FEKAH - HAJI DAN UMRAH - P NAFAR

NAFAR
-----
Ertinya:Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAFAR
1.Nafar Awal:Keluar meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah sebelum jatuh matahari dengan niat tidak kembali lagi ke Mina.
2.Nafar Thani:Keluar meninggalkan Mina setelah selesai melontar pada hari ke-13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT NAFAR AWAL
1.Hendaklah keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah.
2.Telah selesai melontar di ketiga-tiga Jamrah pada hari 12 Zulhijjah.
3.Berniat tidak akan kembali lagi ke Mina.
4.Telah bermalam selama dua malam di Mina.

Hukum bernafar ialah harus.

Hikmah Nafar Awal
1.Menolong golongan yang uzur supaya dapat menghabiskan ibadah haji dengan cepat.
2.Memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan ibadah haji.
3.Memberi kelonggaran kepada jemaah-jemaah yang sibuk dengan urusan lain di tanah suci.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH