FIKAH 2.6 SOLAT QASAR

2.6 SOLAT QASAR

1. Qasar ertinya pendek.
2. Solat qasar menurut hukum Islam ialah solat yang empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat.
3. Solat yang boleh diqasarkan ialah solat yang empat rakaat iaitu:
   (a) solat Zuhur;
   (b) solat Asar;
   (c) solat Isyak;
4. Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan.
5. Hukum solat qasar adalah harus bagi orang musafir.
6. Dalil harus ini adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Nisak ayat 101:  
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلْكَٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا                    
 (سورةالنساء~١٠١)
   Ertinya:Dan kalau kamu berjalan di muka bumi,tidaklah mengapa kamu memendekkan solat jika kamu takut difitnahkan oleh orang-orang kafir.Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu amat nyata.
7. Syarat-syarat solat qasar:
   (a) Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zuhur,Asar dan Isyak;
   (b) Tujuan musafir hendaklah bukan kerana sesuatu maksiat;
   (c) Jauh perjalanan mestilah sekurang-kurangnya 2 marhalah iaitu kira-kira 90 kilometer(56 batu);
   (d) Ia hendaklah mengetahui harusnya solat qasar baginya;
   (e) Niat solat qasar hendaklah di dalam takbiratul-ihram;
   (f) Ia tidak boleh berimamkan dengan orang yang solat genap(solat 4 rakaat);
   (g) Hanya solat tunai boleh diqasarkan.
   (h) Berkekalan perjalanan sebelum memberikan salam(jika solat di atas kenderaan).

Lafaz Niat Solat Qasar
______________________
1. Lafaz niat solat qasar bagi Zuhur:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala.
2. Lafaz niat solat qasar bagi Asar:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعَصْرِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala.
3. Lafaz niat solat qasar bagi Isyak:
   أُُصَلِّيْ فَرْضَ الْعِشَاءِرَكْعَتَيْنِ قَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
   Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH