FIKAH 3.2 ZAKAT FITRAH

3.2 ZAKAT FITRAH

1. Zakat beerti bersih atau subur.
2. Maksud zakat sebenar ialah sesuatu kadar harta yang diberikan kepada orang yang berhak dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
3. Ada dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda.
4. Zakat fitrah juga dikenali sebagai Zakat Al-Fitr.
5. Erti zakat fitrah atau Al-Fitr secara khusus ialah sesuatu kadar harta yang diberikan kepada orang-orang yang berhak untuk tiap-tiap orang Islam.
6. Walau bagaimanapun fitrah sendiri bermakna kejadian.
7. Zakat ini disebut fitrah kerana kerana wajib dikeluarkan bagi kejadian tubuh badan seseorang;sebab itu juga disebut sebagai zakat badan.
8. Al-Fitr bula beerti berbuka.Ini disebut zakat Al-Fitr kerana diwajibkan bersaing dengan ibadat puasa.
9. Zakat fitrah ini wajib dikeluarkan bagi tiap-tiap orang Islam sama ada berpuasa atau tidak.
10.Syarat-syarat wajib zakat fitrah:
   (a) Islam;
   (b) Merdeka;
   (c) Ada lebih perbelanjaan untuk diri sendiri dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sepanjang hari raya dan malamnya;
   (d) Hidup pada akhir Ramadhan dan permulaan Syawal.
11.Barang yang boleh dizakatkan ialah makanan asasi yang mengenyangkan bagi sesuatu negeri.
12.Kadar yang perlu dikeluarkan ialah segantang Baghdad iaitu kira-kira 2 250 gram(3 kati 12 tahil).
13.Walau bagaimanapun,ulama berbeza pendapat tentang zakat fitrah:
   (a) Imam Syafie:Tidak memadai berfitrah dengan wang;
   (b) Imam Hanafi:Memadai berfitrah dengan wang.
14.Masa mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima:
   (a) Waktu harus:Sepanjang bulan Ramadhan;
   (b) Waktu wajib:Setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan;
   (c) Waktu utama:Sebelum soalt Hari Raya;
   (d) Waktu makruh:Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari Hari Raya yang pertama;
   (e) Waktu haram:Kemudian daripada Hari Raya pertama.
15.Cara-cara mengeluarkan zakat fitrah:
   (a) Hendaklah berniat ketika memberikan fitrah atau berniat ketika menyukatnya;
   (b) Contoh niat fitrah:Inilah fitrahku,inilah fitrah isteriku,inilah fitrah anakku dan sebagainya;
   (c) Boleh juga diwakilkan kepada orang lain bagi meniatkannya dan mengeluarkannya.Contoh niatnya:Inilah fitrah...diwakilkan kepada aku beri kepada....
16.Ada beberapa hikmah zakat fitrah:
   (a) Untuk menampung kekurangan pahala puasa;
   (b) Menguatkan tali persaudaraan antara orang-orang kaya dengan orang-orang miskin;
   (c) Mendatangkan berkat akan harta seseorang itu;
   (d) Melatih diri supaya menjauhkan sifat bakhil dan kedekut;
   (e) Memberikan peluang kepada fakir miskin untuk bersuka ria pada Hari Raya.

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH