Posts

Showing posts from July 15, 2018

TAUHID - B ALAM BARZAKH

ALAM BARZAKH ============ Alam tempat tinggal manusia yang telah meninggal dunia dan mereka akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir serta akan menerima balasan Allah sebelum tiba hari dibangkitkan semula. KEADAAN MANUSIA DI ALAM BARZAKH 1.Golongan beriman akan berasa tenang dan bahagia. 2.Golongan yang ingkar akan menerima pelbagai azab daripada Allah. TIGA PERKARA YANG DAPAT MERINGANKAN AZAB DI ALAM BARZAKH 1.Harta yang dimanfaatkan seperti wakaf dan sedekah jariah. 2.Ilmu yang bermanfaat yang berguna di dunia dan akhirat. 3.Anak yang soleh yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua ibu bapanya. ANTARA SEKSAAN DI ALAM BARZAKH 1.Dihimpit oleh kubur/tanah sehingga berkecai tulang-tulang. 2.Dililit oleh ular yang besar dan panjang. 3.Dipukul oleh malaikat sehingga berkecai tulang-tulang kemudian dicantumkan semula. KEBANGKITAN SEMULA Semua manusia dihidupkan semula di akhirat kelak untuk menghadapi pengadilan Allah dan menerima balasan baik atau jahat. DALIL TENTANG HARI KEBANGKITAN Fi

TAUHID - A PERCAYA KEPADA KIAMAT

KIAMAT ====== ERTI KIAMAT 1. Kiamat ialah hari kemusnahan alam yang ada ini dan dibangkitkan suatu alam yang baru.Manusia akan dikumpulkan di satu tempat untuk menghadapi pengadilan dan akhirnya menerima pembalasan Allah. CARA MEMPERCAYAINYA 1. Orang Islam wajib mempercayai bahawa pada suatu hari nanti,alam ini akan dimusnahkan oleh Allah. 2. Mempercayai bahawa satu alam yang baru akan dijadikan semula. 3. Mempercayai bahawa manusia akan dihidupkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diadili amalan mereka. 4. Memepercayai bahawa manusia akan menerima pembalasan Allah sama ada balasan syurga atau neraka. DALIL KIAMAT Firman Allah Taala: يُؤْمِنُوْنَ بِااللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرْ Ertinya:Berimanlah kamu kepada Allah dan hari penghabisan(akhirat). ANTARA NAMA-NAMA KIAMAT YANG TERSEBUT DALAM AL-QURAN 1. Yaumul Qiamah(يوم القيامه) ertinya hari kebangkitan. 2. Yaumul Zilzilah(يوم الزلزله) ertinya hari kegempaan. 3. Yaumul Waqiah(يوم الواقعه) ertinya hari kejatuhan. 4. Yaum

TAUHID 6.6 NABI MUHAMMAD RASUL PENYUDAH

6.6 NABI MUHAMMAD RASUL PENYUDAH 1. Rasul yang pertama diutuskan oleh Allah ialah Nabi Adam. 2. Nabi Adam dijadikan oleh Allah daripada tanah dan dialah manusia yang pertama. 3. Isterinya bernama Hawa. 4. Keturunan Adam dan Hawa adalah asal manusia. 5. Selepas Adam,banyak lagi rasul diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. 6. Rasul yang terakhir pula ialah nabi Muhammad(s.a.w.). 7. Nabi Muhammad(s.a.w.) diutus oleh Allah kepada semua manusia. 8. Dalil yang menunjukkan nabi Muhammad(s.a.w.) diutuskan oleh Allah kepada semua manusia adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Sabak ayat 28: وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (سورة سباء-28) Ertinya:Tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan kepada seluruh manusia. 9. Oleh itu nabi Muhammad(s.a.w.) adalah penyudah nabi-nabi. 10.Penyudah nabi-nabi di dalam bahasa Arab disebut sebagai  "Khatamul Anbiyak"(خَاتَمُ الْاَنْبِيَاءُ) ata

TAUHID 6.5 RASUL-RASUL ITU MAKSUM (معصوم)

6.5 RASUL-RASUL ITU MAKSUM(معصوم) 1. Maksum ertinya orang yang terpelihara. 2. Maksud rasul maksum ialah rasul-rasul itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat,kesalahan,kejahatan dan terpelihara daripada sesuatu perkara yang keji dan kurang sopan yang mungkin merosakkan kehormatannya. 3. Ulama bersalahan pendapat tentang maksum: (a) Segolongan ulama berpendapat bahawa rasul-rasul itu maksum setelah dilantik menjadi rasul dan semasa kecil tidak pasti maksum; (b) Segolongan ulama berpendapat bahawa rasul-rasul itu maksum sejak dari kecil; (c) Segolongan ulama berpendapat bahawa nabi Muhammad(s.a.w.) sahaja maksum sejak dari kecil dan rasul-rasul yang lain maksum setelah dilantik menjadi rasul oleh Allah. 4. Sifat maksum adalah penting bagi rasul: (a) Rasul dilantik oleh Allah untuk memimpin manusia ke arah kebenaran dan ketinggian budi pekerti.Mereka ini menjadi contoh utama dan ikutan orang ramai,maka sudah tentu mereka perlu terdiri daripada orang yang bersih hati,mulia

TAUHID 6.4 MANUSIA BERHAJAT KEPADA RASUL

6.4 MANUSIA BERHAJAT KEPADA RASUL 1. Manusia berhajat kepada rasul kerana manusia dijadikan oleh Allah dengan sifat-sifat yang lemah dan jahil. 2. Banyak perkara yang tidak diketahui mereka terutama soal-soal ghaib,ibadat,mengawal hawa nafsu ke arah yang betul dan mengatur masyarakat yang sempurna. 3. Kehajatan manusia kepada rasul terbahagi kepada tiga: (a) Segi iktikad kepercayaan; (b) Segi ibadat; (c) Segi kemasyarakatan; 4. Segi iktikad kepercayaan: (a) Tabiat semulajadi manusia adalah mempercayai adanya kuasa ghaib yang menguasai alam ini.Mereka mencari kuasa ghaib ini tetapi akal fikiran manusia terbatas kepada apa yang ada di sekeliling mereka sahaja. (b) Dengan panduan akal yang lemah,timbul bermacam-macam sangkaan dan pendapat,malah ada yang menganggap apa yang kuat di sekeliling mereka itulah yang berkuasa dan patut disembah. (c) Oleh itu terjadilah bermacam-macam penyembahan seperti menyembah matahari,bulan,bintang,berhala dan sebagainya. (d) Untuk memi

TAUHID 6.3 TUGAS DAN SIFAT RASUL

6.3 TUGAS DAN SIFAT RASUL 1. Rasul-rasul ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan titah perintah Allah,hukum-hukum Allah serta memimpin manusia ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah. 2. Firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 56: وَمَا نُرْسِلُ ٱلْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۚ (سورةالكهف-56) Ertinya:Dan tidak Kami utuskan rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi ancam. 3. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 45-46: يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ إِنَّآ أَرْسَلْنَٰكَ شَٰهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا. وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذْنِهِۦ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا. (سورةالأحزاب 45-46) Ertinya:Wahai Nabi!Sesungguhnya Kami utuskan engkau sebagai saksi dan penggemar serta pengancam(45) juga sebagai penyeru ke arah Allah dengan izinNya sebagai lampu yang terang-benderang(46). 4. Rasul-rasul Allah tidak mempunyai perasaan bosan atau jemu dalam menjalankan seruan agama Allah kepada orang ramai. 5. Tugas-tugas utama rasul ialah: (a) memb

TAUHID 6.2 RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

6.2 RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI 1. Ada 25 orang rasul yang wajib diketahui: (1) Adam (14)Musa (2) Idris (15)Harun (3) Nuh (16)Zulkifli (4) Hud (17)Daud (5) Saleh (18)Sulaiman (6) Ibrahim (19)Ilyas (7) Lut (20)Ilyasa (8) Ismail (21)Yunus (9) Ishak (22)Zakaria (10)Yaakub (23)Yahya (11)Yusuf (24)Isa (12)Ayub (25)Muhammad (13)Syuaib 2. Kita tidak wajib menghafal nama-nama itu mengikut susunan tetapi wajib mempercayai bahawa nama-nama yang tersebut itu rasul Allah. 3. Sesiapa yang ragu-ragu dan tidak percaya terhadap rasul-rasul Allah maka terkeluarlah daripada agama Islam. 4. Rasul-rasul itu ada tersebut nama mereka di dalam Al-Quran. Rasul-rasul Ulul Azmi _____________________ 1. Erti Ulul Azmi ialah "yang mempunyai kecekalan atau yang mempunyai keazaman yang kuat&quo