FIKAH 2.7 SOLAT JAMAK

2.7 SOLAT JAMAK

1. Jamak beerti himpun.
2. Solat jamak menurut hukum Islam ialah dua solat yang dihimpunkan di dalam satu waktu.
3. Hukum solat jamak adalah harus bagi orang musafir.
4. Dalilnya sebagaimana dinyatakan oleh Anas bahawa,"apabila Rasulullah(s.a.w.) hendak cepat berangkat kerana sesuatu perjalanan sebelum gelincir matahari,baginda tangguhkan solat Zuhur ke dalam waktu Asar kemudian baginda berhenti dan menghimpunkan kedua-dua solat itu.
5. Solat jamak ini terbahagi dua iaitu jamak taqdim(himpun dahulu) dan jamak takkhir(himpun kemudian).
6. Jamak taqdim beerti menghimpunkan solat Asar di dalam waktu Zuhur dan Solat Isyak di dalam waktu Maghrib.
7. Jamak takkhir beerti menghimpunkan solat Zuhur di dalam waktu Asar dan Solat Maghrib di dalam waktu Isyak.
8. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan serentak dan syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat solat qasar.
9. Syarat-syarat jamak taqdim:
   (a)Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama(Zuhur atau Maghrib) kemudian barulah solat yang kedua(Asar atau Isyak);
   (b)Niat solat jamak hendaklah di dalam solat yang pertama;
   (c)Solat pertama dan kedua perlulah berturut-turut;
   (d)Berkekalan perjalanan sehingga selesai takbiratul-ihram solat yang kedua.
10.Syarat jamak takkhir pula ada dua:
   (a)Hendaklah berniat pada waktu pertama untuk menangguhkan solat yang pertama ke dalam waktu yang kedua;
   (b)Berkekalan perjalanan bagi solat yang kedua.
11.Orang bermukim juga diharuskan menjamakkan solat kerana hujan dengan syarat:
   (a)Hujan yang menyebabkan sukar hendak ke masjid;
   (b)Solat dikerjakan di masjid mestilah berjemaah;
   (c)Rumah jauh dari masjid;
   (d)Hujan turun pada permulaan takbiratul-ihram solat yang pertama,pada salam solat yang pertama Dan juga hujan masih lagi turun pada permulaan solat yang kedua.
12.Solat jamak kerana hujan hanya dibolehkan jamak taqdim sahaja.
   Lafaz-lafaz Niat Solat Jamak
   ____________________________
   1. Zuhur jamak taqdim:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَيْهِ الْعَصْرُ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana Allah Taala.
   2. Asar jamak taqdim:
   
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَى
 الظُّهْرِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Taala.
   3. Maghrib jamak taqdim:
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَيْهِ الْعِشَاءُ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى 
   Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala.
   4. Isyak jamak taqdim:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعِشَاءِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَى
 الْمَغْرِبِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala.
   5. Zuhur jamak takkhir:
  أُُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَى الْعَصْرِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala. 
   6. Asar jamak takkhir:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَيْهِ
 الظُّهْرُاَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dihimpunkan Zuhur kepadanya tunai kerana Allah Taala. 
   7. Maghrib jamak takkhir:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَى الْعِشَاءِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala. 
   8. Isyak jamak takkhir:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعِشَاءِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًااِلَيْهِ
الْمَغْرِبُ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat dihimpunkan Maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala. 
   9. Zuhur qasar jamak taqdim:
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًامَجْمُوْعًااِلَيْهِ الْعَصْرُ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar,dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana Allah Taala.
  10. Asar qasar jamak taqdim:
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعَصْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًامَجْمُوْعًااِلَى
 الظُّهْرِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar,dihimpunkan kepada Zuhur tunai kerana Allah Taala.
  11. Zuhur qasar jamak takkhir:
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًامَجْمُوْعًااِلَى الْعَصْرِ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar,dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala.
  12. Asar qasar jamak takkhir:
أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعَصْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًامَجْمُوْعًااِلَيْهِ
 الظُّهْرُ اَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى 
   Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar,dihimpunkan Zuhur kepadanya tunai kerana Allah Taala.

Hikmat Solat Qasar dan Jamak
____________________________
1. Islam sekali-kali tidak menyusahkan pengikut-pengikutnya untuk beramal ibadat.
2. Memberikan kemudahan dan kelonggaran kepada orang musafir untuk beribadat.
3. Supaya orang Islam tidak lalai beribadat walaupun di dalam musafir atau keuzuran.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH