FEKAH - HAJI DAN UMRAH - Q DAM@DENDA

DAM/DENDA
---------
Denda yang dikenakan terhadap jemaah haji atau disebabkan meninggalkan perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM
1.Meninggalkan perkara-perkara yang wajib bagi haji/umrah.
2.Melakukan satu daripada larangan semasa dalam ihram haji/umrah.
3.Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran.

HIKMAH DIKENAKAN DAM
1.Untuk menguji ketabahan dan kesabaran jemaah haji dalam menunaikan kewajipan mereka kepada Allah.
2.Menunjukkan bahawa setiap kesalahan itu ada hukumannya.
3.Supaya manusia menunaikan ibadah haji dengan sempurna kerana setiap kesalahan mereka telah pun dibayar.

PEMBAHAGIAN DAM HAJI ATAU DAM UMRAH
1.Dam Tertib dan Taqdir:
Dam Tertib dan Taqdir tidak boleh diganti dengan yang lain atau dipilih,melainkan tidak terdaya melaksanakannya.
Antara kesalahan yang dilakun ialah:
(a)Mengerjakan Haji Tamattuk.
(b)Mengerjakan Haji Qiran.
(c)Luput wukuf di Arafah selepas niat.
(d)Tidak berniat ihram di Miqat.
(e)Tidak bermalam di Muzdalifah.
(f)Tidak bermalam di Mina.
(g)Tidak melontar.
(h)Meninggalkan Tawaf Widak.
(i)Meninggalkan sunat yang dinazarkan.
Dam yang dikenakan ialah:
(a)Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian unta,lembu atau binatang ternakan yang sebanding dengannya.
(b)Jika tidak mampu,hendaklah berpuasa 10 hari iaitu 3 hari pada masa haji dan tujuh hari setelah pulang ke tempat asal.

2.Dam Tertib dan Takdil:
Dam Tertib dan Takdil merupakan dam yang boleh dibuat tafsiran harganya dan boleh ditukar kepada yang lain mengikut kemampuan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah:
(i)Melakukan persetubuhan.Hajinya batal dan hendaklah diqada pada tahun berikutnya.
Dam yang dikenakan ialah:
(a)Menyembelih seekor unta,atau
(b)Menyembelih seekor lembu,atau
(c)Menyembelih 7 ekor kambing,atau
(d)Membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin,atau
(e)Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta.
(ii)Tergendala atau tertahan di perjalanan kerana dikepung oleh musuh dan sebagainya yang menyebabkann seseorang itu tidak dapat masuk ke Mekah sedangkan dia sudah berihram.
Dam yang dikenakan ialah:
(a)Menyembelih seekor kambing atau kibas,kemudian hendaklah bercukur atau bergunting.
(b)Jika tidak berkuasa,hendaklah dibeli makanan dengan nilaian seekor kambing dan dibahagikan kepada orang-orang miskin.
(c)Jika tidak berkuasa juga,hendaklah berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing.

3.Dam Takhyir dan Takdil:
Dam Takhyir dan Takdil merupakan dam yang dibolehkan memilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah:
(a)Berburu binatang buruan.
(b)Menebang atau mancabut pokok di dalam Tanah Haram (kecuali pokok yang mati kering).
Dam yang dikenakan ialah:
(a)Menyembelih binatang seimbang dengan binatang yang boleh dibuat korban seperti rusa.
(b)Menilai harga dan membeli makanan asasi yang sama nilainya dan disedekahkan kepada fakir miskin.
(c)Berpuasa dengan nilai secupak sehari mengikut nilai binatang tersebut.

4.Dam Takhyir dan Taqdir:
Dam Takhyir dan Taqdir membolehkan dipilih mana-mana satu jenis dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara kesalahanyang dilakukan ialah:
(a)Membuang 3 helai rambut atau bulu di badan.
(b)Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram.
(c)Mengerat kuku.
(d)Memakai bau-bauan.
(e)Memakai minyak rambut.
(f)Bergurau senda dengan suami/isteri yang membangkitkan nafsu syahwat.
(g)Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang membatalkan haji.
Dam yang dikenakan ialah:
(a)Menyembelih seekor kambing,atau
(b)Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak dua cupak makanan tiap-tiap seorang,atau
(c)Berpuasa tiga hari.

CATATAN TAMBAHAN
1.Seseorang itu kenakan dam kerana mereka meninggalkan perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji dan melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram haji.
2.Dam yang merupakan sembelihan dan pemberi makanan asasi hendaklah ditunaikan di Tanah Haram Mekah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH