FIKAH 2.4 KHUTBAH JUMAAT

2.4 KHUTBAH JUMAAT

1. Khutbah Jumaat ialah ucapan atau syarahan yang wajib diucapkan sebanyak dua kali sebelum solat Jumaat.
2. Hukum membaca khutbah Jumaat adalah wajib.
3. Dalil wajibnya sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim:
    كَانَ رَسُوْلُ اللّٰهِ(ص)يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ قَاىِٔمًا خُطْبَتَيْنِ يَجْلِسُ بَيْنَهُمَا 
(رواه البخارى ومسلم )
   Ertinya:Adalah Rasulullah(s.a.w.) berkhutbah pada hari Jumaat dengan keadaan berdiri sebanyak dua kali dan ia duduk di antara keduanya.
4. Rukun-rukun dua khutbah adalah seperti berikut:
   (a) Hendaklah dimulai dengan memuji Allah bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (ٱلْحَمْدُلِلَّهِ ).
   (b) Selawat atas Nabi Muhammad(s.a.w) bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد ).
   (c) Memberikan pesanan kepada ahli Jumaat supaya mengikut perintah Allah dan menjauhkan laranganNya bagi khutbah yang pertama dan kedua,sekurang-kurangnya (اِتَّقُواللّٰهَ).
   (d) Membaca ayat Al-Quran di dalam salah satu dua khutbah,sebaik-baiknya di dalam khutbah yang pertama. 
   (e) Mendoakan orang Islam lelaki dan perempuan di dalam khutbah kedua,sekurang-kurangnya,اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْ مِنِيْنَ وَالْمُؤْ مِنَاتِ
5. Dua khutbah Jumaat hanya sah setelah memenuhi beberapa syarat:
   (a) Khatib hendaklah orang lelaki;
   (b) Khatib hendaklah berdiri semasa menyampaikan khutbah;
   (c) Khatib hendaklah duduk sekejap di antara dua khutbah;
   (d) Khatib hendaklah suci daripada hadas,suci badan,pakaian dan tempat daripada najis;
   (e) Khatib hendaklah menutup aurat;
   (f) Khatib hendaklah meninggikan suara supaya didengar oleh ahli Jumaat;
   (g) Rukun dua khutbah mesti dibaca didalam bahasa Arab;
   (h) Dua khutbah dibaca pada waktu Zuhur sebelum solat;
   (i) Berturut-turut antara rukun-rukunnya dan antara khutbah dengan solat;
6. Ahli Jumaat adalah dilarang berbual-bual semasa khutbah dibacakan.
7. Dalil larangan ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w):
   فَاِذَا صَعِدَالْخَطِيْبُ الْمِنْبَرَ  فَلاَيَتَكَلَّمَنَّ اَحَدُ كُمْ وَمَنْ يَتَكَلَّمَ فَقَدْلَغَى وَمَنْ فَلَا جُمْعَةَ لَهُ 
   Ertinya:Apabila khatib menaiki mimbar janganlah seseorang bercakap-cakap dan barangsiapa bercakap maka sia-sialah ia dan barangsiapa yang sia-sia tidaklah ada Jumaat baginya.
8. Terdapat juga beberapa hikmat di sebalik dua khutbah:
   (a) Mengingatkan manusia akan keagungan dan kebesaran Allah;
   (b) Memberikan nasihat dan pengajaran yang berguna tentang dunia dan akhirat kepada semua ahli Jumaat;
   (c) Menanamkan rasa taat dan patuh kepada ajaran Allah;
   (d) Memohon keampunan dan keselamatan daripada Allah di dunia dan akhirat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

   

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH