FEKAH - ZAKAT - A PANDANGAN UMUM TENTANG ZAKAT

ZAKAT 
=====
PANDANGAN UMUM TENTANG ZAKAT
1.Kehidupan manusia di dunia terdiri daripada pelbagai peringkat.Terdapat manusia yang kaya dan hidup dalam serba kemewahan.Ada manusia yang hidup dalam keadaan yang sederhana dan ada pula golongan miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
2.Keadaan ini adalah ditentukan oleh Allah kerana untuk menguji manusia supaya mensyukuri rahmat dan bersabar dalam menjalani kehidupan.
3.Golongan yang kaya dan golongan yang miskin perlu diseimbangkan supaya masyarakat dapat hidup dalam kesejahteraan dan harmoni.
4.Maka dengan itu,Allah telah mewajibkan zakat supaya manusia saling menghubungi di antara satu dengan yang lain.
5.Perasaan sombong,bongkak dan perasaan rendah diri serta hina dapat dihindarkan.
6.Maka tidak akan ada golongan yang kaya terus bertambah kaya dan golongan yang miskin terus menderita dengan kemiskinan.
7.Zakat diwajibkan untuk menjalinkan hubungan sesama manusia supaya tidak timbul sebarang penindasan seperti yang diamal oleh golongan kapitalis dan sistem membela golongan miskin dengan merampas hak orang lain yang diamalkan oleh komunis.
8.Zakat yang dianjurkan oleh Islam hanya untuk mengambil sedikit sahaja daripada harta orang-orang berada untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.Firman Allah:
وَالَّذِيْنَ فِى اَمْوَالِهِمْ حَقُّ مَعْلُوْمٌ لِلسَّاىِٔلِ وَالْمَحْرُوْمِ
Ertinya:Dan di dalam harta orang kaya itu terdapat hak-hak yang tertentu kepunyaan orang-orang susah dan miskin.
9.Mengeluarkan zakat dapat diibaratkan seperti pekebun yang memotong ranting-ranting pokok supaya pokok itu lebih rendang dan menghasilkan buah yang lebih banyak.
10.Sebab itulah Allah mewajibkan zakat kepada golongan yang tertentu untuk diberikan kepada orang yang tertentu.Firman Allah Taala:
حُذْ مِنْ اَمْوَا لِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتَزْ كِيْهِمْ بِهَا   
Ertinya:Ambillah daripada harta benda orang-orang mukmin sebagai sedekah untuk membersihkan mereka dan untuk menyuburkan mereka dengannya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH