Ertinya:Akan dihisab dengan hisab yang mudah.

HIKMAT MANUSIA DIHISAB SEGALA AMALAN MEREKA
1.Supaya manusia mendapat pembalasan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara yang telah mereka kerjakan.
2.Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Adil dan Saksama dan Maha Berkuasa terhadap semua makhluknya.
3.Supaya dapat memberi peringatan kepada manusia agar menjauhi segala larangan Allah dan mengerjakan segala suruhanNya.
4.Supaya mereka segera bertaubat dengan taubat nasuha apabila mereka insaf dengan perbuatan jahat mereka.

GOLONGAN YANG MULA-MULA DIHISAB
1.Ulama dan orang-orang yang soleh.
2.Pejuang-pejuang fisabilillah(ke jalan Allah).

PERKARA YANG PERTAMA DIKIRA
1.Solat lima waktu kerana solat merupakan tiang dalam segala ibadat.

CATATAN TAMBAHAN
1.Buku rekod kesalahan diberi pada tangan kiri dan rekod kebaikan pada tangan kanan.
2.Mulut manusia ketika itu ditutup hanya anggota badan yang lain menjawab segala soalan.

AL-MIZAN/NERACA KEADILAN
Neraca Keadilan untuk menimbang segala dosa dan pahala seseorang di akhirat kelak untuk menentukan sama ada dia ke syurga atau ke neraka.

DALIL ADANYA AL-MIZAN
Firman Allah Taala:
وَنَضَعُ الْمَوَا زِيْنَ بِاالْقِسْطِ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
Ertinya:Dan kami letakkan Al-Mizan dengan adil di hari kiamat.

CARA-CARA MANUSIA DIHISAB
1.Ada yang dilakukan dengan cara yang senang dan ada di kalangan manusia dikira dengan cara yang susah.
2.Semua perkara akan dihisab.Tidak ada yang dikecualikan atau yang dapat disembunyikan walaupun sekecil zarah akan dikira juga.
3.Kiraan dijalankan dengan seadil-adilnya.
4.Segala anggota badan akan bersaksi terhadap segala perbuatan manusia di dunia.
5.Golongan ulama dan pejuang-pejuang Islam dikira terlebih dahulu,kemudian baru diikuti oleh seluruh manusia.

HIKMAH ALLAH MENGADAKAN TIMBANGAN AMAL
1.Untuk menentukan bahawa manusia itu diberi balasan baik di syurga atau mendapat balasan jahat di neraka.
2.Memberi peringatan kepada manusia supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan menunaikan perintah dan suruhanNya.
3.Menunjukkan bahawa Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa terhadap hamba-hambaNya.
4.Supaya kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera kerana setiap individu patuh kepada perintah Allah dan ini menjadikan masyarakat aman dan sejahtera.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH