TAUHID 4.2 MENOLAK KEPERCAYAAN TIDAK BERTUHAN

4.2 MENOLAK KEPERCAYAAN TIDAK BERTUHAN

1. Di dunia ini ada manusia yang tidak percaya adanya Tuhan.
2. Kepercayaan golongan-golongan ini perlu dihalang demi kesucian Islam.

Golongan Komunis
________________
1.Golongan ini beranggapan bahawa:
  (a) agama dan masalah adanya Tuhan hanya rekaan dan dongeng semata-mata;
  (b) tiap-tiap usaha ke arah menghapuskan fahaman beragama adalah baik,walaupun usaha itu terpaksa berbohong,berkhianat,menimbulkan huru-hara dan lain-lain.Maka sebab itu negara yang mengamalkan fahaman komunis mencuba untuk menghapuskan agama,khasnya agama Islam.

Golongan Atheis
_______________
1. Golongan atheis ini terkenal juga dengan nama Mulhid.
2. Fahaman golongan ini sama dengan golongan komunis iaitu sama-sama tidak percaya adanya Tuhan.
3. Golongan ini tidak mempengaruhi atau memaksa orang lain mengikut atau mematuhi fahaman mereka.

Golongan Free Thinkir(Pemikir Bebas)
____________________________________
1. Golongan ini berpendapat bahawa:
   (a) mereka bebas berfikir tanpa mempedulikan hal-hal orang lain;
   (b) kepentingan diri perlu diutamakan;
   (c) fikiran mereka sahaja yang betul dan benar di dalam semua hal;
   (d) kemahuan dan hawa nafsu adalah raja di dalam kehidupan.

Golongan Ahli Tabii
___________________
1. Golongan ini berpendapat bahawa:
   (a) alam ini terjadi dengan sendiri;
   (b) alam ini terjadi dengan kekuatan 'nature',kekuatan semula jadi dan bukannya oleh Allah.

Menolak Kepercayaan Tidak Ada Tuhan
___________________________________
1. Diri kita dijadikan begitu indah dan berseni.Rupa dan bentuk badan kita dijadikan bukan atas kehendak kita sendiri.Kita tidak ada dan kemudian kita ada serta kita tidak menjadikan rupa kita mengikut kemahuan kita.Ini jelas membuktikan kita dicipta dan mustahil terjadi sendiri.Maka pencipta itu ialah Allah Taala Yang Maha Kaya lagi Bijaksana.
2. Cuba kita perhatikan peredaran matahari,bulan dan bintang-bintang yang beredar dengan tidak pernah salah atau silap,terbit di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat.Adakah peredaran ini berlaku dengan sendiri?Ini mustahil sekali dan sudah tentu ada pencipta atau pentadbirnya.Maka pencipta dan pentadbir itu ialah Allah Taala.
3. Golongan tidak bertuhan sama dengan binatang kerana binatang tidak mempunyai fikiran dan cara hidup mereka begitu bebas dengan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau tegahan.Maka tidak hairanlah golongan ini menggalakkan orang ramai melakukan pengkhianatan,penipuan dan perkara yang keji kerana mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras.Orang yang bertuhan akan malu untuk melakukan perkara-perkara yang hina dan keji.Mereka takut kepada balasan Tuhan di akhirat nanti.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH