Posts

Showing posts from November 11, 2018

TAJWID 6 MAD ASLI

TAJWID 5 MAD LIN

TAJWID 4 QALQALAH

TAJWID 3 ALIF LAM SYAMSIAH

TAJWID 2 ALIF LAM QAMARIAH

TAJWID 1 MEMBACA,MEMAHAMI,MENGAMALKAN ISI ALQURAN

SEJARAH 9.19 KEWAFATAN SAYIDINA ALI

9.19 KEWAFATAN SAYIDINA ALI 1. Orang Khawarij merancangkan pembunuhan Sayidina Ali,Muawiyah dan Amru bin Al-As,secara serentak: (a) Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Sayidina Ali di Kufah; (b) Borak bin Abdullah ditugaskan membunuh Muawiyah di Syam; (c) Amru bin Bakar ditugaskan membunuh Amru bin Al-As di Mesir. 2. Pembunuhan ini dilakukan pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah,dengan hasil: (a) Muawiyah terselamat kerana tidak tepat ditetak oleh Borak; (b) Amru bin Al-As terselamat kerana ketika itu beliau uzur dan tidak pergi solat,Kharijah bin Habib yang menggantikannya dibunuh kerana Amru menyangka Kharijah itu adalah Amru bn Al-As; (c) Sayidina Ali terbunuh ketika menyeru orang ramai supaya menunaikan solat Subuh. 3. Sayidina Ali wafat pada 17 Ramadhan 40 Hijrah,berusia 63 tahun dan menjadi khalifah selama empat tahun lebih. 4. Jenazahnya dimakamkan di Kufah. 5. Setelah Sayidina Ali wafat,maka pengikutnya melantik anaknya yang bernama Hasan menjadi khalifah