FEKAH - HAJI DAN UMRAH - R PERANAN DAN HIKMAH HAJI

PERANAN HAJI DALAM MEMBENTUK DAN MENGUKUHKAN KEIMANAN MANUSIA
1.Apabila menunaikan haji,bermakna menyempurnakan rukun Islam yang lima yang bertujuan mengukuhkan iman.
2.Apabila umat Islam beribadah di tempat yang berhampiran dengan Baitullah,secara langsung akan melahirkan rasa ketakwaan yang mendalam kepada Allah.
3.Pengorbanan harta dan tenaga semata-mata kerana menunaikan perintah Allah merupakan satu ujian besar yang dapat mengukuhkan iman.

PERANAN IBADAH HAJI MENAMBAH PENGETAHUAN UMAT ISLAM
1.Jemaah haji berpeluang bertukar-tukar fikiran sesama jemaah antarabangsa.Ini dapat menambah pengetahuan.
2.Tempat-tempat sejarah yang dilawati seperti Gua Thur,sedikit sebanyak akan memberi pengetahuan kepada para jemaah tentang sejarah kebangkitan Islam.
3.Pergaulan dengan jemaah-jemaah haji dan serata dunia dapat memberi banyak pengetahuan.

HIKMAH MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK BERJAHIT SEMASA IBADAH HAJI
1.Untuk mewujudkan rasa persamaan taraf di antara semua golongan manusia.
2.Supaya manusia sentiasa tunduk dan mengagungkan kebesaran Allah.
3.Melahirkan keinsafan dalam diri bahawa manusia merupakan makhluk Allah yang datang dari keadaan yang tidak berpakaian.

HIKMAH DIADAKAN LARANGAN-LARANGAN DALAM IBADAH HAJI
1.Menanamkan sifat sabar menghadapi ujian dalam kehidupan.
2.Melahirkan rasa ketakwaan yang kukuh terhadap Allah Taala.
3.Untuk membentuk disiplin manusia supaya tahan dengan ujian Allah dalam sebarang keadaan dan masa.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG DISUNATKAN BERDOA DI MEKAH
1.Di Multazam.
2.Di tempat tawaf sekeliling Kaabah.
3.Di padang Arafah.
4.Di antara Bukit Safa dan Marwah.
5.Di sudut Hajarul Aswad.
6.Di telaga zamzam.
7.Di Mina.
8.Di bawah saluran di Baitullah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH