Posts

Showing posts from September 9, 2018

SEJARAH 7.15 PERISTIWA MELETAKKAN HAJARUL ASWAD(BATU HITAM)

7.15 PERISTIWA MELETAKKAN HAJARUL ASWAD(BATU HITAM) 1. Pada masa umur Nabi tiga puluh lapan tahun,telah berlaku suatu banjir besar sehingga dinding Kaabah pecah dan runtuh. 2. Orang Quraisy bergotong-royong membaiki Kaabah yang rosak itu.Ketika hendak meletakkan Hajarul Aswad(Batu Hitam) mulalah mereka bertelingkah kerana masing-masing hendak mengangkat Hajarul Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. 3. Perselisihan dapat diselesaikan dengan cadangan Abu Umaiyah bin Al-Mughirah untuk mencari pengadil bagi mengadili keadaan yang tegang ini. 4. Cadangannya ialah sesiapa yang mula-mula masuk ke dalam masjid pada keesokan harinya,maka orang itulah menjadi pengadilnya. 5. Kebetulan Nabi Muhammad(s.a.w.) yang mula-mula masuk ke dalam masjid pada pagi itu dan baginda lalu dilantik menjadi pengadilnya. 6. Nabi(s.a.w.) membentangkannya serbannya lalu meletakkan Hajarul Aswad di atas serban itu.Kemudian baginda memanggil ketua-ketua suku Quraisy supaya memegang penjuru serban dan membawanya ke Kaab

SEJARAH 7.14 NABI(S.A.W.) BERKAHWIN DENGAN SITI KHADIJAH

7.14 NABI(S.A.W.) BERKAHWIN DENGAN SITI KHADIJAH 1. Tatkala umurnya dua puluh lima tahun juga,Nabi(s.a.w.) telah berkahwin dengan Siti Khadijah yang pada masa itu berumur empat puluh tahun. 2. Mereka mendapat enam orang anak,dua lelaki dan empat perempuan: (a) Yang lelaki bernama Kassim dan Abdullah - mereka ini wafat semasa kecil; (b) Yang perempuan bernama Zainab,Rokiah,Ummu Kalsom dan Fatimah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.13 PEKERJAAN NABI MUHAMMAD(S.A.W)

7.13 PEKERJAAN NABI MUHAMMAD(S.A.W) 1. Setelah datuknya meninggal dunia,maka Nabi tinggal pula dengan bapa saudaranya yang bernama Abu Talib iaitu adik-beradik ayahnya.Ia menjadi pengembala kambing kerana membantu bapa saudaranya yang hidup di dalam kemiskinan. 2. Pada masa umurnya 12 tahun,Nabi dibawa oleh Abu Talib ke negeri Syam.Semasa tiba di Busra iaitu di selatan Syam,mereka berjumpa dengan seorang paderi Yahudi.Paderi itu menyuruh Abu Talib membawa Nabi(s.a.w.) pulang ke Mekah kerana bimbang jika Nabi(s.a.w.) dikhianiati oleh orang-orang Yahudi.Ini kerana mereka sedang mencari orang yang bernama Muhammad yang akan membawa agama baru yang akan membatalkan agama mereka setelah Muhammad menyampaikan agamanya. 3. Setelah pulang dari Syam,Nabi(s.a.w.) berniaga secara kecil-kecilan,sama ada seorang diri ataupun berkongsi dengan Al-Saib bin Abi Al-Saib. 4. Tatkala umurnya lima belas tahun,ia turut bersama berperang di antara kaumnya(Quraisy) dengan kaum Qis di dalam peperangan Fijar.

SEJARAH 7.12 KELAHIRAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

7.12 KELAHIRAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.) 1. Abdullah yang telah berkahwin dengan Siti Aminah binti Abdul Wahab telah pergi berniaga ke negeri Syam. 2. Semasa pulang dari Syam ia singgah sebentar di Madinah kerana menziarahi saudara-maranya di sana. 3. Ia meninggal dunia di Madinah.Pada masa itu Siti Aminah sedang hamil. 4. Nabi Muhammad(s.a.w.) dilahirkan pada subuh hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April tahun 571 Masihi. 5. Orang yang menyusukan Nabi Muhammad(s.a.w.): (a) Nabi menyusu dengan ibunya selama 3 hari; (b) Nabi(s.a.w.) menyusu dengan Suwaibatul Aslamiah selama dua bulan; (c) Nabi(s.a.w) menyusu dengan Halimatun Saadiah selama empat tahun. 6. Tatkala umurnya enam tahun,baginda pergi ke Madinah bersama dengan ibunya kerana menziarahi makam ayahnya dan dan menemui saudara-maranya di sana.Di dalam perjalanan pulang ke Mekah,ibunya pula wafat di Abwak. 7. Ia pulang bersama dengan pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman. 8. Ia tinggal bersama dengan datuknya Ab

SEJARAH 7.11 TAHUN GAJAH

7.11 TAHUN GAJAH 1. Kemajuan yang dicapai oleh Mekah menjadikan Gabenor Habsyah yang bernama Abrahah menyerang Mekah.Ia berasa dengki kepada Mekah yang begitu maju dan banyak pengunjung ke Kaabah.Tetapi angkatannya dibinasakan oleh Allah. 2. Bukti yang menunjukkan angkatan Abrahah ini dibinasakan oleh Allah adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Fil ayat 1-5: أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَٰبِ ٱلْفِيلِ أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍۭ Ertinya:Adakah tidak engkau ketahui bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tuan-tuan punya gajah(1).Tidakkah Ia jadikan tipu daya mereka itu sia-sia?(2).Dan Ia kirimkan ke atas mereka burung yang berkawan-kawan(3).Yang melontar mereka itu dengan batu dari tanah yang terbakar(4).Lalu jadikanlah mereka itu seperti daun-daun yang dimakan ulat(5). 3. Peristiwa angkatan Abrahah menyerang Mekah berlaku pada t

SEJARAH 7.10 PENTINGNYA MEKAH

7.10 PENTINGNYA MEKAH 1. Mekah menjadi begitu penting disebabkan oleh: (a) adanya pusat ibadat-Kaabah; (b) adanya pusat perniagaan; (i) Perniagaan dua musim; (ii) Perniagaan sebelum mengerjakan haji; (c) adanya pusat kebudayaan-pertandingan syair,bahas dan syarahan sebelum mengerjakan haji; (d) keadilan dan pentadbiran pihak kerajaan-ada enam jabatan kerajaan. 2. Mekah maju di dalam bidang politik,ekonomi dan kebudayaan sehinggakan kaum Quraisy terkenal di kalangan kaum Arab yang lain. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 7.9 KEDUDUKAN MEKAH

7.9 KEDUDUKAN MEKAH 1. Mekah terkenal di Semenanjung Tanah Arab. 2. Semenanjung Tanah Arab terletak di Asia Barat. 3. Bandar Mekah terletak di tengah jalan perniagaan di antara Yaman dengan Palestin. 4. Mekah juga bertentangan dengan Laut Merah. 5. Mekah juga merupakan pintu besar perjalanan ke: (a) Yaman; (b) Palestin; (c) Jeddah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl