Posts

Showing posts from July 29, 2018

FEKAH - ZAKAT - G ZAKAT BINATANG TERNAKAN

Image
ZAKAT BINATANG TERNAKAN Jenis binatang yang dikenakan zakat: (a) Kambing,biri-biri dan kibas. (b) Kerbau dan lembu. (c) Unta. SEBAB-SEBAB BINATANG TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT 1.Binatang-binatang itu merupakan sumber kekayaan manusia. 2.Harta ini mudah membiak dan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda. 3.Binatang-binatang ini memberi faedah yang banyak kepada manusia. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN Syarat-syarat umum: 1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan orang kafir. 2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi. 3.Cukup haul iaitu genap setahun dipelihara. 4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. 5.Sempurna milik iaitu harta tersebut milik sendiri dan pemiliknya berkuasa penuh. 6.Tertentu pemilik iaitu harta itu mempunyai pemilik yang sah bukan harta yang diwakafkan. Syarat-syarat khusus: 1.Binatang itu dipelihara di atas padang yang tidak dikenakan bayaran atau bayaran yang dikenakan adalah terlalu rendah. 2.Binatang tersebut tida

FEKAH - ZAKAT - F JENIS ZAKAT HARTA BENDA

JENIS ZAKAT HARTA BENDA ADA 6 JENIS ZAKAT HARTA BENDA: 1.BINATANG TERNAKAN(Kambing,lembu,unta) 2.TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN(Padi,sekoi,anggur,tamar) 3.EMAS DAN PERAK 4.MATA WANG 5.PERNIAGAAN 6.HARTA RIKAZ JENIS-JENIS ZAKAT HARTA BENDA 1.Binatang ternakan iaitu kambing,biri-biri,lembu,kerbau dan unta. 2.Tanaman dan buah-buahan iaitu tanaman yang menjadi makanan asasi negara itu seperti padi,gandum,sekoi,jagung,barli dan lain-lain.Buah-buahan iaitu yang tahan lama setelah dikeringkan seperti anggur dan tamar. 3.Harta galian iaitu emas dan perak. 4.Mata wang.Contohnya:ringgit(RM),dollar,yen,rial,rupiah dan sebagainya. 5.Barang yang diperniagakan seperti kedai barang-barang runcit,kain,kedai perkakas rumah dan lain-lain. 6.Harta rikaz iaitu harta(emas dan perak) yang dijumpai tertanam di dalam tanah,dipercayai sejak turun temurun. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT(SYARAT UMUM) 1.Islam:Orang yang beragama Islam bukan orang kafir. 2.Merdeka:Orang yang bukan menjadi hamba abdi(sahaya).Ini kerana sega

FEKAH - ZAKAT - E BAHAGIAN-BAHAGIAN ZAKAT

BAHAGIAN-BAHAGIAN ZAKAT 1.Zakat fitrah/diri: Zakat yang dikeluarkan dalam bulan Ramadhan daripada makanan asasi negara mengikut peraturannya.Contohnya:Ahmad mengeluarkan zakat fitrah dengan kadar segantang beras pada bulan Ramadhan yang lalu. 2.Zakat harta benda: Zakat daripada harta benda yang tertentu yang menjadi milik sendiri dan dikeluarkan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. Contohnya:Ali mengeluarkan zakat kambingnya sebanyak dua ekor kepada seorang fakir miskin. RUKUN ZAKAT 1.Niat:Ingat dalam hati apabila mengeluarkan zakat. 2.Menyerah/memberi harta itu kepada yang berhak menerimanya dengan kadar yang tertentu mengikut syarat-syaratnya. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FEKAH - ZAKAT - D GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT DAN ALASANNYA

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT DAN ALASANNYA 1.Orang kafir: Orang yang bukan Islam Alasannya:Zakat hanya untuk kepentingan umat Islam sahaja kerana zakat hanya dipungut daripada kalangan masyarakat Islam sahaja. 2.Orang kaya: Orang yang sudah mempunyai harta dan pendapatan melebihi daripada saraan hidup sehari-hari. Alasannya:Orang-orang yang kaya sudah mempunyai harta dan tidak perlu dibantu lagi.Konsep zakat adalah untuk menolong golongan yang tidak berada. 3.Keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib: Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Alasannya:Mereka ialah golongan yang mulia dan harta zakat ini merupakan harta lebihan yang tidak layak diberikan kepada mereka. 4.Hamba Abdi: Hamba yang tetap di bawah jagaan tuannya dan tuannya tidak berhajat untuk membebaskannya. Alasannya:Sekiranya diberikan zakat,maka sudah tentu zakat tersebut akan menjadi hak milik tuannya kerana dirinya sendiri adalah hak milik tuannya. 5. Orang yang di bawah tanggungan pemberi zakat: Orang yang ditan

FEKAH - ZAKAT - C GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 1.Fakir: Orang yang tiada mempunyai harta atau pekerjaan,yang mempunyai pendapatan yang tidak melebihi separuh daripada keperluan sehari-harinya.Contohnya:Dia memerlukan enam ringgit untuk keperluannya tetapi dia hanya memperolehi dua ringgit sahaja. 2.Orang miskin: Orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak mencukupi saraan hidup sehari-harinya.Contohnya:Dia memerlukan enam ringgit sehari tetapi dia hanya memperolehi empat ringgit sahaja. 3.Amil Orang yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul atau memungut zakat seperti amil yang ditugaskan memungut zakat fitrah pada bulan Ramadhan. 4.Mualaf: Orang yang baru memeluk Islam dengan tujuan untuk menjinakkan hati mereka supaya mereka berminat dengan ajaran Islam. 5.Hamba Mukatab: Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dibebaskan apabila dia dapat membayar dengan kadar yang ditentukan. 6.Orang yang berhutang: Orang yang berhutang untuk tujuan kebaikan yang dihalalkan oleh hukum syarak sep

FEKAH - ZAKAT - B PENGERTIAN ZAKAT

PENGERTIAN ZAKAT Dari segi bahasa - Bersih dan subur. Dari segi syarak - Mengeluarkan harta yang tertentu dengan kadar yang tertentu untuk diberikan kepada orang yang tertentu dengan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. PENGERTIAN BERSIH DAN SUBUR Erti bersih: 1.Zakat membersihkan harta seseorang itu kerana sebahagian daripada harta itu adalah kepunyaan orang lain yang perlu kita berikan kepadanya. 2.Zakat membersihkan diri daripada sifat bakhil yang ada dalam diri seseorang itu. 3.Zakat membersihkan diri seseorang itu daripada sifat tamak haloba sehingga sanggup melakukan penindasan terhadap manusia lain. Erti subur: 1.Allah akan memberi kesuburan terhadap harta orang-orang yang mengeluarkan zakat. 2.Harta itu akan mendapat berkat daripada Allah kerana pemberian zakat itu menandakan kesyukurannya kepada Allah. 3.Mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan yang susah kerana pemberian zakat itu sedikit sebanyak dapat memulihkan kehidupan mereka. HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT Waji

FEKAH - ZAKAT - A PANDANGAN UMUM TENTANG ZAKAT

ZAKAT ===== PANDANGAN UMUM TENTANG ZAKAT 1.Kehidupan manusia di dunia terdiri daripada pelbagai peringkat.Terdapat manusia yang kaya dan hidup dalam serba kemewahan.Ada manusia yang hidup dalam keadaan yang sederhana dan ada pula golongan miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. 2.Keadaan ini adalah ditentukan oleh Allah kerana untuk menguji manusia supaya mensyukuri rahmat dan bersabar dalam menjalani kehidupan. 3.Golongan yang kaya dan golongan yang miskin perlu diseimbangkan supaya masyarakat dapat hidup dalam kesejahteraan dan harmoni. 4.Maka dengan itu,Allah telah mewajibkan zakat supaya manusia saling menghubungi di antara satu dengan yang lain. 5.Perasaan sombong,bongkak dan perasaan rendah diri serta hina dapat dihindarkan. 6.Maka tidak akan ada golongan yang kaya terus bertambah kaya dan golongan yang miskin terus menderita dengan kemiskinan. 7.Zakat diwajibkan untuk menjalinkan hubungan sesama manusia supaya tidak timbul sebarang penindasan sepert