FIKAH 1.6 WAKTU-WAKTU SOLAT FARDU DAN WAKTU DIHARAMKAN SOLAT

1.6 WAKTU-WAKTU SOLAT FARDU DAN WAKTU DIHARAMKAN SOLAT
1. Waktu Zuhur:
   a) Waktu Zuhur bermula dari gelincir matahari ke barat dan berakhir ketika bayang sesuatu lebih panjang daripadanya;
   b) Waktu Zuhur terbahagi kepada beberapa bahagian:
      (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu;
     (ii) Waktu ikhtiari:selepas waktu utama hingga akhir waktu;
    (iii) Waktu uzur:waktu mentakhirkan solat zuhur ke dalam waktu Asar bagi orang musafir;
     (iv) Waktu haram:pada akhir waktu zuhur sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat.
   c) Cara untuk mengetahui waktu zuhur:
      (i) Sebatang kayu diletakkan tegak di atas tanah yang rata;
     (ii) Sekiranya ada bayang kayu di sebelah timur menandakan waktu zuhur sudah ada;
    (iii) Apabila bayang itu lebih panjang daripada kayu maka menandakan waktu zuhur sudah habis.

2. Waktu Asar:
   a) Waktu Asar bermula apabila bayang kayu yang ditegakkan lurus itu lebih panjang daripada kayunya dan berakhir apabila seluruh bulatan matahari tenggelam;
   b) Waktu Asar terbahagi kepada beberapa bahagian;
      (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu;
     (ii) Waktu ikhtiari:selepas waktu utama hingga bayang sesuatu lebih panjang dua kali ganda daripada asalnya;
    (iii) Waktu uzur:waktu solat Asar pada waktu zuhur bagi orang musafir;
     (iv) Waktu haram:pada akhir waktu kira-kira tidak sempat menyempurnakan solat. 

3. Waktu Maghrib:
   a) Waktu Maghrib bermula apabila terbenam seluruh bulatan matahari dan berakhir ketika hilang cahaya(mega) merah di langit;
   b) Waktu Maghrib terbahagi kepada beberapa bahagian;
      (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu;
     (ii) Waktu ikhtiari:selepas waktu utama hingga akhir waktu;
    (iii) Waktu uzur:waktu solat Maghrib pada waktu Isyak bagi orang musafir;
     (iv) Waktu haram:pada akhir waktu kira-kira tidak sempat menyempurnakan solat. 

4. Waktu Isyak:
   a) Waktu Isyak bermula apabila hilang cahaya(mega) merah di kaki langit sebelah barat dan berakhir ketika terbit fajar sadiq;
   b) Waktu Isyak terbahagi kepada beberapa bahagian;
      (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu;
     (ii) Waktu ikhtiari:selepas waktu utama sehingga kira-kira satu pertiga daripada malam;
    (iii) Waktu harus:selepas waktu ikhtiari sehingga terbit fajar sadiq;
     (iv) Waktu uzur:waktu solat Isyak pada waktu Maghrib bagi orang musafir;
      (v) Waktu haram:pada akhir waktu kira-kira tidak sempat menyempurnakan solat. 

5. Waktu Maghrib:
   a) Waktu Maghrib bermula dari terbit fajar sadiq dan berakhir ketika terbit matahari;
   b) Waktu Maghrib terbahagi kepada beberapa bahagian;
      (i) Waktu utama:permulaan masuk waktu;
     (ii) Waktu ikhtiari:sekejap selepas terbit fajar sadiq sehingga terbit matahari;
    (iii) Waktu haram:pada akhir waktu kira-kira tidak sempat menyempurnakan solat. 

6. Waktu diharamkan solat:
1. Diharamkan mengerjakan solat sunat dengan tidak bersebab pada waktu-waktu tertentu: 
   (a) Selepas solat Subuh hingga terbit matahari;
   (b) Terbit matahari sehingga tingginya tiga puluh darjah iaitu kira-kira tingginya segalah pada pandangan mata;
   (c) Ketika matahari betul-betul tegak di atas kepala kecuali hari Jumaat;
   (d) Selepas solat Asar;
   (e) Waktu senja(kemerah-merahan cahaya matahari) sehingga terbenam seluruh bulatan matahari.

2. Di Masjidil Haram Mekah tidak ada waktu haram solat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH