Posts

Showing posts from July 1, 2018

TAUHID 4.2 MENOLAK KEPERCAYAAN TIDAK BERTUHAN

4.2 MENOLAK KEPERCAYAAN TIDAK BERTUHAN 1. Di dunia ini ada manusia yang tidak percaya adanya Tuhan. 2. Kepercayaan golongan-golongan ini perlu dihalang demi kesucian Islam. Golongan Komunis ________________ 1.Golongan ini beranggapan bahawa: (a) agama dan masalah adanya Tuhan hanya rekaan dan dongeng semata-mata; (b) tiap-tiap usaha ke arah menghapuskan fahaman beragama adalah baik,walaupun usaha itu terpaksa berbohong,berkhianat,menimbulkan huru-hara dan lain-lain.Maka sebab itu negara yang mengamalkan fahaman komunis mencuba untuk menghapuskan agama,khasnya agama Islam. Golongan Atheis _______________ 1. Golongan atheis ini terkenal juga dengan nama Mulhid. 2. Fahaman golongan ini sama dengan golongan komunis iaitu sama-sama tidak percaya adanya Tuhan. 3. Golongan ini tidak mempengaruhi atau memaksa orang lain mengikut atau mematuhi fahaman mereka. Golongan Free Thinkir(Pemikir Bebas) ____________________________________ 1. Golongan ini berpendapat bahawa: (a) mereka bebas

TAUHID 4.1 PERCAYA KEPADA ALLAH

4.1 PERCAYA KEPADA ALLAH 1. Erti iman ialah percaya dan membenarkan sesuatu di dalam hati,mengaku dengan lidah dan mengamalkannya dengan seluruh anggota. 2. Rukun iman ada enam: (a) Percaya kepada Allah; (b) Percaya kepada Malaikat; (c) Percaya kepada Rasul-Rasul Allah; (d) Percaya kepada Kitab-Kitab Allah; (e) Percaya kepada Hari Kiamat; (f) Percaya kepada Qada dan Qadar. 3. Sebab-sebab orang Islam wajib beriman dengan Allah: (a) Allah Taala bersifat dengan sifat yang sempurna-selain Allah bersifat dengan sifat kekurangan; (b) Allah mengadakan(mewujudkan) sesuatu dan bukan diadakan(diwujudkan)-selain Allah diadakan dan tidak dapat mengadakan sesuatu; (c) Allah ada kuasa membuat sesuatu yang diinginiNya tanpa pertolongan sesiapa.Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kehendak Allah,sedangkan selain Allah tidak dapat membuat sesuatu yang diingini dan orang lain boleh menghalang keiinginannya; (d) Allah kekal,hidup,mendengar,mengetahui dan berkuasa serta m

FIKAH 3.3 SOLAT JENAZAH

3.3 SOLAT JENAZAH Erti Solat Jenazah __________________ 1. Solat jenazah ialah solat ke atas orang mati yang beragama Islam. 2. Solat jenazah juga dikenali dengan solat mayat. 3. Hukum mengerjakan solat jenazah ialah fardhu kifayah. 4. Ini sebagaimana sabda Rasululllah(s.a.w.):- صَلُّوْا عَلَى مَنْ قَالَ :لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّه Ertinya:Sembahyangkanlah ke atas orang yang mengucap:Laa ilaa ha illallah. صَلُّوْا عَلَى مَوْتَا كُمْ Ertinya:Sembahyanglah ke atas orang-orang kamu yang mati. 5. Waktu patut disembahyangkan ialah selepas mayat itu dimandikan dan dikapankan.Sembahyang ini sunat dikerjakan secara berjemaah. 6. Kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat lelaki ialah dekat dengan kepala. 7. Bagi mayat perempuan pula,imam hendaklah berdiri di tengah-tengah badan. 8. Rukun sembahyang jenazah ada 7: (a) Niat; (b) Berdiri bagi yang kuasa; (c) Takbir empat kali termasuk takbiratul-Ihram; (d) Membaca Al-fatihah selepas takbiratul-Ihram; (e) Selawat atas

FIKAH 3.2 ZAKAT FITRAH

3.2 ZAKAT FITRAH 1. Zakat beerti bersih atau subur. 2. Maksud zakat sebenar ialah sesuatu kadar harta yang diberikan kepada orang yang berhak dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 3. Ada dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. 4. Zakat fitrah juga dikenali sebagai Zakat Al-Fitr. 5. Erti zakat fitrah atau Al-Fitr secara khusus ialah sesuatu kadar harta yang diberikan kepada orang-orang yang berhak untuk tiap-tiap orang Islam. 6. Walau bagaimanapun fitrah sendiri bermakna kejadian. 7. Zakat ini disebut fitrah kerana kerana wajib dikeluarkan bagi kejadian tubuh badan seseorang;sebab itu juga disebut sebagai zakat badan. 8. Al-Fitr bula beerti berbuka.Ini disebut zakat Al-Fitr kerana diwajibkan bersaing dengan ibadat puasa. 9. Zakat fitrah ini wajib dikeluarkan bagi tiap-tiap orang Islam sama ada berpuasa atau tidak. 10.Syarat-syarat wajib zakat fitrah: (a) Islam; (b) Merdeka; (c) Ada lebih perbelanjaan untuk diri sendiri dan orang-orang yang di bawah tanggungan

FIKAH 3.1 PUASA

3.1 PUASA 1. Puasa di dalam bahasa Arab ialah as-Siamu(الَصِّيَامُ). 2. Puasa pada bahasa ialah menahan diri. 3. Puasa pada istilah ialah menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga jatuh matahari disertai dengan niat. 4. Dalil wajib puasa adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 183-184: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥ ۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (سورةالبقرة:184-183) Ertinya:Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu terpelihara,iaitu beberapa hari yang tertentu. 5. Sabda Rasulullah(s.a.w.) pul

FIKAH 2.7 SOLAT JAMAK

2.7 SOLAT JAMAK 1. Jamak beerti himpun. 2. Solat jamak menurut hukum Islam ialah dua solat yang dihimpunkan di dalam satu waktu. 3. Hukum solat jamak adalah harus bagi orang musafir. 4. Dalilnya sebagaimana dinyatakan oleh Anas bahawa,"apabila Rasulullah(s.a.w.) hendak cepat berangkat kerana sesuatu perjalanan sebelum gelincir matahari,baginda tangguhkan solat Zuhur ke dalam waktu Asar kemudian baginda berhenti dan menghimpunkan kedua-dua solat itu. 5. Solat jamak ini terbahagi dua iaitu jamak taqdim(himpun dahulu) dan jamak takkhir(himpun kemudian). 6. Jamak taqdim beerti menghimpunkan solat Asar di dalam waktu Zuhur dan Solat Isyak di dalam waktu Maghrib. 7. Jamak takkhir beerti menghimpunkan solat Zuhur di dalam waktu Asar dan Solat Maghrib di dalam waktu Isyak. 8. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan serentak dan syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat solat qasar. 9. Syarat-syarat jamak taqdim: (a)Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama(Zuhur atau Maghrib) kemud

FIKAH 2.6 SOLAT QASAR

2.6 SOLAT QASAR 1. Qasar ertinya pendek. 2. Solat qasar menurut hukum Islam ialah solat yang empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat. 3. Solat yang boleh diqasarkan ialah solat yang empat rakaat iaitu: (a) solat Zuhur; (b) solat Asar; (c) solat Isyak; 4. Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan. 5. Hukum solat qasar adalah harus bagi orang musafir. 6. Dalil harus ini adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Nisak ayat 101: وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلْكَٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا   (سورةالنساء~١٠١) Ertinya:Dan kalau kamu berjalan di muka bumi,tidaklah mengapa kamu memendekkan solat jika kamu takut difitnahkan oleh orang-orang kafir.Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu amat nyata. 7. Syarat-syarat solat qasar: (a) Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja

FIKAH 2.5 CARA-CARA ORANG SAKIT SOLAT(SEMBAHYANG)

Image
2.5 CARA-CARA ORANG SAKIT SOLAT(SEMBAHYANG) 1. Solat merupakan ibadat yang paling penting di dalam Islam. 2. Sempurnanya ibadat seseorang bergantung kepada kesempurnaan solat.Solat merupakan ibadat yang pertama sekali disoal di akhirat kelak. 3. Ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: اَوَّلُ مَايُحَاسَبُ عَلَيْهِ الْعَبْدُيَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ.فَاِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ سَاىِٔرُ عَمَلِهِ وَاِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَاىِٔرُ عَمَلِهِ (رواه ابن ماجه) Ertinya:Perkara yang mula-mula yang akan ditanya tentang diri seseorang manusia pada hari kiamat nanti ialah solat.Sekiranya solat itu baik maka baiklah segala amalannya dan sekiranya rosak maka rosaklah semua amalannya. 4. Solat wajib ditunaikan pada setiap masa kecuali apabila akal fikiran sudah tidak siuman atau tidak sedar. 5. Solat fardhu ini diperintah sendiri oleh Allah kepada Nabi Muhammad(s.a.w.) semasa peristiwa Israk dan Mikraj,tidak seperti ibadat yang lain yang disampa