TAUHID 6.2 RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

6.2 RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

1. Ada 25 orang rasul yang wajib diketahui:
   (1) Adam                (14)Musa  
   (2) Idris               (15)Harun
   (3) Nuh                 (16)Zulkifli
   (4) Hud                 (17)Daud
   (5) Saleh               (18)Sulaiman
   (6) Ibrahim             (19)Ilyas
   (7) Lut                 (20)Ilyasa
   (8) Ismail              (21)Yunus
   (9) Ishak               (22)Zakaria
   (10)Yaakub              (23)Yahya
   (11)Yusuf               (24)Isa
   (12)Ayub                (25)Muhammad
   (13)Syuaib
2. Kita tidak wajib menghafal nama-nama itu mengikut susunan tetapi wajib mempercayai bahawa nama-nama yang tersebut itu rasul Allah.
3. Sesiapa yang ragu-ragu dan tidak percaya terhadap rasul-rasul Allah maka terkeluarlah daripada agama Islam.
4. Rasul-rasul itu ada tersebut nama mereka di dalam Al-Quran.

Rasul-rasul Ulul Azmi
_____________________
1. Erti Ulul Azmi ialah "yang mempunyai kecekalan atau yang mempunyai keazaman yang kuat".
2. Mereka digelar Ulul Azmi kerana merekalah yang paling banyak menanggung penderitaan dan menempuh pelbagai rintangan di dalam perjuangan menegakkan agama Allah berbanding dengan rasul-rasul yang lain.
3. Rasul-rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi ialah:
   (a) Nabi Muhammad
   (b) Nabi Ibrahim
   (c) Nabi Musa
   (d) Nabi Isa
   (e) Nabi Nuh

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH