FEKAH - HAJI DAN UMRAH - T KORBAN

KORBAN
------
PENGERTIAN KORBAN
Menyembelih binatang yang tertentu pada Hari Raya Haji dan Hari-hari Tasyriq kerana beribadat kepada Allah.

HUKUM KORBAN
1.Sunat Muakad.
2.Sunat Kifayah bagi sebuah keluarga.
3.Wajib jika bernazar.
Dalil korban:
فرمان اللّٰه تعالى: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Ertinya:Hendaklah engkau bersembahyang kepada Tuhanmu dan berkorban kepadaNya.

HIKMAH MELAKUKAN KORBAN
1.Melatih diri dengan sifat pengorbanan untuk menegakkan agama Islam.
2.Untuk menghilangkan perasaan bakhil dalam diri manusia.
3.Untuk mengingati peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
4.Melahirkan perasaan takwa dan bersyukur di atas nikmatnya.

HIKMAH KORBAN DALAM MEMBENTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
1.Ibadah korban dapat menjalinkan hubungan di antara golongan berada dengan golongan yang miskin.Ini akan mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat.
2.Ibadah korban dapat menambah keimanan dan ketakwaan seseorang muslim yang secara langsung akan menjauhkan manusia daripada perkara-perkara jahat yang merosakkan masyarakat.
3.Ibadah korban menjauhkan manusia daripada sifat sombong,takbur dan iri hati.Dengan itu,sudah tentu ibadah tersebut dapat melahirkan kesejahteraan dalam masyarakat.

SYARAT-SYARAT SAH KORBAN
Syarat-syarat bagi binatang:
1.Hendaklah binatang yang telah ditentukan seperti kambing,lembu,kerbau,unta dan kibas.
2.Binatang tersebut tidak cacat yang boleh mengurangkan isi.
3.Binatang tersebut cukup umur.
Syarat-syarat ketika sembelihan:
4.Disembelih pada waktunya.
5.Diniat ketika hendak disembelih dengan niat korban.
6.Mengikut syarat-syarat sah sembelihan.
Syarat-syarat bagi tukang sembelihan:
7.Seorang Islam atau ahli kitab.

UMUR BINATANG YANG HENDAK DIKORBAN
1.Lembu,kerbau dan kambing hendaklah berumur 2 tahun lebih.
2.Biri-biri hendaklah setahun lebih atau sudah bersalin gigi.
3.Unta hendaklah 5 tahun lebih.

MASA UNTUK KORBAN
Bermula ketika matahari setinggi segalah pada 10 Zulhijjah(sekadar selesai sembahyang raya) hingga jatuh matahari pada 13 Zulhijjah.

PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN
1.Memilih binatang yang gemuk serta sihat.
2.Disembelih oleh orang dan hendaklah berniat korban itu sendiri.
3.Disembelih pada siang hari.
4.Membaca Bismillah.
5.Bertakbir selepas sembelihan.
6.Membaca selawat untuk Nabi Muhammad s.a.w.
7.Dengan pisau tajam dan mengadap kiblat.

HUKUM-HUKUM DAGING BINATANG YANG DIKORBANKAN
1.wajib disedekah kepada fakir miskin walaupun sedikit/(daging mentah).
2.Harus diberikan kepada orang ramai daging yang sudah dimasak termasuk orang kaya untuk dimakan.
3.Haram diberi milik daging mentah kepada orang kaya.
4.Sunat bagi pembuat korban dan keluarganya memakan daging korban dalam kadar sehari semalam.
5.Haram diberi makan daging yang telah dimasak atau yang mentah kepada orang kafir.

HIKMAH ALLAH MENGGALAKKAN UMAT ISLAM MENGERJAKAN KORBAN SEMASA MENUNAIKAN IBADAH HAJI
1.Akan melahirkan rasa ketakwaan kepada Allah dan seseorang itu berpeluang menambahkan ibadah ketika berada di tanah suci.
2.Mengingatkan kembali umat Islam kepada sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. ketika menjalankan perintah Allah supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
3.Dapat membantu fakir miskin yang berada di tanah suci yang bersama-sama melakukan ibadah kepada Allah supaya mereka juga dapat mengerjakan haji.
4.Dapat menjalinkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam dari serata dunia semasa mengerjakan haji.

CATATAN TAMBAHAN
1.Daging korban nazar tidak boleh dimakan oleh pembuat korban.
2.Harus dibuat korban binatang yang cacat pada asalnya.
3.Makruh disembelih korban pada malam hari.
4.Korban yang dilakukan di luar waktu adalah tidak sah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH