SEJARAH 7.1 KEDATANGAN NABI IBRAHIM KE MEKAH

7.1 KEDATANGAN NABI IBRAHIM KE MEKAH

1. Mekah diasaskan oleh nabi Ibrahim dan puteranya nabi Ismail.
2. Nabi Ibrahim berasal dari Khaldan di negeri Iraq,kemudian baginda tinggal di Kan-an di dalam negeri Syam(Syria).
3. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar.
4. Disebabkan rasa cemburu Siti Sarah terhadap Siti Hajar,maka nabi Ibrahim terpaksa membawa Siti Hajar dan puteranya nabi Ismail ke selatan Tanah Arab yang kemudiannya terkenal dengan nama Mekah.
5. Ketika nabi Ibrahim pulang ke Kan-an,Siti Hajar kehabisan air.Siti Hajar berlari-lari untuk mencari air di antara Safa dan Marwa.Nabi Ismail pula menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke tanah.Tiba-tiba keluar air dari tempat yang dihentaknya itu yang kemudiannya dikenali dengan nama "Telaga Zam Zam".
6. Dengan adanya telaga itu maka banyaklah orang Arab yang tinggal di Mekah termasuk suku Jurhum.
7. Nabi Ismail mempelajari bahasa Arab dan berkahwin dengan puteri Jurhum.
 
~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl.

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH