SEJARAH 7.13 PEKERJAAN NABI MUHAMMAD(S.A.W)

7.13 PEKERJAAN NABI MUHAMMAD(S.A.W)

1. Setelah datuknya meninggal dunia,maka Nabi tinggal pula dengan bapa saudaranya yang bernama Abu Talib iaitu adik-beradik ayahnya.Ia menjadi pengembala kambing kerana membantu bapa saudaranya yang hidup di dalam kemiskinan.
2. Pada masa umurnya 12 tahun,Nabi dibawa oleh Abu Talib ke negeri Syam.Semasa tiba di Busra iaitu di selatan Syam,mereka berjumpa dengan seorang paderi Yahudi.Paderi itu menyuruh Abu Talib membawa Nabi(s.a.w.) pulang ke Mekah kerana bimbang jika Nabi(s.a.w.) dikhianiati oleh orang-orang Yahudi.Ini kerana mereka sedang mencari orang yang bernama Muhammad yang akan membawa agama baru yang akan membatalkan agama mereka setelah Muhammad menyampaikan agamanya.
3. Setelah pulang dari Syam,Nabi(s.a.w.) berniaga secara kecil-kecilan,sama ada seorang diri ataupun berkongsi dengan Al-Saib bin Abi Al-Saib.
4. Tatkala umurnya lima belas tahun,ia turut bersama berperang di antara kaumnya(Quraisy) dengan kaum Qis di dalam peperangan Fijar.
5. Pada masa umurnya dua puluh lima tahun,ia pergi ke Syam untuk kali kedua kerana memperniagakan harta seorang janda kaya yang bernama Siti Khadijah.Baginda ditemani oleh Maisarah,hamba kepada Siti Khadijah.Baginda mendapat keuntungan yang banyak.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH