Posts

Showing posts from June 24, 2018

FIKAH 2.4 KHUTBAH JUMAAT

2.4 KHUTBAH JUMAAT 1. Khutbah Jumaat ialah ucapan atau syarahan yang wajib diucapkan sebanyak dua kali sebelum solat Jumaat. 2. Hukum membaca khutbah Jumaat adalah wajib. 3. Dalil wajibnya sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim:  كَانَ رَسُوْلُ اللّٰهِ(ص)يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ قَاىِٔمًا خُطْبَتَيْنِ يَجْلِسُ بَيْنَهُمَا (رواه البخارى ومسلم ) Ertinya:Adalah Rasulullah(s.a.w.) berkhutbah pada hari Jumaat dengan keadaan berdiri sebanyak dua kali dan ia duduk di antara keduanya. 4. Rukun-rukun dua khutbah adalah seperti berikut: (a) Hendaklah dimulai dengan memuji Allah bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (ٱلْحَمْدُلِلَّهِ ). (b) Selawat atas Nabi Muhammad(s.a.w) bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد ). (c) Memberikan pesanan kepada ahli Jumaat supaya mengikut perintah Allah dan menjauhkan laranganNya bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (اِتَّق

FIKAH 2.3 SOLAT JUMAAT

2.3 SOLAT JUMAAT 1. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat selepas khutbah pada waktu Zuhur pada hari Jumaat. 2. Solat Jumaat hukumnya wajib(fardu ain) bagi lelaki yang mencukupi syarat-syaratnya. 3. Dalil wajib Jumaat adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Jumaat ayat 9: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُون (سورت الجمعة-9) Ertinya:Wahai orang yang beriman!Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat,maka segeralah kepada mengingati Allah dan tinggallah perniagaan kamu,yang demikian lebih baik lagi bagi kamu jika kamu mengetahui. 4. Rasulullah(S.A.W.) juga telah bersabda seperti yang diriwayat oleh Abu Daud dan Al-Hakim: اَلْجُمْعَةُحَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِىْ جَمَعَةٍ اِلَّااَرْبَعَةً، عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ أَوْ إِمْرَأَةٌ أَوْصَبِِىٌّ أَوْ مَرِ يْضٌ  (رواه ابو داود والحاكم)

FIKAH 2.2 MANDI

2.2 MANDI 1. Mandi ertinya meratakan air yang suci di seluruh badan dengan sesuatu niat. 2. Mandi terbahagi kepada tiga jenis: (a) Mandi wajib; (b) Mandi sunat; (c) Mandi biasa. 3. Mandi wajib ialah pembersihan diri yang diwajibkan dengan mandi setelah berlaku hadas besar dan mati kecuali mati syahid. 4. Mandi sunat ialah pembersihan diri yang disunatkan dengan mandi setelah berlaku sesuatu yang disunatkan. 5. Mandi biasa ialah pembersihan diri dengan mandi selain mandi wajib dan mandi sunat. 6. Seseorang wajib mandi apabila berlaku sesuatu daripada di bawah: (a) Keluar air mani; (b) Bersetubuh/berjunub; (c) Mati yang selain mati syahid; (d) Keluar darah haid; (e) Keluar darah nifas; (f) Melahirkan anak(bersalin). 7. Dalil wajib mandi ini adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 6: وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ .... (6-سورت المائدة) Ertinya:Dan jika kamu berjunub,maka bersucilah. 8. Mandi ada tiga rukun: (a) Niat; (b) Meng

FIKAH 2.1 HADAS

2.1 HADAS 1. Hadas ialah keadaan anggota yang kotor yang menghalang seseorang daripada sah menunaikan ibadat sembahyang. 2. Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas besar dan hadas kecil. 3. Hadas besar ialah keadaan anggota yang kotor yang tidak dapat dilihat dan mewajibkan mandi apabila hendak menunaikan solat dan sebagainya. 4. Hadas kecil ialah keadaan anggota yang kotor yang tidak dapat dilihat dan mewajibkan mengambil wuduk apabila hendak menunaikan solat dan sebagainya. 5. Hadas dapat disucikan dengan: (a) mandi wajib; (b) mengambil wuduk; (c) Tayamum jika tiada air atau uzur menggunakan air. 6. Antara perkara-perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas kecil: (a) Solat; (b) Menyentuh dan membawa Al-Quran melainkan terpaksa kerana hendak menyelamatkannya; (c) Tawaf di Baitullah(Kaabah); (d) Membaca khutbah Jumaat; (e) Sujud tilawah dan sujud syukur. 7. Terdapat beberapa perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas besar. (a) Hadas besar kerana ber

FIKAH 1.9 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.9 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1. Ada beberapa perkara yang membatalkan solat: _____________________________ (a) Meninggalkan rukun solat dengan sengaja; (b) Bercakap dengan sengaja; (c) Melakukan perbuatan/gerakan yang banyak; (d) Berhadas; (e) Terkena najis; (f) Terbuka aurat; (g) Berubah niat; (h) Berpaling dada dari kiblat; (i) Makan atau minum; (j) Tertawa; (k) Murtad. Hikmat Solat ____________ 1. Solat menandakan terima kasih kita kepada Allah. 2. Solat dapat menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan munkar. 3. Solat dapat melahirkan jiwa yang tenang. 4. Solat melatih diri supaya hidup berperaturan dan tahu akan kewajipan. 5. Diri dapat dilatih supaya bersatu padu,bekerjasama dan cinta sesama manusia. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

FIKAH 1.8 PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

1.8 PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT 1. Perkara-perkara sunat di dalam solat ada dua iaitu: (a) Sunat ab'ad; (b) Sunat hai ah. 2. Perbezaan di antara sunat ab'ad dengan sunat hai ah ialah: (a) Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat hai ah tidak memberikan kesan apa-apa kepada solatnya. (b) Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat ab'ad maka dikehendaki sujud sahwi sebelum salam. Perkara-perkara Sunat Ab'ad ___________________________ 1. Membaca tasyahud awal 2. Duduk kerana membaca tasyahud awal 3. Selawat atas nabi sesudah membaca tasyahud awal 4. Selawat ke atas ahli-ahli sesudah membaca tasyahud akhir 5. Membaca qunut bagi solat Subuh 6. Berdiri semasa membaca qunut 7. Selawat ke atas nabi sesudah membaca qunut 8. Selawat ke atas keluarga nabi sesudah membaca qunut Perkara-perkara Sunat Hai ah ____________________________ 1. Mengangkat kedua-dua tangan semasa takbiratul-ihram sehingga anak jari bertentangan dengan dua telinga dan ibu jar

FIKAH 1.7 SYARAT-SYARAT WAJIB,SAH DAN RUKUN-RUKUN SOLAT

1.7 SYARAT-SYARAT WAJIB,SAH DAN RUKUN-RUKUN SOLAT 1. Seseorang wajib solat apabila cukup 6 syarat: (a) Islam; (b) Sampai umur(baligh); (c) Berakal; (d) Suci daripada haid dan nifas; (e) Sedar iaitu tidak tidur; (f) Mempunyai penglihatan dan pendengaran; 2. Rukun solat ada 13: (a) Niat; (b) Berdiri bagi orang berkuasa berdiri; (c) Mengucap Takbiratul-Ihram(اَللّٰهُ اَكْبَرُ); (d) Membaca Fatihah; (e) Rukuk dan tamakninah; (f) Iktidal dan tamakninah; (g) Sujud dan tamakninah; (h) Duduk di antara dua sujud dan tamakninah; (i) Duduk kerana membaca tasyahud akhir; (j) Membaca tasyahud akhir; (k) Membaca selawat atas nabi Muhammad(s.a.w.) selepas membaca tasyahud akhir; (l) Memberi salam pertama; (m) Tertib(menurut susunan di atas); 3. Ada beberapa syarat untuk sah solat: (a) Suci daripada najis; (b) Suci daripada hadas; (c) Mengadap kiblat; (d) Menutup aurat; (e) Mengetahui masuk waktu solat. Lafaz dan niat Solat

FIKAH 1.6 WAKTU-WAKTU SOLAT FARDU DAN WAKTU DIHARAMKAN SOLAT

1.6 WAKTU-WAKTU SOLAT FARDU DAN WAKTU DIHARAMKAN SOLAT 1. Waktu Zuhur: a) Waktu Zuhur bermula dari gelincir matahari ke barat dan berakhir ketika bayang sesuatu lebih panjang daripadanya; b) Waktu Zuhur terbahagi kepada beberapa bahagian: (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu; (ii) Waktu ikhtiari:selepas waktu utama hingga akhir waktu; (iii) Waktu uzur:waktu mentakhirkan solat zuhur ke dalam waktu Asar bagi orang musafir; (iv) Waktu haram:pada akhir waktu zuhur sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat. c) Cara untuk mengetahui waktu zuhur: (i) Sebatang kayu diletakkan tegak di atas tanah yang rata; (ii) Sekiranya ada bayang kayu di sebelah timur menandakan waktu zuhur sudah ada; (iii) Apabila bayang itu lebih panjang daripada kayu maka menandakan waktu zuhur sudah habis. 2. Waktu Asar: a) Waktu Asar bermula apabila bayang kayu yang ditegakkan lurus itu lebih panjang daripada kayunya dan berakhir apabila seluruh bulatan matahari tengg

FIKAH 1.5 TAYAMUM

Image
1.5 TAYAMUM 1. Tayamum menurut hukum Islam ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan hingga kedua-dua siku dengan syarat-syarat tertentu. 2. Dalil tayamum sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 6: وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ (6-سورت المائدة) Ertinya:Dan jika kamu sakit,atau dalam perjalanan,atau kamu tiba daripada membuang air,atau kamu bersetubuh dengan perempuan,tiba-tiba kamu tidak mendapat air,maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci iaitu sapukan muka kamu dan tangan kamu dengannya. nota:tayamum wajib untuk menggantikan ketiadaan air atau untuk berwuduk. 3. Syarat-syarat tayamum: 1. Masuk waktu sembahyang-tidak boleh bertayamum selagi belum masuk waktu sembahyang; 2. Dengan debu tanah yang suci; 3. Tidak ada air; 4. Ada ai

FIKAH 1.4 ISTINJAK

1.4 ISTINJAK 1. Istinjak beerti menghilangkan dan membersihkan najis yang keluar daripada saluran najis manusia(qubul dan dubur). 2. Secara ringkasnya istinjak beerti bersuci daripada najis yang ada pada kemaluan selepas buang air besar dan kecil. 3. Beristinjak wajib apabila seseorang buang air besar atau air kecil. 4. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah: (a) air mutlak; (b) benda-benda yang keras dan kesat; (c) benda-benda yang keras dan kesat kemudian diiringi dengan air. 5. Syarat-syarat istinjak dengan air: (a) Air itu mesti air mutlak; (b) Najis yang diistinjakkan itu mestilah hilang bau dan warnanya. 6. Syarat2 beristinjak dengan benda keras dan kesat: (a) Benda-benda itu hendaklah suci,kering dan tidak dihormati; (b) Benda-benda itu tidak bertulis ayat-ayat Al-Quran,hadis,nama-nama Allah dan nabi; (c) Najis itu hendaklah dikesat atau disapu sekurang-kurangnya tiga kali dengan tiga benda atau tiga biji batu yang berlainan; (d) Najis

FIKAH 1.3 NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA

1.3 NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA 1. Erti najis pada bahasa ialah cemar,kotor dan jijik. 2. Erti najis pada hukum syarak ialah benda-benda kotor yang menegah akan sah solat. 3. Benda-benda bernajis haram dimakan,diminum atau dijual. 4. Apabila tubuh badan,pakaian atau tempat solat terkena najis,maka wajiblah dibasuh. 5. Najis dibahagikan kepada 3 iaitu; (a) najis berat(mughallazah); (b) najis pertengahan(mutawassitah); (c) najis ringan(mukhaffafah); Najis Berat(Mughallazah) ________________________ 1. Najis berat ialah najis yang terlalu kotor mengikut hukum syarak. 2. Benda/binatang yang dianggap najis berat termasuk: (a) anjing dan babi; (b) binatang keturunan kacukan anjing dan babi; (c) benda-benda keluar daripada anjing dan babi seperti muntah,tahi,air liur dan sebagainya. 3. Cara-cara menyucikan najis berat: (a) Hilangkan najis itu sehingga tidak ada bau,rasa dan warna; (b) Basuhlah tempat kena najis itu dengan air mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali da