FEKAH - HAJI DAN UMRAH - S SEMBELIHAN

SEMBELIHAN
PENGERTIAN SEMBELIHAN
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku dan tulang.

HUKUM SEMBELIHAN
Wajib kecuali jenis ikan dan belalang
Dalil sembelihan
قال تعالى:حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَتَ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَا اُحِلَّ بِهِ لِغَيْرِاللّٰهِ
Ertinya:Diharamkan ke atas kamu bangkai,darah,daging babi dan apa yang disembelih selain dari kerana Allah.

SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN
1.Hendaklah dilakukan dengan niat sembelihan.
2.Hendaklah putus urat halkum(urat pernafasan) dan urat mareh(saluran makanan).
3.Menggunakan benda yang tajam kecuali kuku dan tulang.
4.Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.
5.Sembelihan bukan bertujuan selain Allah seperti untuk menjamu hantu syaitan.
Khusus untuk binatang:
6.Binatang hendaklah yang halal dimakan.
7.Binatang itu masih hidup.
Khusus untuk penyembelih:
8.Seorang Islam atau ahli kitab(makruh bagi perempuan).
9.Tidak dilakukan semasa dalam ihram haji atau umrah bagi binatang buruan.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIHAN
1.Membaca Bismillah.
2.Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3.Menghadap kiblat dan baringkan atas rusuk kiri.
4.Mengunakan alat yang tajam.
5.Putus urat mareh di kiri dan kanannya supaya segera mati.

HIKMAH DIPERINTAHKAN SEMBELIH
1.Untuk mengelakkan kita memakan daging yang sudah busuk kerana tidak disembelih.
2.Binatang yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai penyakit tertentu yang memberi kemudaratan kepada manusia.
3.Darah binatang yang disembelih telah keluar dari badan binatang.Darah itu mempunyai kuman.

BINATANG-BINATANG YANG HARAM DIMAKAN
1.Binatang yang mencari makan menggunakan taring seperti harimau.
2.Binatang yang mencari makan menggunakan kuku seperti helang.
3.Binatang yang memakan benda-benda dan najis seperti biawak.
4.Binatang yang hidup di dua alam seperti katak.
5.Binatang yang dihukumkan oleh Al-Quran dan hadis sebagai haram seperti anjing dan babi.

CATATAN TAMBAHAN
1.Binatang yang tidak dapat disembelih di lehernya kerana sesuatu sebab seperti terjatuh dalam telaga maka harus disembelih di mana-mana bahagian badan yang dapat mematikannya.
2.Halal dimakan anak yang berada dalam perut ibunya yang disembelih.
3.Binatang yang mati ditembak adalah haram dimakan.
4.Binatang yang mati terkena panah pemburu adalah halal dimakan.
5.Binatang yang mati kerana ditangkap oleh anjing buruan yang terlatih adalah halal dimakan.
6.Ulat-ulat yang berada dalam buah-buahan,budu,tempoyak dan sebagainya boleh dimakan bersama-sama dengan makanan tadi.
7.Binatang yang halal dimakan ialah binatang yang hidup di dalam air sahaja yang tidak beracun seperti ikan,sotong dan sebagainya serta binatang di daratan yang tidak ada kemudaratan yang dihalalkan oleh Allah.
8.Hukumnya makruh bagi seorang perempuan menyembelih binatang.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH