Posts

Showing posts from September 30, 2018

SEJARAH 8.10 TINDAKAN RASULULLAH(S.A.W.) BAGI MENGHADAPI PEPERANGAN

8.10 TINDAKAN RASULULLAH(S.A.W.) BAGI MENGHADAPI PEPERANGAN 1. Rasulullah(s.a.w.) diberitahu oleh bapa saudaranya Al-Abbas bin Abdul Muttalib yang tinggal di Mekah tentang rancangan orang-orang Quraisy itu. 2. Apabila mendengarkan berita itu,maka Rasulullah(s.a.w.) mengadakan mesyuarat dan melengkapkan angkatan tentera untuk menentang orang-orang Quraisy. 3. Rasulullah(s.a.w.) memberikan cadangan supaya bertahan di kota Madinah.Tetapi segolongan pemuda memberikan cadangan bertahan di luar kota Madinah.Setelah diundi maka cadangan bertahan di luar kota Madinah mendapat persetujuan ramai. 4. Rasulullah(s.a.w.) pun keluar bersama dengan tentera sebanyak 1000 orang.Di dalam perjalanan,300 orang yang terdiri daripada orang-orang munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai telah pulang ke Madinah. 5. Sampai di Uhud,maka Rasulullah(s.a.w.) melantik 50 orang tentera pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Zubair supaya bertahan di puncak bukit dengan pesanan jangan meninggalkan puncak buki

SEJARAH 8.9 PEPERANGAN UHUD - SEBAB BERLAKU

8.9 PEPERANGAN UHUD - SEBAB BERLAKU 1. Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun 3 Hijrah. 2. Peperangan Uhud berlaku kerana orang-orang Musyrikin Mekah ingin menuntut bela di atas kekalahan mereka di tangan orang-orang Islam di dalam peperangan Badar. 3. Mereka menyediakan angkatan tentera yang berjumlah 3000 orang dan antaranya 700 orang berbaju besi,200 orang berkuda dan 300 orang menunggang unta. 4. Mereka menuju ke Uhud yang berhampiran dengan Madinah. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.8 KESAN-KESAN PEPERANGAN BADAR

8.8 KESAN-KESAN PEPERANGAN BADAR 1. Kedudukan Islam bertambah kuat dan mulai ditakuti oleh orang-orang Musyrikin. 2. Kedudukan Musyrikin mulai lemah dan merosot. 3. Pengaruh orang-orang Quraisy mulai hilang di kalangan kaum Arab yang lain. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.7 HUKUMAN KEPADA TAWANAN BADAR

8.7 HUKUMAN KEPADA TAWANAN BADAR 1. Mereka dikenakan membayar tebus diri untuk bebas antara 1000 dirham hingga 4000 dirham. 2. Bagi mereka yang miskin tetapi ada pengetahuan mestilah mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam membaca dan dan menulis sehingga pandai,kemudian barulah dibebaskan. 3. Mana-mana yang miskin dan tidak pandai membaca dan menulis,dibebaskan begitu saja. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.6 BERLAKUNYA PEPERANGAN BADAR

8.6 BERLAKUNYA PEPERANGAN BADAR 1. Peperangan mula terjadi pada 17 Ramadhan 2 Hijrah,apabila Al-Aswad bin Abi Al-Aswad cuba untuk memecah takungan air tentera Islam.Ia telah dibunuh oleh Sayidina Hamzah. 2. Setelah itu keluar tiga orang pahlawan Quraisy iaitu Utbah bin Rabiah,Syaibah bin Rabiah dan Al-Walid bin Utbah.Mereka mencabar tentera Islam untuk berlawan dengan mereka.Cabaran ini disambut oleh Sayidina Ali,Sayidina Hamzah dan Ubaidah bin Al-Haris. 3. Ketiga-tiga orang pahlawan Quraisy ini begitu mudah dibunuh oleh pahlawan Islam dan akhirnya berlaku pertempuran yang hebat di antara kedua-dua pihak.Peperangan ini kemudiannya dimenangi oleh pihak Islam. 4. Sebanyak tujuh puluh orang Quraisy terbunuh dan dua belas orang Islam yang syahid. 5. Orang Quraisy ditawan termasuk Al-Abbas,Uqail bin Abu Talib dan Abu Al-As Ar-Rabi. 6. Rasulullah(s.a.w.) berangkat pulang ke Madinah bersama dengan orang-orang tawanan ini. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

SEJARAH 8.5 PERSEDIAAN KE ARAH PEPERANGAN

8.5 PERSEDIAAN KE ARAH PEPERANGAN 1. Badar terletak di antara Madinah dengan Mekah. 2. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tiga ratus orang keluar menyekat angkatan perniagaan Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufian bin Harb dari negeri Syam. 3. Antara tujuan Rasulullah(s.a.w.) keluar untuk menyekat angkatan perniagaan Quraisy itu ialah: (a) untuk mendesak orang-orang Quraisy supaya menghentikan gangguan mereka terhadap orang Islam; (b) untuk mendesak orang-orang Quraisy supaya mencari jalan lain untuk rombongan mereka yang selalu berulang-alik dari Mekah ke Syam,agar orang Islam berasa aman dan tenteram daripada gangguan orang Quraisy; (c) untuk menunjukkan kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik tentang keberanian orang-orang Islam. 4. Abu Sufian meminta bantuan daripada Mekah dan tentera bantuan sebanyak seribu orang tiba,kemudian mereka berkumpul di Badar. 5. Dari Wadi Zafiran,angkatan Islam menuju ke Badar pada 16 Ramadhan tahun 2 Hijrah. 6. Manakala tiba di Badar,

SEJARAH 8.4 PEPERANGAN BADAR-KEBENARAN BERPERANG

8.4 PEPERANGAN BADAR-KEBENARAN BERPERANG 1. Setelah orang-orang Quraisy mengetahui Rasulullah(s.a.w) telah menetap di Madinah dan agama Islam mula berkembang di sana,mulalah mereka mengganggu orang-orang Islam yang keluar dari kota Madinah sama ada yang berniaga atau sebagainya. 2. Oleh kerana tekanan yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang Islam,maka Allah menurunkan ayat Al-Quran yang membenarkan orang Islam memerangi orang-orang Quraisy. 3. Antara ayat itu ialah dari surah al-Baqarah ayat 190: وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ Ertinya:Berperanglah di jalan Allah bagi melawan orang-orang yang memerangi kamu,tetapi janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 4. Tujuan peperangan di dalam Islam ini adalah: (a) mempertahankan diri daripada serangan musuh; (b) mempertahankan kedaulatan agama dan pemerintahan Islam