Posts

Showing posts from August 26, 2018

SEJARAH 7.1 KEDATANGAN NABI IBRAHIM KE MEKAH

7.1 KEDATANGAN NABI IBRAHIM KE MEKAH 1. Mekah diasaskan oleh nabi Ibrahim dan puteranya nabi Ismail. 2. Nabi Ibrahim berasal dari Khaldan di negeri Iraq,kemudian baginda tinggal di Kan-an di dalam negeri Syam(Syria). 3. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. 4. Disebabkan rasa cemburu Siti Sarah terhadap Siti Hajar,maka nabi Ibrahim terpaksa membawa Siti Hajar dan puteranya nabi Ismail ke selatan Tanah Arab yang kemudiannya terkenal dengan nama Mekah. 5. Ketika nabi Ibrahim pulang ke Kan-an,Siti Hajar kehabisan air.Siti Hajar berlari-lari untuk mencari air di antara Safa dan Marwa.Nabi Ismail pula menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke tanah.Tiba-tiba keluar air dari tempat yang dihentaknya itu yang kemudiannya dikenali dengan nama "Telaga Zam Zam". 6. Dengan adanya telaga itu maka banyaklah orang Arab yang tinggal di Mekah termasuk suku Jurhum. 7. Nabi Ismail mempelajari bahasa Arab dan berkahwin dengan puteri Jurhum. ~Ilmu ini d

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - U AKIKAH

AKIKAH PENGERTIAN AKIKAH Menyembelih binatang ternakan tertentu sempena hari bercukur rambut bayi yang baru lahir. HUKUM AKIKAH 1.Sunat Muakad. 2.Wajib jika bernazar. KADAR AKIKAH 1.2 ekor kambing atau 2 bahagian daripada seekor lembu,kerbau atau unta(seekor lembu,kerbau atau unta,ada 7 bahagian),iaitu bagi anak lelaki. 2.Seekor kambing atau satu bahagian daripada lembu,kerbau atau unta bagi anak perempuan. HIKMAH AKIKAH 1.Menandakan kesyukuran hambaNya kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata. 2.Untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang kelahiran bayi itu. 3.Dapat memulakan kehidupan bayi itu dengan pekerjaan yang baik. SYARAT-SYARAT SAH AKIKAH 1.Binatang untuk akikah mestilah binatang ternakan tertentu seperti kambing,lembu,kerbau dan unta. 2.Binatang itu tidak cacat yang boleh mengurangkan isi. 3.Binatang itu cukup umur seperti binatang yang dibuat korban. Syarat-syarat semasa sembelihan: 4.Niat akikah semasa menyembelihnya. 5.Mengikut syarat-syarat sah sembelihan. PERK

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - T KORBAN

KORBAN ------ PENGERTIAN KORBAN Menyembelih binatang yang tertentu pada Hari Raya Haji dan Hari-hari Tasyriq kerana beribadat kepada Allah. HUKUM KORBAN 1.Sunat Muakad. 2.Sunat Kifayah bagi sebuah keluarga. 3.Wajib jika bernazar. Dalil korban: فرمان اللّٰه تعالى: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Ertinya:Hendaklah engkau bersembahyang kepada Tuhanmu dan berkorban kepadaNya. HIKMAH MELAKUKAN KORBAN 1.Melatih diri dengan sifat pengorbanan untuk menegakkan agama Islam. 2.Untuk menghilangkan perasaan bakhil dalam diri manusia. 3.Untuk mengingati peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 4.Melahirkan perasaan takwa dan bersyukur di atas nikmatnya. HIKMAH KORBAN DALAM MEMBENTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 1.Ibadah korban dapat menjalinkan hubungan di antara golongan berada dengan golongan yang miskin.Ini akan mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat. 2.Ibadah korban dapat menambah keimanan dan ketakwaan seseorang muslim yang secara langsung akan menjauhkan manusia dari

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - S SEMBELIHAN

SEMBELIHAN PENGERTIAN SEMBELIHAN Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku dan tulang. HUKUM SEMBELIHAN Wajib kecuali jenis ikan dan belalang Dalil sembelihan قال تعالى:حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَتَ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَا اُحِلَّ بِهِ لِغَيْرِاللّٰهِ Ertinya:Diharamkan ke atas kamu bangkai,darah,daging babi dan apa yang disembelih selain dari kerana Allah. SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN 1.Hendaklah dilakukan dengan niat sembelihan. 2.Hendaklah putus urat halkum(urat pernafasan) dan urat mareh(saluran makanan). 3.Menggunakan benda yang tajam kecuali kuku dan tulang. 4.Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja. 5.Sembelihan bukan bertujuan selain Allah seperti untuk menjamu hantu syaitan. Khusus untuk binatang: 6.Binatang hendaklah yang halal dimakan. 7.Binatang itu masih hidup. Khusus untuk penyembelih: 8.Seorang Islam atau ahli kitab(makruh bagi perempuan). 9.Tidak dilakukan semasa dalam ihram haji atau umrah bagi b

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - R PERANAN DAN HIKMAH HAJI

PERANAN HAJI DALAM MEMBENTUK DAN MENGUKUHKAN KEIMANAN MANUSIA 1.Apabila menunaikan haji,bermakna menyempurnakan rukun Islam yang lima yang bertujuan mengukuhkan iman. 2.Apabila umat Islam beribadah di tempat yang berhampiran dengan Baitullah,secara langsung akan melahirkan rasa ketakwaan yang mendalam kepada Allah. 3.Pengorbanan harta dan tenaga semata-mata kerana menunaikan perintah Allah merupakan satu ujian besar yang dapat mengukuhkan iman. PERANAN IBADAH HAJI MENAMBAH PENGETAHUAN UMAT ISLAM 1.Jemaah haji berpeluang bertukar-tukar fikiran sesama jemaah antarabangsa.Ini dapat menambah pengetahuan. 2.Tempat-tempat sejarah yang dilawati seperti Gua Thur,sedikit sebanyak akan memberi pengetahuan kepada para jemaah tentang sejarah kebangkitan Islam. 3.Pergaulan dengan jemaah-jemaah haji dan serata dunia dapat memberi banyak pengetahuan. HIKMAH MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK BERJAHIT SEMASA IBADAH HAJI 1.Untuk mewujudkan rasa persamaan taraf di antara semua golongan manusia. 2.Supaya manus

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - Q DAM@DENDA

DAM/DENDA --------- Denda yang dikenakan terhadap jemaah haji atau disebabkan meninggalkan perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM 1.Meninggalkan perkara-perkara yang wajib bagi haji/umrah. 2.Melakukan satu daripada larangan semasa dalam ihram haji/umrah. 3.Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran. HIKMAH DIKENAKAN DAM 1.Untuk menguji ketabahan dan kesabaran jemaah haji dalam menunaikan kewajipan mereka kepada Allah. 2.Menunjukkan bahawa setiap kesalahan itu ada hukumannya. 3.Supaya manusia menunaikan ibadah haji dengan sempurna kerana setiap kesalahan mereka telah pun dibayar. PEMBAHAGIAN DAM HAJI ATAU DAM UMRAH 1.Dam Tertib dan Taqdir: Dam Tertib dan Taqdir tidak boleh diganti dengan yang lain atau dipilih,melainkan tidak terdaya melaksanakannya. Antara kesalahan yang dilakun ialah: (a)Mengerjakan Haji Tamattuk. (b)Mengerjakan Haji Qiran. (c)Luput wukuf di Arafah selepas niat. (d)T

FEKAH - HAJI DAN UMRAH - P NAFAR

NAFAR ----- Ertinya:Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina. BAHAGIAN-BAHAGIAN NAFAR 1.Nafar Awal:Keluar meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah sebelum jatuh matahari dengan niat tidak kembali lagi ke Mina. 2.Nafar Thani:Keluar meninggalkan Mina setelah selesai melontar pada hari ke-13 Zulhijjah. SYARAT-SYARAT NAFAR AWAL 1.Hendaklah keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah. 2.Telah selesai melontar di ketiga-tiga Jamrah pada hari 12 Zulhijjah. 3.Berniat tidak akan kembali lagi ke Mina. 4.Telah bermalam selama dua malam di Mina. Hukum bernafar ialah harus. Hikmah Nafar Awal 1.Menolong golongan yang uzur supaya dapat menghabiskan ibadah haji dengan cepat. 2.Memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan ibadah haji. 3.Memberi kelonggaran kepada jemaah-jemaah yang sibuk dengan urusan lain di tanah suci. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl