FIKAH 2.2 MANDI

2.2 MANDI
1. Mandi ertinya meratakan air yang suci di seluruh badan dengan sesuatu niat.
2. Mandi terbahagi kepada tiga jenis:
   (a) Mandi wajib;
   (b) Mandi sunat;
   (c) Mandi biasa.
3. Mandi wajib ialah pembersihan diri yang diwajibkan dengan mandi setelah berlaku hadas besar dan mati kecuali mati syahid.
4. Mandi sunat ialah pembersihan diri yang disunatkan dengan mandi setelah berlaku sesuatu yang disunatkan.
5. Mandi biasa ialah pembersihan diri dengan mandi selain mandi wajib dan mandi sunat.
6. Seseorang wajib mandi apabila berlaku sesuatu daripada di bawah:
   (a) Keluar air mani;
   (b) Bersetubuh/berjunub;
   (c) Mati yang selain mati syahid;
   (d) Keluar darah haid;
   (e) Keluar darah nifas;
   (f) Melahirkan anak(bersalin).
7. Dalil wajib mandi ini adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 6:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ ....
(6-سورت المائدة)
   Ertinya:Dan jika kamu berjunub,maka bersucilah.
8. Mandi ada tiga rukun:
   (a) Niat;
   (b) Menghilangkan najis yang ada di badan;
   (c) Meratakan air ke seluruh badan.
9. Lafaz niat semasa mandi wajib ialah:
نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ عَنْ جَمِيْعِ الْبَدَنِ فَرْضًا عَلَى لِلّٰهِ تَعَالَى 
   Niatnya:Sahaja aku mengangkat hadas besar ke seluruh badan fardu atasku kerana Allah Taala.
10.Sunat-sunat semasa mandi:
   (a) Membaca: (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)
   (b) Membasuh tangan tiga kali
   (c) Membasuh kemaluan
   (d) Berkumur-kumur dan menghisap air ke lubang hidung
   (e) Mengambil wuduk
   (f) Menjirus air ke atas kepala tiga kali
   (g) Mendahulukan bahagian sebelah kanan semasa mula menjirus air ke badan
   (h) Menggosokkan badan
   (i) Mandi di tempat yang tertutup
   (j) Berdoa setelah selesai mandi iaitu:
أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
11.Mandi ada beberapa hikmat:
   (a) Menyihatkan tunuh badan yang lemah;
   (b) Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan;
   (c) Menghilangkan kekotoran yang ada pada tubuh badan;
   (d) Menghilangkan keletihan dan kelesuan;
   (e) Menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling supaya tidak merasa jijik kepada kita.

Mandi-mandi sunat
_________________
1. Mandi kerana hendak solat Jumaat 
2. Mandi dua hari raya sama ada hendak solat atau tidak
3. Mandi setelah mematikan orang mati
4. Mandi setelah memeluk Islam
5. Mandi setelah sedar atau siuman daripada gila,pitam-mabuk,pengsan dan lain-lain
6. Mandi kerana mengerjakan haji dan umrah
7. Mandi kerana gerhana matahari atau bulan
8. Mandi kerana berubah bau badan

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH