FIKAH 1.8 PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

1.8 PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
1. Perkara-perkara sunat di dalam solat ada dua iaitu:
   (a) Sunat ab'ad;
   (b) Sunat hai ah.

2. Perbezaan di antara sunat ab'ad dengan sunat hai ah ialah:
   (a) Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat hai ah tidak memberikan kesan apa-apa kepada solatnya.
   (b) Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat ab'ad maka dikehendaki sujud sahwi sebelum salam.


Perkara-perkara Sunat Ab'ad
___________________________
1. Membaca tasyahud awal
2. Duduk kerana membaca tasyahud awal
3. Selawat atas nabi sesudah membaca tasyahud awal
4. Selawat ke atas ahli-ahli sesudah membaca tasyahud akhir
5. Membaca qunut bagi solat Subuh
6. Berdiri semasa membaca qunut
7. Selawat ke atas nabi sesudah membaca qunut
8. Selawat ke atas keluarga nabi sesudah membaca qunut  


Perkara-perkara Sunat Hai ah
____________________________
1. Mengangkat kedua-dua tangan semasa takbiratul-ihram sehingga anak jari bertentangan dengan dua telinga dan ibu jari bertentangan dengan cuping telinga.
2. Mengangkat kedua-dua tangan semasa hendak rukuk,berdiri dari rukuk dan semasa berdiri dari tasyahud awal.Cara mengangkat tangan sama seperti takbiratul-ihram.
3. Sesudah takbiratul-ihram,meletakkan tangan di atas pusat atau di bawah dada(dengan tangan kanan di atas tangan kiri) semasa berdiri daripada sujud dan berdiri sesudah tasyahud awal.
4. Melihat tempat sujud kecuali semasa membaca syahadah:
    أَشْهَدُاَنْ لَاإِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللّٰهِ
   (ketika tasyahud awal dan akhir kerana ketika itu sunat melihat telunjuknya).
5. Membaca doa iftitah selepas takbiratul-ihram dan sebelum membaca Al-Fatihah.
6. Membaca taawuz:أَعُوْذُباِللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
   sebelum membaca:(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)
7. Diam sebentar sebelum membaca Al-Fatihah dan sesudahnya.
8. Membaca doa (رَبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَىَّ)
   selepas membaca Al-Fatihah sebelum amin(اَمِيْن)
   Jika membaca Al-Fatihah kuat maka amin juga sunat dikuatkan. 
9. Membaca mana-mana ayat Al-Quran sesudah membaca Al-Fatihah bagi dua rakaat yang pertama.
10. Menguatkan suara bagi bacaan Al-Fatihah dan surah pada solat:
    (a) Solat Subuh;
    (b) Dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak;
    (c) Solat Jumaat.
11. Mengucapkan takbir (اَللّٰهُ اَكْبَرُ)
    setiap kali perpindahan dari rukun perbuatan kepada satu rukun perbuatan yang lain kecuali bangkit dari rukuk kerana bacaan sunat ketika bangun dari rukuk ialah :(سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ)
12. Membaca(رَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ)ketika iktidal. 
13. Meletakkan dua tapak tangan di atas lutut semasa rukuk.
14. Membaca tasbih tiga kali semasa rukuk.
    سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
15. Membaca tasbih tiga kali semasa sujud.
    سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَ عْلَى وَبِحَمْدِهِ
16. Membaca doa:رَبِّ اغْفِرْلِى وَارْحَمْنِى وَاجْبُرْنِى وَارْفَعْنِى وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِي وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى semasa duduk    antara dua sujud.
17. Duduk iftirasy(bersimpuh pada semua duduk dalam solat melainkan duduk bagi tasyahud akhir.Caranya ialah:
    (a) Meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan di atas jari-jarinya;
    (b) Kedua-dua tangan hendaklah diluruskan di atas paha dan jari-jarinya diluruskan hingga hujung lutut.
18. Duduk tawaruk semasa membaca tasyahud akhir,caranya:
    (a) Tapak kaki kiri mengalaskan tulang betis kanan;
    (b) Tapak kaki kanan didirikan atau direbahkan di atas jari-jari kaki kanan;
    (c) Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas paha;
    (d) Hujung jari-jari tangan kiri diluruskan sehingga sama dengan kepala lutut;
    (e) Jari-jari tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk;
19. Duduk istirahat sebentar sesudah sujud yang kedua sebelum berdiri.
20. Memberi salam yang kedua.
21. Memalingkan muka pada salam yang pertama dan yang kedua sehingga dapat dilihat pipi kanan atau pipi kiri oleh orang di belakang.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH