FEKAH - HAJI DAN UMRAH - U AKIKAH

AKIKAH
PENGERTIAN AKIKAH
Menyembelih binatang ternakan tertentu sempena hari bercukur rambut bayi yang baru lahir.

HUKUM AKIKAH
1.Sunat Muakad.
2.Wajib jika bernazar.

KADAR AKIKAH
1.2 ekor kambing atau 2 bahagian daripada seekor lembu,kerbau atau unta(seekor lembu,kerbau atau unta,ada 7 bahagian),iaitu bagi anak lelaki.
2.Seekor kambing atau satu bahagian daripada lembu,kerbau atau unta bagi anak perempuan.

HIKMAH AKIKAH
1.Menandakan kesyukuran hambaNya kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata.
2.Untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang kelahiran bayi itu.
3.Dapat memulakan kehidupan bayi itu dengan pekerjaan yang baik.

SYARAT-SYARAT SAH AKIKAH
1.Binatang untuk akikah mestilah binatang ternakan tertentu seperti kambing,lembu,kerbau dan unta.
2.Binatang itu tidak cacat yang boleh mengurangkan isi.
3.Binatang itu cukup umur seperti binatang yang dibuat korban.

Syarat-syarat semasa sembelihan:
4.Niat akikah semasa menyembelihnya.
5.Mengikut syarat-syarat sah sembelihan.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA AKIKAH
1.Tulang-tulang binatang itu tidak dipatah-patahkan.
2.Dimasak daging itu dengan rasa yang manis.
3.Memberi sedekah emas seberat rambut bayi.
4.Disapu di langit-langit bayi dengan buah-buahan yang manis seperti tamar,pisang dan sebagainya.
5.Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.

WAKTU AKIKAH
1.Afdal pada hari ketujuh kelahiran bayi.
2.Dibolehkan dari kelahiran bayi itu hingga dia baligh.

CATATAN TAMBAHAN
1.Anak yang baru lahir sunat diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri bagi lelaki dan yang perempuan diiqamah di kedua-dua telinganya.
2.Sunat diletakkan nama oleh bapanya pada hari yang ketujuh dengan nama yang baik.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH
1.Korban:Dagingnya wajib disedekah kepada fakir miskin walaupun sedikit.
  Akikah:Daging tidak wajib disedekah kepada fakir miskin,hanya sunat apabila sudah dimasak.
2.Korban:Dagingnya boleh diberi makan kepada orang kaya setelah dimasak.
  Akikah:Boleh diberi daging mentah kepada orang kaya.
3.Korban:Dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq.
  Akikah:Pada bila-bila masa dari mula kelahiran bayi hingga dia baligh.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH