FIKAH 1.5 TAYAMUM

1.5 TAYAMUM

1. Tayamum menurut hukum Islam ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan hingga kedua-dua siku dengan syarat-syarat tertentu.
2. Dalil tayamum sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 6:
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ
(6-سورت المائدة)
Ertinya:Dan jika kamu sakit,atau dalam perjalanan,atau kamu tiba daripada membuang air,atau kamu bersetubuh dengan perempuan,tiba-tiba kamu tidak mendapat air,maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci iaitu sapukan muka kamu dan tangan kamu dengannya.
nota:tayamum wajib untuk menggantikan ketiadaan air atau untuk berwuduk.

3. Syarat-syarat tayamum:
   1. Masuk waktu sembahyang-tidak boleh bertayamum selagi belum masuk waktu sembahyang;
   2. Dengan debu tanah yang suci;
   3. Tidak ada air;
   4. Ada air tetapi sangat sedikit yang hanya cukup minuman sendiri atau binatang ternakan;
   5. Uzur menggunakan air kerana bimbang yan air akan menambahkan bahaya kepada anggota yang sakit;
   6. Musafir-tetapi mereka perlu terlebih dahulu mencari air.

4. Rukun(fardu) Tayamum ada empat:
   1. Niat;
   2. Menyapu muka dan dua tangan hingga kedua-dua siku dengan dua kali tepuk.Tepuk yang pertama untuk muka dan kedua untuk tangan;
   3. Memindahkan debu tanah pada anggota-anggota yang disapu;

5. Lafaz niat tayamum ialah:
نَوَيْتُ التَّيَمُمَّ لِاسْتِبَاحَةِالصَّلَاةِفَرْضًالِلّٰهِ تَعَالٰى
Niatnya:
Sahaja aku bertayamum kerana mengharuskan sembahyang fardhu kerana Allah Taala.

5. Sunat-sunat semasa tayamum adalah:
   1. membaca:   (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)                                 
   2. mengadap kiblat;
   3. mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri;
   4. menipiskan debu;
   5. berturut-turut antara menyapu muka dan menyapu tangan.



7. Ada beberapa perkara yang membatalkan tayamum:
   1. Berlaku salah satu perkara membatalkan wuduk;
   2. Ada air sebelum menunaikan sembahyang,jika bertayamum kerana tiada air;
   3. Hilang uzur jika tayamum kerana uzur;
   4. Murtad.
 
Peringatan
__________
1. Perlu diingat bahawa sekali tayamum untuk sekali sembahyang fardhu dan sekali tayamum untuk beberapa sembahyang sunat.
2. Jika bertayamum kerana tiada air,tidak wajib mengulangi sembahyangnya apabila ada air.
3. Orang yang bertayamum kerana berjunub,wajib mandi apabila mendapat air kerana tayamum tidak menghilangkan hadas dan diharuskan kerana darurat.
4. Diharuskan bertayamum kerana luka atau udara sangat sejuk.Luka dikira sakit dan keadaan sejuk mungkin menyebabkan sakit.

8. Tayamum mempunyai beberapa hikmat:
   a) Tiap-tiap orang mesti mengambil berat tentang sembahyang dan tidak boleh diringan-ringankan;
   b) Tayamum memberikan kemudahan untuk mengerjakan ibadat;
   c) Dengan menyapu debu tanah ke muka dan tangan ke siku,akan mendidik kita supaya tidak takbur kerana tanah itu hina pada anggapan sesetengah manusia;
   d) Di dalam debu tanah yang suci ada mengandungi unsur-unsur yang dapat mematikan hama atau kuman;
   e) Debu dapat diperolehi di mana-mana.Ini sangat sesuai bagi menggantikan air ketika tiada air atau uzur menggunakan air.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl



Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH