FIKAH 1.4 ISTINJAK

1.4 ISTINJAK
1. Istinjak beerti menghilangkan dan membersihkan najis yang keluar daripada saluran najis manusia(qubul dan dubur).
2. Secara ringkasnya istinjak beerti bersuci daripada najis yang ada pada kemaluan selepas buang air besar dan kecil.
3. Beristinjak wajib apabila seseorang buang air besar atau air kecil.
4. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah:
   (a) air mutlak;
   (b) benda-benda yang keras dan kesat;
   (c) benda-benda yang keras dan kesat kemudian diiringi dengan air. 
5. Syarat-syarat istinjak dengan air:
   (a) Air itu mesti air mutlak;
   (b) Najis yang diistinjakkan itu mestilah hilang bau dan warnanya.
6. Syarat2 beristinjak dengan benda keras dan kesat:
   (a) Benda-benda itu hendaklah suci,kering dan tidak dihormati;
   (b) Benda-benda itu tidak bertulis ayat-ayat Al-Quran,hadis,nama-nama Allah dan nabi;
   (c) Najis itu hendaklah dikesat atau disapu sekurang-kurangnya tiga kali dengan tiga benda atau tiga biji batu yang berlainan;
   (d) Najis itu belum kering.Apabila kering mestilah dibersihkan dengan air;
   (e) Najis itu tidak meleleh daripada tempatnya.Apabila meleleh mestilah dibersihkan dengan air;
   (f) Najis itu tidak terkena najis lain di tempatnya.Apabila terkena najis lain mestilah dibersihkan dengan air.
7. Beristinjak mempunyai beberapa hikmat:
   (a) Kita sentiasa bersih dan sihat;
   (b) Apabila kita beristinjakan,maka terjauhlah kekotoran dan kuman-kuman yang melekat pada tempat-tempat najis.
   (c) Ibadah kita diterima oleh Allah.


Peraturan Qada Hajat
____________________
1. Cara sunat
2. Cara makruh
3. Cara haram

Cara Sunat
__________
1. Qada hajat sunat dilakukan di tempat yang ditentukan(khas) dan tidak mengganggu orang ramai seperti tandas.
2. Seeloknya kaki kiri didahulukan sewaktu masuk ke dalam tandas dan berdoa:
بِسْمِ اللّٰهِ اَللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَا ئِثِ 
Ertinya:Dengan nama Allah,ya Allah!Aku berlindung dengan Engkau daripada kekotoran dan segala yang kotor.
3. Kaki kanan pula didahulukan sewaktu keluar dari tandas dan berdoa:
غُفْرَا نَكَ الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِى اَذْهَبَ عَنِّى الاَذَى وَعَافَانِى
Ertinya:Keampunan-Mu ya Allah!Segala puji bagi Allah yang menjauhkan penyakit dan menyihatkan aku.
4. Memakai alas kaki.
5. Menutup kepala.
6. Jika di padang yang luas hendaklah jauh daripada manusia.
7. Berdehem-dehem sesudah kencing supaya hilang kesan-kesan najis di kemaluan.
8. Berdoa selepas beristinjak:
 اَللّٰهُمَّ طَهِّرْقَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِى مِنَ الْفَوَاحِشِ    
Ertinya:Wahai Tuhanku!Bersihkanlah hatiku daripada nifak dan jagalah kemaluanku daripada segala kekotoran.

Cara Makruh
___________
1. Sambil berdiri.
2. Dekat dengan kubur atau berhampiran dengan pohon buah-buahan
3. Berpindah-pindah tempat

Cara Haram
__________ 
1. Di dalam masjid atau di tempat manusia selalu berkumpul 
2. Di atas kubur atau di bawah pohon buah-buahan 
3. Di atas makanan manusia 
4. Di air yang tenang
5. Di lubang yang mungkin ada binatang hidup di dalamnya
6. Di tempat yang mengganggu orang lain
7. Di tempat yang tidak berdinding mengadap atau membelakangkan kiblat.
8. Bercakap atau berbual-bual melainkan pada perkara yang sangat penting.
9. Membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat Al-Quran,hadis,nama-nama Allah dan nabi 

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl



Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH